SJ-2038: Solat sunat tasbih

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2038: Solat sunat tasbih

Aoakah kedudukan solat sunat tasbih, dari manakah asalnya. Adakah sembahyang2 sunat lain yang menjadi khilaf?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2038: Solat sunat tasbih

Jawab:
1. Solat sunat Tasbih. Asalnya dari hadis nabi saw yg diriwayatkan dari pelbagai jalur sanad. Imam Abu Daud, Ibn Majah, Tabarani dan Ibn Khuzaymah meriwayatkan dari Ibn Abbas ra; adDaruqutny dari jalan Ibn Abbas dan Abu Rafi'; atTermidzi dari jalan Abu rafi', alHakim dari Ibn Umar ra, dan Abu Daud ada juga meriwayatkan dari jalan Ibn Amru.
Ia menjadi khilaf kerana ada bantahan dari sebahagian ahli ahli hadis, antaranya Ibn Jawzi (alMawdhu'at 2/143), alhafeedz alUqaili dan Imam alQadhi Ibn Araby.
Imam hadis yg berpendapat solat Tasbih sunnah ialah Imam Syuyuti, anNawawi, alHafedz alMunziri, alhafeedz Ibn Hajar, dan hasil tahqeeqan syaikhul Hadis yg muttakhir, Nasiruddin alBani (Sahih Sunan atTermidzi 1/398 dan Sahih Sunan Ibn Majah 1/1138) menetapkan solat Tasbih ini sunnah bukan bid'ah dan hadis2 tersebut adalah thabit.

2. Solat2 lain yg kontroversi adalah banyak; antaranya solat sunat Hajat, solat sunat Musafir, solat zawal, awwabin, taubat, nisfu sya'ban, Isra', solat rejab, solat sunat mi'raj, solat hadiah, dsbnya. WaLlahu a'alam