SJ - 2047 : NASYID RAIHAN & RADIO DIRAMPAS

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2047 : NASYID RAIHAN & RADIO DIRAMPAS

Assalamualaikum wmt wkt,

1.Siapakah golongan tihamah yang disebut dalam nasyid kumpulan Raihan?

2.Sek menetapkan radio barang larangan, kemudian ada pelajar yang masih membawanya...dirampas oleh guru disiplin...ditetapkan radio boleh diambil selepas 6 bulan jika tak tuntut, hangus kemudian sek melelong radio tersebut kepada orang ramai... apa pandangan ahli panel tentang hukum ini?

wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2047 : NASYID RAIHAN & RADIO DIRAMPAS

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

1 – Telah bernasyidlah Kumpulan Raihan ( semoga Allah Ta’ala merahmati mereka dan sentiasa membimbing mereka dan kita semua ) :

“Dia dibangkitkan dari golongan tihamah
Di akhri zaman menjelang hari kiamat
dibelakang badannya ada alamat
menghampirinya pasti akan mendapat rahmat “

TIHAMAH ( ÊåÇãÉ ) sebagai mana yang dinyatakan oleh Kamus Harf ialah :

þÓåá ÓÇÍáí ÖíÞ ÛÑÈí ÌÒíÑÉ ÇáÚÑÈ Úáì ÇãÊÏÇÏ ÇáÍÌÇÒ æÚÓíÑ æÇáíãä¡ Ýí ÃæÇÎÑ ÇáÞÑä ÇáÊÇÓÚ ÚÔÑ æÃæÇÆá ÇáÞÑä ÇáÚÔÑíä Íßã ÇáÅÏÑíÓíæä ãäØÞÉ ÊåÇãÉ¡ æÃÚáäæÇ ÇäÝÕÇáåã Úä ÇáÏæáÉ ÇáÓÚæÏíÉ¡ Ëã ÇÓÊØÇÚ ÇáÍßÇã ÇáÓÚæÏíæä ÇÓÊÑÏÇÏ ÇáãäØÞÉ æÖãåÇ ááããáßÉ ÇáÓÚæÏíÉ ÇáÍÇáíÉ (1932 ã).þ

Tihamah : Sebuah dataran di pantai barat sepanjang Laut Merah-Hijaz, Asir dan Yaman. Pada awal kurun yang kedua puluh, kerajaan Idrisiah telah menguasai dan memerintah kawasan ini sekaligus mengumumkan kemerdekaannya dari negara Arab Saudi, namun pemerintah Arab Saudi berjaya menarik kembali kawasan tersebut dan meletakkannya di bawah pemerintahan dan wilayah kekuasaannya sekarang ini (1932 Masehi).

Kedudukan TIHAMAH di dalam skala peta dunia ialah di garisan lintang ( latitude ) darjah 20 utara di garisan bujur ( longitude ) 41 darjah Timur .

Maka yang dimaksudkan dengan “ Golongan Tihamah “ itu ialah mereka yang dilahirkan di sekitar kawasan yang disebutkan itu , dan Baginda Rasulullah s.a.w sendiri telah dilahirkan di Mekkah Al-Mukarramah yang termasuk di dalam kawasan Tihamah .

Atau mungkin juga Tihamah ini merujuk kepada satu kabilah yang pernah memerintah di sekitar kawasan tersebut , sebagai mana Mesir sehingga ke saat ini terkenal dengan gelaran “ Ardhul-Kinanah “ ( Bumi Bani Kinanah ) .

Mungkin lebih baik merujuk kepada Al-Fadhil Ustaz Daud Che Ngah selaku penulis lirik nasyid Tihamah yang didendangkan oleh Kumpulan Raihan itu .

2 – Setiap tempat ada peraturang-peraturannya yang tersendiri , maka betapa pula sekolah sebagai pusat pendidikan jasmani dan rohani seseorang manusia agar berguna kepada agama , bangsa dan negara ? .

Di antara peraturan-peraturan sekolah yang sudah dimaklumi ialah larangan membawa radio .

Larangan ini sudah tentulah bersebab dengan sebab-sebab yang munasabah .

Jadi bukan salah pihak sekolah jika ada salah-seorang guru ataupun pengawas yang merampas radio yang menjadi salah-satu bahan larangan di sekolah .

Perkara seperti ini termasuk di dalam kategori “ Masoleh “ ( Kebaikan-kebaikan ) yang menjadi salah-satu sumber perundangan Islam dan sekaligus ianya termasuk di dalam tujuan mengapakah Islam itu sendiri diutuskan kepada seluruh alam.

Dan peraturan merampas setiap barang larangan itu sendiri adalah termasuk di dalam kategori Hukum Ta’azir ( Denda ) yang tidak bercanggah dengan Islam .

Apabila telah dirampas , radio itu sendiri menjadi hak-milik sekolah tersebut . Sama ada pihak sekolah mahu memulangkannya ataupun tidak kepada tuan punya asal radio itu ( si pelajar ) , maka itu bergantung dengan budi-bicara dan ilmu pengetahuan pihak pentadbir sekolah .

Menurut saya – berpandukan pengalaman saya yang pernah menjadi guru disiplin sebelum ini – tidak menjadi apa-apa masalah jika seseorang guru itu mengembalikan semula radio yang dirampas itu kepada murid tersebut , akan tetapi amaran perlulah diberikan agar si pelajar itu tidak lagi mengulangi kesalahan tersebut .

Dan kalau si guru tidak mahu mengembalikannya kerana tetap bertegas bahawa itu adalah barang larangan , maka tidak juga menjadi kesalahan kalau si guru ( pihak sekolah ) melelong radio tersebut dan duit hasil lelongan itu dimanfaatkan untuk kelab-kelab ataupun persatuan-persatuan yang berada di sekolah tersebut .

Yang perlu diketahui oleh kita semua ialah , janganlah pula si guru berperangai buruk dengan mengambil radio itu untuk kegunaan peribadi ataupun hasil lelongan radio itu masuk ke dalam kocek sendiri , kerana ianya sendiri bertentangan dengan konsep “ Masoleh “ yang digariskan olah Islam kerana “ Masoleh “ hendaklah berbentuk kemanfaatan umum , bukannya kepentingan peribadi .

Bukan itu sahaja , tindakan seperti itu tentu akan lebih menimbulkan kemarahan si pelajar tersebut ( berbanding dengan memanfaatkan radio itu ataupun hasil jualannya untuk kemanfaatan sekolah @ umum ) , dan guru seperti ini tidak peliklah akan menjadi sasaran “ kenakalan “ sebahagian pelajar-pelajar sekolah yang “ berbulu dengan sebahagian guru-guru “ .

Semoga Allah Ta’ala memelihara semua guru yang membimbing dengan ikhlas dan baik dan memberikan panduan yang terbaik kepada semua pelajar . Amin ! .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

**************************************

RUJUKAN

1 – FISH SUNNAH ~ Al-Imam Saiyid Sabiq (rh)

2 – AL-WAJIZ FI USUL AL-FIQH ~ Prof. Dr Wahbah Az-Zuhaily


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

24 / Ramadhan / 1423 H
29 / November / 2002 M

Jumaat – Bandaraya Kaherah

Pendekar ®
http://al-ahkam.com.my/forum