SJ-2057: Niat dan Surah Sajadah

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2057: Niat dan Surah Sajadah

Assalamu'alaikum!

1) Adakah nas yang menetapkan bahawa niat untuk solat mesti dilakukan antara lafaz Allahuakbar di dalam takbiratul ihram?

2) Niat berpuasa pula. Adakah dengan sekadar bangun bersahur atau mengingatkan yang esok masih lagi bulan Ramadhan dan sbg umat Islam sudah tentu kita wajib berpuasa, maka itu sudah sah dianggap niat berpuasa tanpa menyebut di dalam hati niat seperti "Sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini krn Allah Taala".
3) Adakah Rasulullah SAW melazimkan membaca surah As-Sajadah pada subuh hari Jumaat?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2057: Niat dan Surah Sajadah

Jwb:
1. Tidak ada nas yg mendetail sampai menetapkan posisi niat mesti diletakkan antara lafaz Allahu Akbar, melainkan ia dari fuqaha' Syafi'yah. Malah jumhur ulama' berpendapat niat boleh bermula sebelum lafaz Allahu Akbar. Imam Ibn Qayyim (Ighatsah alLahafan) pula merumuskan urusan niat ialah urusan hati dan tidak ada kena mengena dgn lisan dan sebarang peraturan yg dibuat-buat itu.

2. Niat Puasa menurut jumhur (kecuali Hanafi) wajib dilakukan saban malam Ramadhan dan wajib diniatkan sebelum fajar ini berdasarkan hadis asyhab asSunan dari Hafsyah ra. Ia tidak memerlukan lafaz2 kerana niat adalah lintasan atau azam sahaja. Maka bangun untuk makan sahur itu sudah dikira niat tapi lebih cantik dan lebih meyakinkan jika disertai dgn lintasan hati utk berpuasa esoknya. Apakah utk berniat terlalu sukar sekali? Kita rasakan fobia Usyalli dan Nawaitu ini amat membelenggu minda orang sebelah Timur jauh. (lihat almajmu' 6/322, alMughny, 3/91-93)
3. Ya, ia sunat menurut madzhab Nusantara sahaja. Ahli tahqeeq spt Ibn Qayyim (Ahkam asSolat) menolak jika ia dijadikan surah yg dibaca secara konsisten setiap pagi Juma'at. Ini kerana Nabi saw juga ada membaca surah2 yg lain. Allamah Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah) menyokong pendapat Ibn Qayyim itu. WA