SJ - 2070 : MENGENALI ALIRAN AKTIVIS & HUKUM SEMBELIHAN

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2070 : MENGENALI ALIRAN AKTIVIS & HUKUM SEMBELIHAN

Soalan (1):
Saya terbaca di dalam satu laman Web as-Salafiyyah, ia mengatakan Syed Qutb berakidah Salaf, tetapi manhaj beliau tidak menepati Salaf. Hassan al-Banna pula dikatakannya tidak berakidah & tidak bermanhaj dengan Salaf. Bukankah kedua-dua mereka aktivis gerakan Ikhwan Mesir? Apakah jenis akidah terbesar di kalangan aktivis Ikhwan Muslimoon?

Soalan (2):
Banyak laman Web penyokong Hisham Kabbani dan pengikut tareqat Naqshabandi menyerang ulama Salafiyyah seperti Al-Albani dan Bin Baz dengan menggunakan dalil dan hujah yang dipetik dari Ramadan al-Buti dan Nuh Ha Mim Keller. Apakah akidah al-Buti dan Nuh Keller ini, dan adakah mereka `endorse' Kabbani dan Naqshabandi? Saya rasa `kurang selesa' dan curiga dengan pendapat al-Buti dan Keller.

Soalan (3):
Apakah pandangan ustaz tentang sembelihan seorang Shi'a (Imamiah)? Sama seperti sembelihan ahli kitab ke?

zain-ys's picture
Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2070: Mengenali aliran aktivis dan hukum sembelihan S

:salam

1. Mengenai hal perselisihan antara para aktivis Islam telahpun saya jelaskan dengan panjang lebar di diskusi umum tahun 2001. Harap rujuk di sini:

http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB1&Number=2526

2. Mengenai Hisham Kabbani dan pengikutnya, memang kita sedia maklum bahawa golongan tarekat sufi spt mereka amat memusuhi golongan salafi. Begitulah sebaliknya. Saya secara peribadi kurang selesa dengan perselisihan yg tiada titik akhirnya. Seandainya perkara ini dipanjangkan di sini, nescaya akan membawa bencana perkelahian di diskusi al-ahkam.net/

3. Mengenai sembelihan Syiah Imamiyah. Ini kita perlu merujuk kepada persoalan, apa perlu kita hukum terhadap org2 Syiah berkenaan. Apakah murtad atau muslim.

Terdapat pelbagai pandangan ulama mengenainya. Namun, saya lebih selesa menghukumkan secara umumnya mereka adalah muslim tetapi telah menyeleweng. Kita hukumkan murtad apabila kita secara pasti berkeyakinan mereka melakukan perkara2 yg menyebabkan murtad. Hukum ini digunapakai pada mana2 muslim, bukan hanya pada syiah.

Oleh krn mereka dihukumkan sebg muslim, maka sembelihannya boleh dimakan.

Sekian, :wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2070 : MENGENALI ALIRAN AKTIVIS & HUKUM SEMBELI


SEBAGAI TAMBAHAN KEPADA APA YANG TELAH DIJELASKAN OLEH TUAN GURU KITA , AL-FADHIL USTAZ ZAIN YS :

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Benar apa yang dikatakan oleh Al-Fadhil Tuan Guru kita itu . Kita menghukum setiap orang yang menguicap dua kalimah syahadah adalah sebagai seorang Islam , biar apa pun mazhab yang dipegangnya .

Walaupun begitu , kita juga tetap berpegang kepada usul yang menyatakan bahawa , setiap orang yang mengucap dua kalimah syahadah itu , bila-bila masa sahaja boleh menjadi murtad ( terkeluar daripada Islam ) , apabila terdapat pada dirinya perkara-perkara yang boleh menyebabkan dia menjadi murtad , sama ada melalui :

1 – Lisan / Ucapan .
2 – Perbuatan / Tingkah-Laku .
3 – Aqidah / Kepercayaan .

Jangankan kata bagi mereka yang berpegang kepada mazhab Syiah , ataupun Batiniyyah , ataupun Qadiani , ataupun Taslim , ataupun Al-Arqam ( Ar-Rufaqa’ ) , ataupun Anti-Hadis , ataupun Muktazilah , dan seumpamanya . Bahkan , yang mengaku sebagai penganut Ahlus Sunnah Wal Jama’ah pun bila-bila masa sahaja boleh menjadi kufur dan murtad apabila terdapat pada dirinya perkara-perkara yang telah dijelaskan di atas .

Mengenai masalah kita memakan sembelihan seseorang itu , al-‘Allamah Prof. Dr . Wahbah Az-Zuhaily daripada Syiria ada menyentuh hal ini . Menurut beliau , sebagai mana yang terdapat di dalam Kitab Al-Fiqhul Islami Wa Adillatuh , Jilid ke- IV , ms 2759 :

“ Maka , sembelihan yang tidak boleh dimakan dan diharamkan secara ittifaq ( persepakatan di kalangan ulama’ Ahlus Sunnah ) iailah :

1 – Sembelihan kaum kafir yang bukan daripada golongan Ahlul Kitab – seperti para penyembah berhala-berhala .
2 – Golongan Atheis ( yang tidak mempercayai adanya Tuhan – komunis ) .
3 – Orang yang murtad , sekalipun ( asalnya ) dia berasal daripada agama ahlul kitab .

Lantaran itu , haram dimakan daging-daging binatang yang diimport daripada negara-negara yang menganut agama penyembah berhala , seperti Jepun .

Atau, haram juga sembelihan daripada golongan komunis , seperti daripada negara China dan Russia .

Dan haram juga daripada negara yang tidak beragama dengan agama samawi ( langit ) , seperti India .

Dan begitu juga, diharamkan memakan sembelihan Golongan Batiniyyah , kecuali yang telah tetap iman mereka dengan Islam dan telah meninggalkan fahamannya itu “ . – Tamat terjemahan daripada kitab di atas .

****************************************

Mengenai golongan Syiah , mereka merupakan satu golongan daripada kalangan umat Islam yang paling payah sekali dihadapi. Sebabnya ? , sebab mereka menjadikan TAQIYYAH ( Tipu-muslihat ) itu sebagai rukun dan syiar mazhab mereka. Inilah juga perkataan sebahagian besar para pengkaji Firaq ( Pecahan-Pecahan Umat Islam ) .

Walaupun begitu , disebabkan taqiyyah itu sendiri merupakan satu rahsia dan merupakan satu perbuatan hati , maka kita hanya dapat menghukum dengan apa yang lahir sahaja daripada tindak-tanduk mereka . Adapun masalah apa yang tersirat di dalam hati , hanya Allah Ta’ala sahajalah Yang Maha Layak untuk menghukuminya.

Namun , jika telah jelas seseorang syiah itu berpegang dengan fahaman-fahaman yang ternyata boleh menyebabkan mereka terkeluar daripada lingkungan dua kalimah syahadah ( Islam ) , maka sudah tentu sembelihan mereka tidak boleh dimakan kerana mereka telah murtad daripada ajaran Islam . Fahaman-fahaman yang sesat lagi boleh menyebabkan murtad itu ialah :

1-“ Al-Bada’ “ ( Ilmu Allah Ta’ala berubah-berubah @ Allah Ta’ala baru tahu apabila sesuatu itu terjadi ) ,

2 -“ Ar-Raj’ah “ ( Kepercayaan terhadap akan lahirnya Imam Mahdi kelak untuk menjatuhkan hukuman kepada sebahagian besar Para Sahabat r.a yang dianggap sebagai pengkhianat dan murtad oleh golongan Syiah ) ,

3-“ Al-‘Ismah “ ( Maksumnya Imam-Imam mereka daripada sebarang dosa , dan kelalaian serta imam-imam itu mempunyai pengetahuan yang serupa dengan pengetahuan Allah Ta’ala ) ,

4- Beriman kepada adanya “ Mushaf Fatimah Az-Zahra’ “ yang 3 kali ganda daripada Al-Quran Al-Karim yang kita kenali sekatang ,

5- Beriman kepada “ Al-Bara’ “ @ “ At-Tabarra “ ( Berlepas diri daripada 3 khalifah ; Saidina Abu Bakar As-Siddiq , Saidina Umar Al-Khattab , dan Saidina Utsman Al-‘Affan radhiyallu Ta’ala ‘anhum ) ,

6- “ Wahdatul Wujud “ ( Pantheism ~ Kesatuan Tuhan dengan makhluk ) ,

7- “ Tanasukh Al-Arwah “ ( Transmigration Of Soul ~ Berpindahnya roh si mati kepada manusia dan haiwan ) ,

8- “ Ar-Rafidhah “ ( Mengkafirkan majoriti Para Sahabat r.a ) ,

9- “ Ghulat @ Ghuluw “ ( Melampaui-Batas ) ,

10- “ Batiniyyah “ dan seumpamanya .

****************************************

Ya ! memang benar kita tidak tahu mengenai isi hati seseorang , akan tetapi sudah tentu kita boleh menilai dengan apa yang lahir daripada ucapan , perbuatan ataupun tulisan seseorang itu .

Nah ! , oleh kerana itulah , kita juga tidak dapat menyalahkan ulama’ Ahlus Sunnah Wal Jama’ah yang telah mengharamkan kita memakan sembelihan golongan Syiah yang melampau , khasnya ulama’ mereka yang telah ternyata terkenal kesesatan mereka berdasarkan tulisan-tulisan dan ucapan-ucapan mereka .

Ertinya , secara umumnya ( pukul rata ) semua orang syiah itu adalah tetap dianggap Islam , akan tetapi golongan ulama’ dan pendakwah serta aktivis mereka ( khasnya ) yang telah terkenal dengan fahaman-fahaman mereka yang sesat lagi memurtadkan itu , tidaklah boleh dianggap masih beragama Islam !!! .

Bagaimanakah mereka itu boleh dianggap Islam jika ucapan dan tulisan mereka itu sudah terkenal boleh membawa kepada kesesatan dan kemurtadan !? .

Bagaimanakah mereka masih boleh dianggap masih Islam jika mereka sendiri mengkafirkan majoriti Para Sahabat r.a !? .

Dan bagaimanakah mereka boleh dianggap Islam sekiranya masih berpegang dengan aqidah-aqidah yang telah dinyatakan di atas !? .

Golongan Syiah yang melampau itu boleh memilih 2 gelaran sahaja ; sama ada untuk menjadi golongan murtad lagi kufur , ataupun menjadi golongan munafiqin , yang masih berpura-pura sebagai orang-orang Islam ! .

Dan Syiah Imamiah Itsna ‘Asyariah @ Imam 12 @ Ja’afariyah di Iran , Syi’ah Nusoiriyyah di Syiria , Syiah Batiniyyah di Lubnan , Syiah Isma’iliyyah ( Aga Khan ) di India & Pakistan , Syiah Fatimiyyah di Utara Benua Afrika , adalah golongan-golongan Syiah yang telah terkenal dengan fahaman-fahaman sesat lagi kufur , walaupun mereka cuba “ bertaqiyyah “ ( menyembunyikannya daripada pengetahuan umum ) ! .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

**************************************

RUJUKAN

1 – AL-FIQHUL ISLAMI WA ADILLATUH IV ~ Prof. Dr Wahbah Az-Zuhaily .

2 – AL-MAUSU’AH AL-MUYASSARAH FIL ADYAN WAL MADZAHIB WAL AHZAB AL-MU’ASIROH ~ WAMY .

3 – AL-KHOMENIYYAH : SYUDUZ FIL ‘AQAID WA SYUDZUZ FIL MAWAQIF ~ Al-‘Allamah Sa’id Hawa (rh ) .

4 – KAMUS ISTILAH SYI’AH IMAMIAH ~ Ibnuraimee Ad-Dimyati .


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
11 / Syawal / 1423 H
16 / Disember / 2002 M

ISNIN – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum