Kalau Pasal Nak Bela Syiah, Cepat Saja Siarkan..

Primary tabs

Kalaulah artikel itu pasal nak membela Syiah cepat sahaja disiarkan, tapi kalau ia artikel kritik tentang Syiah, sampai bila-bila tak akan disiarkan. Contohnya artikel bertajuk Syiah Isu Kesesatan Umat Islam Sejagat, sebuah tulisan yang baik yang dikirimkan sebagai respond terhadap artikel yang membela Syiah. Menurut yang empunya cerita, janjinya ia akan menyiarkan respond terhadap artikel berkenaan, tapi nampaknya janji tak ditepati. Sampai sekarang tak disiarkan pun. Kalau orang komplen, salah sebuah organ parti dah diresapi unsur Syiah, tahu pula marah.


---Petikan harakahdaily---

Suhakam teliti isu Syiah di Malaysia
KUALA LUMPUR, 8 Feb: Mesyuarat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada hari ini telah memutuskan bahawa ia akan meneliti isu Syiah di negara ini.

Suhakam dalam satu kenyataan menyebut ini adalah berikutan aduan yang telah dikemukakan kepadanya mengenai ketidakpuasan cara pihak berkuasa menangani isu Syiah di negara ini.

Untuk tujuan tersebut, Suhakam akan diwakili oleh Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid sebagai Pesuruhjaya yang bertanggungjawab dalam mengendalikan isu itu.

“Suhakam akan mengambil beberapa tindakan yang melibatkan semua pihak yang berkenaan seperti agensi Kerajaan, badan agama, kedutaan dan sebagainya,” tambah kenyataan itu.

Suhakam juga akan mengadakan satu Perbincangan Meja Bulat bersama semua pihak yang terbabit dengan matlamat untuk mencari satu jalan penyelesaian yang baik untuk semua pihak.

Oleh itu, Suhakam berharap akan mendapat kerjasama daripada semua pihak yang berkenaan. [Harakahdaily]