SJ-2101ALIRAN ISLAM AL ZAYTUN

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2101ALIRAN ISLAM AL ZAYTUN

:salam

Sedara pengendali. Saya ada kemusykilan tentang satu aliran Islam yang saya dengar dari kawan saya. Dia berhasrat untuk mengajak saya menyertai jemaah bersama rakan yang lain dengan niat untuk menambahkan pengetahuan dalam bidang agama Islam yang kita cintai ini. Aliran itu dikenali dengan ALIRAN ISLAM AL ZAYTUN. Saya ada membuat carian di dalam laman web berkaitan dengan perkara ini sebelum saya membuat keputusan untuk mengikuti jemaah. Di dalam carian itu saya ada menjumpai satu laman web dari Indonesia ( http://www.munindo.brd.de/mega_01/mega1_awas_bahaya_sektaria.html ) yang mengatakan Aliran ini adalah Aliran Sesat ... ini menambahkan lagi keraguan saya kerana saya ini tidaklah setinggi mana pun perngetahuan agama.

Saya dengan rendah diri meminta saudara pengendali meneliti bahan yang terdapat dilaman web itu samaada perkara ini benar atau pun tidak. Atau sekiranya saudara mempunyai bahan yang jelas tentang perkara ini ... saya harap saudara dapat e-mailkan kepada saya di alamat

Terima kasih.
:salam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2101 ALIRAN ISLAM AL ZAYTUN

:wassalam
Jawab:
Kami memeriksa sumber Indonesia sendiri dan ada tiga sumber rujukan yg mensahihkan kesesatan alZaytun.
a. Buku tulisan Hartono Ahmad Jaiz, Aliran & Faham Sesat di Indonesia, Pustaka alKautsar, Feb 2002
b. M Amin Jamaludin, LPPI (Lembaga Penilitian dan Pengkajian Islam Jakarta), Penyelewengan kandungan Majalah Bulanan ma'ahad alZaytun, Mei 2001
c. Umar Abdullah, LPPI (ibid) "membungkar Gerakan Sesat NII (Negara Islam Indonesia), disebalik Pesantren Mewah alZaytun, Jun 2001
Hasil dari penelitian kami dari tiga sumber ini, kesemuanya sepakat mengenai kesesatan ajaran NII alZaytun dari sudut akidah, ibadah dan pemikirannya.
Harakah, Lidah resmi PAS keluaran 1-15 Disember dan keluaran 15-31 Disember ada membuat liputan dan lawatan ke Ma'ahad alZaytun dan saya tidak mengikuti apakah pendirian PAS mengenai Ma'ahad alZaytun.
Kami juga difahamkan JAKIM bersependapat dgn LPPI (Lembaga Penilitian dan Pengkajian Islam (Indonesia)) mengenai kesesatan alZaytun. WA