SJ-2113: Fiqh Solat (Istikhlaf)

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2113: Fiqh Solat (Istikhlaf)

Bgmn cara makmum nak menggantikan imam yn terbatal dlm 2 situasi ;
1) ketika imam tengah sujud ianya terbatal wuduk

2) ketika imam tengah baca surah ayat lazim, ia batal, jadi apabila ganti perlu imam ganti baca surah al fatihah.
:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2113: Fiqh Solat (Istikhlaf)

Jawab:
:salam
Dlm fiqh Solat, ia dinamakan proses istikhlaf (tatacara mengganti Imam yg uzur syara'iy):
Tatacara 'am:
a. Imam hendaklah menunjuk Imam Ganti dgn menarik bajunya
b. Imam memberi bahasa isyarat (sign language) spt berikut (menggunakan tangan):
i) tangan atas lutut=belum ruku' lagi)
ii) tangan atas dahi = belum sujud lagi)
iii) tangan atas mulut= ada baki bacaan secara jahar
iv) bilangan baki raka'at dgn jari

soalan anda:
1. Bila Imam batal ketika sujud, beri isyarat jari kpd pengganti mengenai baki rakaat.
2. Bila Imam sudah membaca al Fatihah
Syafi'iyah: pengganti membaca Fatihah secara sir (diam) buat seketika dan kemudian membaca surah secara jahr (kuat)
Jumhur: Imam pengganti terus membaca surah (Fiqh Islami) kerana bacaan Imam tetap merupakan bacaanya juga WA