SJ-2154: [U] Qiblah dan waktu solah.

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2154: [U] Qiblah dan waktu solah.

:salam

a) Bolehkah kita berbeza sedikit daripada arah qiblah yang sebenar (bbrp darjah) sebagai cth; katakan kita berada di tempat yang arah qiblah nye 45darjah ke utara, ttp disebabkan tiada kompas/orang yg tahu menunjukkan arahnya begini dan begini (tidak accurate 100%) jadi lajaknya adalah 47 atau 50 darjah. Sahkah solat? Adakah kita betul2 memerlukan kompas utk dibawa bermusafir (i.e masuk hutan, keluar negara) atau cukup mengganggarkan dgn melihat matahari shj?

b) Benarkah sekiranya dada kita masih menghadap arah sebenar (yakni tidak berpaling 180 darjah maka solat kita masih dikira menghadap Qiblah?

c) Bagaimana dgn solat di waktu sempadan. Katakan syuru' masuk 705 pagi. Si A mulakan solat pd 7.04, dan kemungkinan besar tidak sempat mendapat rakaat pertama di dlm waktu. Sahkah solat jika beliau berniat tunai. Bagaimana hdk solat di dalam keadaan demikian? (Soalan saya tidak tertakluk kpd syuru' shj, meliputi solat fardhu pada waktu lain)

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2154: [U] Qiblah dan waktu solah.

:wassalam
Jawab:
a) Sah solatnya mengikut jumhur . Alasan: yg diperintah ialah menghadap kepada jihah (arah) Ka'abah bukan 'ayn (fizikal) Ka'abah itu, maka bagi orang yg berijtihad, ketepatan 100% itu tidaklah menjadi syarat sah solat. Dalil: AQ 2: 149 (Mughny 1/432; alMajmu', 3/154; Bidayah alMujtahid 1/78)
Bagi musafir, kompas diperlukan untuk membantu ijtihadnya dan bagi mukallid memadai dgn bertanya masyarakat setempat.
b) Solat sah jika pemilihan arah kiblat itu dilakukan dgn ijtihad baik menggunakan kompas atau bintang atau matahari. (Dr Zaydan, alMufassal)

c) Jika solat disempadan waktu.
Hanafi dan Hanbaliah: jika sempat bertakbiratul ihram sudah dikira solat tunai. Dalil HR Muslim dari Aisyah
Syafi'iy dan Maliki: Jika sempat satu raka'at dan dua sujud dikira tunai. HR Bukhari-Muslim (siapa mendapat satu raka'at, dia mendapat solat tunai". Fiqh Islami, Jld 1 WA
Fiqh salafiya, tiada solat tunai dan qadha'. Jika seseorang tersedar dan waktu tinggal amat sedikit atau sudah masuk waktu lain, solat itu dikira solat biasa. Sebab hukum solat qadha' ini tidak ujud dan tidak sah. (Ibn Qayyim, Ahkam asSolat)