SJ-2173: buat qorban

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2173: buat qorban

apakah hukum atau bolehkah org yg hidup melakukan korban bagi org yg telah meninggal dunia.

Re: SJ-2173: buat qorban

Jawab:
a. Jika si mayyit berwasiat agar melakukan kurban atas namanya, maka wasiat itu wajib ditunaikan kerana ia keta'atan kpd Allah dan sesuai dgn syari'at-Nya.

b. Jika tidak berwasiat, ia perlu dilihat siapa yg melakukan ibadah itu. Jika yg melakukan ibadah itu anaknya, maka dibolehkan kerana anak adalah hasil usaha si ayah. Dalil: "bahawa sanya seeorang tidak memperoleh selain apa yg telah diusahakannya." AQ anNajmi: 39
Dalil Hadis (Muslim dan ashab Sunan)," jika meninggal anak Adam,putuslah segala amalnya kecuali tiga hal: anak soleh yg sentiasa mendo'akannya...."(Fatawa Medina alMunawarrah lil Muhaddith Albani); Fiqh Sunnah, allamah Sayyid Sabiq) WA