SJ - 2180 : PANDANGAN ISLAM TERHADAP UFO & NOSTRADAMUS

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2180 : PANDANGAN ISLAM TERHADAP UFO & NOSTRADAMUS

Assalamualaikum,

Harap ustaz dapat menghuraikan perkara ini:- :martialar

1. Makhluk dari cakrawala lain (UFO) apakah keujudannya ada disebut dalam Al-Quran?

2. Manusia bernama NOSTRADAMUS : beliau diwar-warkan oleh Barat berjaya meramal beberapa peristiwa masa hadapan (ada yang telah berlaku?). Apakah kerelevenan nya bagi dunia Islam?

Terim kasih

Kendil bolong :z

mamat (not verified)
Re: SJ - XXXX : PANDANGAN ISLAM TERHADAP UFO & NOSTRADA

Ahli feqah boleh ke jawab persoalan yg ghaib macam nie?
pelik saya? :shocked:

khir_ruslan (not verified)
Re: SJ - 2180 : PANDANGAN ISLAM TERHADAP UFO & NOSTRADAM

Sdr Abu Tawsi sepatutnya boleh menjawab sendiri soalan saudara sebabnya kalau saudara setakat ahli sufi sahaja tanpa pada masa yang sama menjadi ahli fekah, maka sdr menyalahi kata-kata Imam Malik yang sdr petik:

"He who learns sufism, but neglects fiqh is zindik, while he who learns fiqh, but neglects sufism is fasiq. He who learns both has attained the truth."

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ - 2180 : PANDANGAN ISLAM TERHADAP UFO & NOSTRADAMUS


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ - 2180 : PANDANGAN ISLAM TERHADAP UFO & NOSTRADAMUS

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara kendil bolong di atas soalan yang menarik itu . Dan terima kasih juga di atas kesudian saudara Abu Tawsi “ menjenguk-jenguk “ kami dan menunjukkan “ sikap dan adab yang mulia itu . “ ( bukankah lebih cantik kalau saudara memberi salam dahulu sebelum menyampuk ) :smirk: .

Terima Kasih juga kepada Abg Khiruslan yang sempat memberikan tazkirah ringkasnya di sini :super .

Dengan izin dan ‘inayah serta taufiq daripada Allah Ta’ala , berikut adalah jawapannya :

[="green"] { 1 } ~ U. F. O ( UNIDENTIFIED FLYING ORGANS / OBJECTS ) : [/]

Kajian mengenai UFO dan kehidupan makhluk di planet-planet yang berlegar-legar di ruang angkasa sana telah dimulakan oleh beberapa orang golongan Saintis Amerika dan Russia semenjak lebih drp 40 tahun yang lalu . Dan mereka telah menggunakan juga sejenis alat seperti “ wireless “ ataupun “ walkie0talkie “ melebihi 18 tahun yang lalu untuk mengkaji berkenaan dengan UFO dan apa-apa yang berkaitan dengannya . Di samping itu , semenjak lebih 6 tahun lalu , pihak saintis ini juga telah cuba mengesan secara rakaman dan alat pandang dengar akan isyarat-isyarat yang dipercayai diterima daripada planet-planet tersebut .

Kajian terhadap UFO ini sendiri rupa-rupanya bukan sahaja dibicarakan oleh para saintis , malahan para cendekiawan Islam sendiri tidak terlepas daripada membicarakannya menurut perspektif agama Islam . Bagi umat Islam , berdasarkan ayat-ayat al-Quranul Karim , mereka percaya dan beriman bahawa selain manusia dan binatang yang hidup di alam ini , terdapat juga makhluk yang tidak dapat dilihat berkongsi kehidupan di dunia ini . Begitu juga , umat Islam juga beriman bahawa makhluk-makhluk Allah Ta’ala daripada kalangan para malaikat a.s dan juga jin , turut sama mendiami alam ini dan juga di sekitar langit-langit ( angkasa lepas , planet-planet dan lapisan-lapisan langit ) .

Bagi umat Islam itu sendiri , kajian terhadap planet-planet lain dan juga kehidupan di sana tidaklah lain melainkan akan lebih meyakinkan umat Islam itu sendiri terhadap kebenaran Allah Ta’ala yang banyak menceritakan perihal kehidupan di alam ini .

Tidaklah mustahil , jika apa yang dikatakan sebagai “ makhluk asing “ dan UFO itu sebenarnya adalah daripada golongan Jin . Dan tidaklah mustahil juga makhluk itu adalah sbg mana yang digambarkan oleh Allah Ta’ala mengenai bangsa Jin di dalam Surah Jin ayat 9 :

æóÃóäøóÇ ßõäøóÇ äóÞúÚõÏõ ãöäúåóÇ ãóÞóÇÚöÏó áöáÓøóãúÚö Ýóãóä íóÓúÊóãöÚö ÇáúÂäó íóÌöÏú áóåõ ÔöåóÇÈðÇ ÑøóÕóÏðÇ

Ertinya : “ Sebelum ini kami selalu duduk mengambil tempat di langit untuk mencuri berita- berita langit. Sekarang, barangsiapa berusaha mendengarkannya, ia akan dapati panah-panah api yang akan menembus dan membinasakannya “ .

Firman Allah Ta’ala lagi di dalam Surah as-Soffat menceritakan mengenai perihal Jin :


ÅöäøóÇ ÒóíøóäøóÇ ÇáÓøóãóÇÁ ÇáÏøõäúíóÇ ÈöÒöíäóÉò ÇáúßóæóÇßöÈö

Ertinya : “ Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang terletak tidak jauh dari penghuni bumi dengan sebuah hiasan berupa planet dan bintang yang bersinar, dengan ukuran dan posisi yang berbeda-beda dalam pandangan mata di dunia “ ~ Ayat 6 , Surah as-Soffat .


æóÍöÝúÙðÇ ãøöä ßõáøö ÔóíúØóÇäò ãøóÇÑöÏò

Ertinya : “ Kami telah menjaganya dengan penuh seksama dari setiap setan yang durhaka “ ~ Ayat 7 , Surah as-Soffat .


áóÇ íóÓøóãøóÚõæäó Åöáóì ÇáúãóáóÅö ÇáúÃóÚúáóì æóíõÞúÐóÝõæäó ãöä ßõáøö ÌóÇäöÈò

Ertinya : “ Setan-setan yang durhaka itu tidak akan mungkin dapat mendengar apa yang tengah berlangsung di antara para malaikat pilihan (al-mala' al-a'lâ). Mereka dilempari dengan segala sesuatu yang mendorong mereka dari seluruh penjuru “ ~ Ayat 8 , Surah as-Soffat .


ÏõÍõæÑðÇ æóáóåõãú ÚóÐóÇÈñ æóÇÕöÈñ

Ertinya : “ Mereka diusir dengan kejam sehingga tidak sampai mendengar berita-berita dari langit. Di akhirat kelak mereka akan mendapat siksa pedih yang abadi “ ~ Ayat 9 , Surah as-Soffat .


ÅöáøóÇ ãóäú ÎóØöÝó ÇáúÎóØúÝóÉó ÝóÃóÊúÈóÚóåõ ÔöåóÇÈñ ËóÇÞöÈñ

Ertinya : “ Kecuali beberapa di antara mereka yang mencuri pembicaraan tentang berita-berita langit. Sesungguhnya Kami akan terus mengikutinya dengan suluh api yang menyinari udara untuk kemudian membakarnya “ ~ Ayat 10 , Surah as-Soffat .

Tidak mustahil jika UFO itu sebenarnya adalah merupakan “ panahan-panahan “ para malaikat a.s terhadap golongan Jin yang mahu mencuri-curi berita di alam sana . Dan tidak mustahil juga jika apa yang dipercayai sebagai “ makhluk asing “ itu sebenarnya adalah bangsa Jin itu sendiri .

‘Ala kulli hal ( walau bagaimana sekalipun ) kajian terhadap UFO itu sendiri masih belum terhenti dan masih belum lagi mencapai kata putus . Dan sampai ke sekarang para saintis sendiri masih belum menerima kata-sepakat bahawa UFO itu sendiri merupakan satu tanda kehidupan makhluk asing di alam sana dan mereka sendiri hidup sbg mana kita hidup di bumi . Apatah lagi , pihak polis Kanada ( menurut kenyataan akhbar Islam Online 29 . Ogos . 2000 ) sendiri menyatakan bahawa UFO dan makhlus asing itu hanyalah satu khayalan yang “ cuba diserapkan “ ke dalam pemikiran manusia oleh pengusaha-pengusaha perfileman Hollywood .

Gambar : Adakah benar ini UFO ataupun dongengan Hollywood ?

Kami sendiri tidak setuju dengan sikap beberapa orang umat Islam , malahan segelintir cendekiawan Islam yang bersikap gopoh –gapah di dalam mengaitkan di antara sebarang kejadian , eksperimen baru di dalam Ilmu Sains dengan al-Quranul Karim .

Ini disebabkan al-Quranul Karim itu sendiri adalah satu sumber dan kenyataan yang diyakini tanpa syak wasangka 100 % , sedangkan Ilmu Sains itu sendiri masih lagi di dalam peringkat percubaan ( eksperimen ) yang masih belum tentu benar dan salahnya .

Jika sesuatu fakta Sains itu benar , maka tidak lain dan tidak bukan itu akan lebih menambah keyakinan kita terhadap Allah Ta’ala dan terhadap kekuasan-Nya di seluruh alam jagat ini . Dan kalau kajian Sains itu silap , maka kita tetap beriman dengan Allah Ta’ala dan ayat-ayat-Nya yang tidak pernah salah dan tidak pernah menipu kita . AL-Quranul Karim tetap di tempat dan kajian Sainslah yang perlu tunduk dan dilakukan di bawah peraturan-peraturannya .

Kami menasihati diri-diri kami sendiri dan seluruh umat Islam agar tidak membazirkan waktu dengan perbicaraan dan kajian terhadap UFO dan makhluk asing ini kerana masih banyak lagi perkara-perkara yang perlu kita selesaikan terlebih dahulu .

Ilmu Fardhu ‘Ain sendiri masih banyak diabaikan oleh umat Islam , dan masalah dunia yang menjadi tempat kita hidup ini sendiri masih banyak belum kita selesaikan . Jadi mengapakah perlu kita habiskan seluruh daya-upaya kita hanya untuk satu makhluk yang masih belum diyakini identiti dan kewujudannya di alam sana !? .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

[="green"] { 2 } ~ NOSTRADAMUS : [/]

Michel Nostradamus adalah seorang ahli Fizik dan astronomi berbangsa Perancis yang hidup pada kurun ke-16 m . Kebanyakan para pengkaji karya-karyanya daripada kalangan mereka yang taksub telah menganggap beliau sebagai seorang NABI kerana beberapa ramalannya yang menepati apa yang berlaku di masa depan . Dan nama beliau juga menjadi masyhur di kalangan orang kita semenjak peristiwa pembunuhan bekas Presiden Amerika Syarikat , John F. Kennedy Jr dan lebih-lebih lagi semenjak peristiwa 11 September 2001 ( peristiwa pengeboman WTC di New York ) yang dikatakan menepati ramalan Nostradamus ini .

Nostradamus : Seorang ahli fizik dan astronomi yang juga seorang peramal

Adakah ini bermakna beliau memang mengetahui Hal-Ehwal Ilmu Ghaib ? .

Sebelum ini , kami sudah banyak kali membicarakan mengenai hal-ehwal Ilmu Ghaib ini . Di antaranya di :

SJ – 2333 : HUKUM BELAJAR HAL-EHWAL GHAIB , JIN & MAKHLUK HALUS
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=11138

SJ – 2179 : ADAKAH SCAN & ULTRASOUND TERMASUK DI DALAM ILMU GHAIB DAN RAMALAN YANG DILARANG ?
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=9859

Kami akan membuat sedikit petikan terhadap SJ-2333 di atas di dalam jawapan ini demi memudahkan saudara/i sekalian .

Quote:
Perkataan “ Ghaib “ itu asalnya daripada B . Arab . Dan ianya adalah lawan ( antonim ) kepada “ zahir “ . Ertinya : Ghaib itu adalah lawan kepada alam syahadah ( yang boleh diketahui hakikatnya oleh panca indera ) .

[b] Ghaib itu sendiri terbahagi kepada 2 bahagian :

1 – Ghaib Yang Sebenar : Dinamakan sebagai “ Ghaib Haqiqi “ ataupun “ Ghaib Mutlaq “ . Contoh perkara-perkara yang ghaib daripada jenis ini ialah Alam Akhirat ( seperti berapakah keluasan sebenar syurga , neraka dan padang mahsyar secara detail . Seperti : Apakah jenis permata dan mutiara yang digunakan sebagai bahan-binaan syuga ) . Begitulah juga , ‘arasy , kursi , loh mahfudz , bagaimana rupa-sebenarnya , berapakah panjang dan lebarnya ?, semuanya itu termasuk di dalam erti-kata “ Ghaib Yang Sebenar “ , yang hanya diketahui secara terperinci oleh Allah Ta’ala Yang Maha Menciptanya ataupun yang tidak dapat diketahui oleh makhluk melainkan dengan adanya keterangan daripada-Nya Yang Maha Mengetahui segala-galanya.

2 – Ghaib Yang Masih Boleh Diketahui Hakikatnya : Ianya dinamakan sebagai “ Ghaib Idhafi “ ataupun “ Ghaib Muqayyad “ .

Contoh perkara-perkara daripada ghaib jenis ini ialah barang yang dicuri, yang mana ianya dapat dikenal-pasti oleh mereka yang mempunyai pengetahuan mengenainya seperti pasukan Polis , dan ianya tidak pula diketahui dan dikenal-pasti oleh masyarakat awam .

Keputusan peperiksaan ( exam result ) juga termasuk di dalam kategori ini , contohnya : Jika anda telah melalui peperiksaan SPM dan anda sedang menanti-nanti keputusannya , maka perkara ini bukanlah perkara yang ghaib ( bukannya ghaib yang haqiqi / mutlaq ) sebab walaupun anda tidak mengetahuinya akan tetapi mereka yang berada di lujnah peperiksaan ( exam syndicate ) di Kementerian Pendidikan itu mengetahuinya .

Pencuri juga bukanlah termasuk di dalam “ Alam Ghaib Yang Haqiqi / Mutlaq “ kerana walaupun kita tidak mengenal siapakah yang mencuri sesuatu barang itu , akan tetapi ianya sudah tentu dikenal oleh mereka yang sama-sama mencuri , ataupun paling kurang pencuri itu sendiri dikenali oleh si empunya diri itu sendiri .

Begitulah juga dengan eletrik dan kuman-kuman bakteria – virus , yang mana semuanya itu bukanlah termasuk di dalam pengertian ghaib yang sebenar ( haqiqi / mutlaq ) kerana kedua-duanya itu masih boleh diketahui kewujudan dan hakikatnya dengan alat-alat moden .

Itulah apa yang dinamakan sebagai ghaib .

*******************************************

“ GHAIB “ itu termasuklah juga alam Jin , alam makhluk halus , alam barzakh dan alam akhirat yang mana kesemuanya itu tidak dapat kita lihat dengan mata kasar , ataupun tidak dapat dilihat oleh kita sekarang .

Disebabkan ianya tidak kelihatan , maka kisah-kisah mengenainya hanya boleh didapati daripada 2 sumber :

1 – Daripada Allah Ta’ala melalui bimbingan Baginda Rasulullah s.a.w . Iaitu melalui pengajian berasaskan Al-Quranul Karim dan sunah yang sahih .

2 – Daripada percubaan orang-orang tertentu , sama ada daripada pihak saintis mahupun bomoh dan dukun .

Sumber pertama adalah sumber yang benar dan tepat kerana Allah Ta’ala sama sekali tidak pernah dan tidak mungkin berbohong terhadap kita .

Manakala sumber kedua yang ditempuh dengan beberapa penyelidikan , percubaan ( eksperimen ) dan jalan-jalan tertentu maka jalan-jalan itu semuanya MASIH BELUM DIJAMIN BETUL . Kalau betul pun ianya hanyalah kebetulan sahaja , walhal BETUL dan KEBETULAN itu tidaklah sama ! .

Sumber pertama adalah diyakini dan selamat untuk dipelajari .

Sumber kedua tidak dapat diyakini dan tidak kurang pula ramai yang berbohong dengan menggunakan sumber kedua ini , sama ada pembohongan itu disaluti dengan nama “ HASIL KAJIAN SAINTIFIK “ ataupun “ RAMALAN & TILIKAN “ .

Sumber yang pertama , tidak menjejaskan aqidah kita , bahkan lebih meneguhkan lagi keimanan kita kepada Allah Ta’ala dan Baginda Rasulullah s.a.w .

Manakala sumber kedua pula , bukan setakat menyebabkan kita “ meraba-raba di dalam kegelapan ilmu itu “ , bahkan tidak kurang ramai yang terjerumus masuk ke dalam lembah bid’ah , khurafat , takhyul dan syirik ( Wal’iyadzubilLahi Min Dzalik ) . [/b]

## tamat petikan SJ – 2333 #

Oleh itu jika dikatakan Nostradamus mengetahui hal-ehwal Ghaib ( dlm ertikata Ghaib Idhofi / Ghaib Muqayyad ) maka perkara ini tidak dapat disangkal . Walaupun begitu ini tidaklah bermakna Nostradamus memang tahu benar mengenai hal-ehwal Ilmu dan Alam Ghaib ini . Lagipun sebahagian ramalannya itu menepati apa yang berlaku adalah secara “ KEBETULAN “ , dan bukannya “ BETUL-BETUL “ .

Dan kalau dikatakan bahawa Nostradamus itu memang tahu semua perihal Ilmu dan Alam Ghaib sebagai mana yang diketahui oleh Allah Ta’ala , maka sudah tentu kepercayaan ini boleh menyebabkan seseorang itu menjadi KUFUR , malahan boleh membawa kepada MURTAD dan SYIRIK . Wal’iyadzu BilLahi Min Dzalik .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 ~ FATWA : APAKAH PANDANGAN al-QURANUL KARIM TERHADAP KEWUJUDAN MAKHLUK ASING DI ANGKASA LEPAS ?
Oleh : al-‘Allamah Syeikh ‘Atiyah Saqr ha
{ Bekas Pengerusi Lajnah Fatwa al-Azhar asy-Syarif )
http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=8677

2 ~ FATWA : PANDANGAN ISLAM MENGENAI PIRING TERBANG
Oleh : al-‘Allamah Prof. Dr. ‘Abdul Fattah ‘Asyur ha
http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=44329

3 ~ TAFSIR al-MUNTAKHAB
{ Tafsiran al-Quranul Karim Dalam 6 Bahasa Utama Dunia )
Terbitan : Kementerian Waqaf , Mesir

4 ~ LAIN-LAIN SUMBER


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
03 / Rabi’ul Akhir / 1424 H
03 / Jun / 2003 M

SELASA – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum