SJ-2254 - Memuja artis barat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2254 - Memuja artis barat

Assalamualaikum…

Saya ada beberapa soalan.

1. Apakah hukumnya meminati dan memuja artis-artis barat yang ternyata kekufurannya? Dan bagaimana pula dengan hanya meminati lagu-lagunya sahaja tanpa meminati mereka? Contoh orang yang meminati dan memuja artis-artis ini ialah dengan menampal poster mereka… mamakai pakaian yang terdapat gambarnya… dan kadang-kadang tu… sampai mengikut fesyen pemakaian mereka…

Re: SJ-2254 Memuja artis barat

:salam

Alhamdulillah, inilah jawapannya:

1. Mengasihi dan mengagumi orang-orang kafir adalah perbuatan yang diharamkan. Firman Allah:
"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barangsiapa berbuat demikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali kerana (muslihat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksaNya). Dan hanya kepada Allah kembalimu."(Ali Imran, ayat 28)

Dan memang wajar larangan ini dikenakan, kerana atas kekaguman, sikap kasih dan sayang inilah yg nanti akan membuahkan perbuatan memuja2 mereka. Mereka dijadikan sebagai model ikutan. Sedangkan, mereka itu dari sudut moral tidak lebih hanya sebagai sampah yang tidak ada harganya sama sekali.

Para artis ini adalah agen utk mengembangkan budaya lucah, jahat, keji dan segala macam kejahatan. Genarasi muda kita menjadi lemah pegangannya kepada agama dan sudah tidak mempunyai maruah diri kerana pengaruh budaya dari artis2 ini.

2. Mendengar muzik dan lagu pula, para ulama telah bercanggah pendapat mengenainya. Kita sudah membahaskan hukumnya sebelum ini. Syeikh Yusof al-Qaradhawi membolehkannya dengan beberapa syarat, antaranya, lirik lagunya hendaklah tidak bertentangan dengan syarak dsbnya. Manakala para ulama aliaran salafi mengharamkannya.

Utk mengetahui secara mendasar persoalan ini sila buat rujukan:
i. Mengenai hukum bersahabat, hukum mengasihi dan mengagumi orang kafir.
ii. Hukum meniru dan menyerupai kaum lain/kafir.
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=artikel&Number=10638

iii. Hukum muzik di dalam Islam
http://al-ahkam.com.my/soaljawab/sj541-558.shtml

Sekian, wallahu a'lam