SJ-2274: Lambang umno/BN

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2274: Lambang umno/BN

Assalamualaikum,
Saya adalah pencetak baju t-shirt. Boleh tak saya menerima tempahan buat lambang UMNO/BN pada t-shirt?...tidakkah ia dikira mempromosi lambang/idealogi songsang? haram ke? halal ke? atau harus.?...kalau saya terima dan keuntungannya sedikit disumbangkan kepada PAS, macamana?
terima kasih. wassalam. JKK

Re: SJ-2274: Lambang umno/BN

:wassalam
Jawab:
Kalau di zaman silam, isu yg sentiasa diajukan kepada para ilmuan ialah bolehkan solat dibelakang Imam yg berlainan madzhab?
Maka di zaman kita, sudah bertukar sedikit, cth spt yg anda bawakan: bolehkah syarikat percetakan kita tidak mencetak logo parti lawan?

Jawab:
Boleh saja. Kerana trend masa lampau yg berbaur ta'asub hendaklah dikurangkan. Berparti, bermadzhab dan berharakah atau ber NGO, tidak ada sebab utk pulau-memulau dan menghukum antara satu sama lain. Tambahan pula dalam mu'amalat anda dikehendaki meluaskan pasaran kecuali syarikat itu adalah ditubuhkan atas dana parti tertentu dan hanya digunakan utk kegunaan percetakan parti yg menajanya sahaja.
Jika syarikat itu bebas, lebih baik dia kekal membuka perniagaannya seluas mungkin. Kecuali urusan mencetak bahan2 lucah, propaganda musuh dan bahan2 anti-Islam. WA