SJ-2357: berbicara dengan kekasih yang akan dinikahi mengena

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2357: berbicara dengan kekasih yang akan dinikahi mengena

assalamualaikum , saya ingin bertanya apakah hukum seseorang yang berbicara mengenai seks dengan kekasihnya sendiri sehingga menaikkan nafsu dan keinginan kedua-duanya namun ia berakhir begitu sahaja dan kedua - dua telah bertaubat untuk tidak melakukannya lagi. Apakah hukumnya dan adakah taubat mereka diterima.? Adakah hukum perbualan mereka melalui sms dan chat tuh dianggap seperti dosa besar?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2357: berbicara dengan kekasih yang akan dinikahi men

:wassalam
Jawab:

Apakah maksud kekasih yg akan dinikahi? Apakah bermaksud ia sudah bertunang secara formal? Ini kerana dalam pertunangan, topik perbicaraan ialah mencari keserasian dan menyelidiki latarbelakang calon sahaja dan bukannya soal seks lagi.

Jika sudah bertaubat, itulah yg sebaiknya. Taubat itu diterima bila ada penyelesalan (sudah dijelaskan topik Taubat sebelum ini), tapi bila taubat dan teruskan lagi dgn sms dan chitchat dan bere-mails, maka rangsangan topik seks itu akan berputik kembali. Taubat itu menjadi main-main.
Cadangan: dipendekkan tempoh pertunangan dan disegerakan sahaja jika sudah mendapat restu keluarga masing2. WA