SJ-2367: Rencam 2 (warna/jualbeli/badak)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2367: Rencam 2 (warna/jualbeli/badak)

Assalamualaikum wmt wkt, Jkkmllh di atas jawaban terdahulu ahli-ahli panel yang dimuliakan Allah

1. Adakah benar warna kuning tidak disukai Rasulullah s.a.w

2. Apakah hukum menjual binatang peliharaan seperti kucing, harimau dan sebagainya

3. Apakah hukum memakan badak air, badak sumbu.

4. Mengapa himar ahli dilarang makan oleh Rasulullah s.a.w

wassalam

Re: SJ-2367: Rencam 2 (warna/jualbeli/badak)

:wassalam
1. Pemilihan warna dalam pakaian, kereta, cat rumah bukanlah sunnah yg diwajibkan kepada umatnya. Ia termasuk sunnah keinsanan (kesukaan dan citarasa Nabi saw sebagai insan dan tidak dipaksakan ke atas umatnya) Nabi diriwayatkan sukakan warna putih (alBukhari bab libas no 34); warna hitam (Sahih Muslim, Hajj/451); hijau (Termidzi: Adab/48)
Adapun warna kuning yg dilarang itu bila warna kuning yg khusus utk kaum kafir yg tertentu (th: mungkin macam kuning sami) HR Muslim, anNasa'iy dan alHakim dari Abdullah bin 'Amr bin al'As ra," Nabi saw melihat saya memakai pakaian kuning dan baginda memarahi saya dgn bersabda," sesungguhnya ini adalah pakaian orang kafir, maka janganlah engkau memakainya." Komentar Syaikhul Islam Ibn Taymiyah, kuning yg terlarang itu ialah kuning yg khusus utk orang kafir (Albani, ahkam asTasyabbuh) [th: kod warna kuning ini luas, ada sunset yellow, pure yellow, light yellow, etc)

2. Menjual binatang itu apa pun harus asalkan binatang itu binatang yg ada value kepada penggemarnya dan tidak pula binatang yg jelik di sisi syara' spt anjing dan babi. Ini kerana hukum membela binatang dlm Islam itu harus, maka perniagaan jual-beli haiwan peliharaan juga harus. (alIqna': 2/2) Jualbeli harimau tu salah di sisi akta hidupan liar.

3. Badak haram di makan kerana sifat liarnya (wild beast) menurut jumhur (kecuali Malik ra) Dalam madzhab Nusantara, badak tidak menimbulkan selera kepada orang Arab dan jelik bagi uruf (kalau kita lihat, kebanyakan badak yg dibunuh, dibiarkan bangkainya kerana yg diambil adalah sumbunya shj)
4. Himar aliah (himar kampung) adalah haram dimakan berdasarkan hadis (alBukhari: # 5204) dari Jabir ra," Pada hari perang Khaybar, nabi saw melarang makan daging himar dan membenarkan daging kuda." WA