SJ-2397: Menqadha Solat untuk simati

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2397: Menqadha Solat untuk simati

Asalamualaikum,

Diharapkan pihak panel dapat menghuraikan masalah ini. Contoh kes : Salah seorang ahli keluarga kita meninggalkan dunia dan diketahui simati memang jarang atau langsung tak nampak mengerjakan solat. Apakah perkara terbaik dapat dilakukan olen anak simati? Saya pernah terdengar kita digalakkan membanyakkan wirid (tak ingat namanya) dgn syarat yg mengamalkan seorang yg warak, betulkah??
Semuga kita memperolehi manfaat bersama.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2397: Menqadha Solat untuk simati

:wassalam
Jwb:
Pendapat yg asah (lebih sah) atau masyhur dalam Madzhab Syafi'iy, tidak sampai solat yg diQadha' utk si mati atau mengirim pahala wirid2 pada si mati.
Dalil yg digunakan: anNajmi: 39
Dalil Hadis: "apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah amalnya kecuali tiga: sedeqah jariah, ilmu nafi' dan anak soleh yg mendo'akannya." (Imam Nawawi: syarah Sahih Muslim 1/9) Juga Tafsir Ibn Katheer , Tafsir alQur'an alAzeem, surah anNajmi. WA