SJ - 2407 : WANITA MENARI DI KHALAYAK RAMAI ( BHG KE-2 )

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2407 : WANITA MENARI DI KHALAYAK RAMAI ( BHG KE-2 )

:salam

Jazakallahu khaeer untuk jawapan tersebut. Secara spesifiknya, wanita menari ni timbul bila Muslim students nak buat persembahan tarian semasa dinner. Jadi, pelajar perempuan(berbaju kurung dan bertudung) dan lelaki berpasangan menari tarian tradisional(joget) atas pentas.

Harap situasi ni jelas. :wassalam

Re: SJ - 2407 : WANITA MENARI DI KHALAYAK RAMAI ( BHG KE-2


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ - 2407 : WANITA MENARI DI KHALAYAK RAMAI ( BHG KE-2 )
Sambungan SJ - 2405

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih sekali lagi kepada Saudari Ytt . Alhamdulillah , berikut ini adalah jawapannya dengan hidayah dan bimbingan daripada Allah Ta'ala .

Apabila kita membincangkan persoalan mengenai WANITA , kita sudah tentu akan melihat kepada beberapa situasi seperti ini :

1 - Adanya golongan yang melampau di dalam membincangkan mengenai kaum Hawa ini . Melampau di sini ialah sama ada melampau-lampau melaksanakan arahan yang asalnya drp ajaran Islam akan tetapi disebabkan sikap melampau-lampau itu jadilah perbuatan itu lari daripada tuntutan dan garis panduan yang dikehendaki oleh Islam itu sendiri .

Golongan kedua pula mereka juga bersikap melampau. Yakni melampau-lampau pula di dalam meninggalkan tuntutan Islam sehingga kelihatan tidak ada bezanya di antara mereka ini yang mengaku masih beragama Islam dengan golongan bukan Islam .

2 - Wujudnya dua golongan . Golongan pertama ialah golongan yang mahu semua wanita mencontohi apa sahaja yang dilakukan oleh wanita-wanita Barat , sama ada baik ataupun buruk ( menurut penilaian Islam ) . Golongan ini mahu muslimat ( wanita-wanita Islam ) itu mengikut secara bertaqlid buta ( membabi-buta ) semua yang datang drp Barat . Ikut sejengkal demi sejengkal , sehasta demi sehasta , hatta kalau Barat suruh mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun , muslimat ini tentu akan disuruh berbuat demikian .( Sbg mana mafhum drp hadis sahih mengenai hal ini ).

Setelah muslimat berjaya mengikut telunjuk dan kehendak Barat , maka barulah Barat sudi menggelar sebahagian muslimat yang terpedaya ini sebagai golongan yang maju dan bertamadun dan sebagai golongan yang berfikiran terbuka .

Dan pada waktu itu juga , Barat akan mengatakan bahawa merekalah saudara kita yang turut sama mengambil berat susah-payah kita . Inilah dia " persaudaraan lubang biawak " ! .

Golongan kedua pula , mereka ini adalah orang-orang yang mahu wanita itu kekal dengan tradisi Timur dan kuno , hinggakan golongan ini mengatakan " sesungguhnya dua wanita itu hanyalah di dapur dan untuk menjaga anak-anak " .

Bagi golongan ini pula wanita itu hanyalah untuk menyediakan hidangan bagi perut-perut mereka dan melayan kehendak " di bawah perut " . Itu sahaja .

Golongan kedua yang melampau ini juga kadang-kadang menyalah-gunakan ajaran Islam demi mengharamkan langsung para muslimat keluar drp rumah , walaupun untuk belajar dan menghadiri rumah-rumah Allah Ta'ala .

Sedar ataupun tidak sedar , golongan ini telah pun membina satu penjara khas ataupun mendirikan tembok besar bagi golongan wanita .

Kedua-dua golongan ini adalah golongan yang tertolak dan tidak menepati kehendak Islam yang sebenar ! .

3 - Barat mendakwa bahawa Islam adalah agama yang menindas dan menzalimi kaum wanita . Walhal Islamlah sebenarnya yang telah menyelamatkan para wanita daripada menjadi mangsa kebuasan nafsu lelaki-lelaki durjana dan perhambaan seks sebagai mana yang dilakukan oleh Kerajaan Rom , Kerajaan Eropah Kuno dan Arab Jahiliyyah .

Kita hairan bagaimanakah Barat tidak segan-silu mendakwa merekalah sebenarnya penyelamat wanita , walhal di dalam kitab-kitab suci mereka sendiri ( Bible ) tidak ada satu surah / kitab khusus pun yang ditujukan khas untuk kaum Hawa .

Hatta mereka yang mendakwa kasih kepada Saidatina Maryam r.a selaku ibu kepada " tuhan " mereka ( Jesus Christ ) tidak pernah pun berjaya membuktikan adanya surah Maryam di dalam 66 surah ( kitab ) yang terdapat di dalam Bible mereka ! .

Tetapi di dalam al-Quranul Karim sendiri ada Surah Maryam . Bukan itu sahaja di dalam al-Quranul Karim juga ada Surah an-Nisa' ( Kaum Wanita ) . Bukan itu sahaja di dalam hadis juga diajar " Syurga itu duduk di bawah tapak kaki ibu " . Bukan itu sahaja , bahkan Islam juga mendidik anak-anak dengan " Redha Allah terletak pada redha seorang ibu terhadap anaknya " . Apakah ada di dalam Bible dan ajaran Barat nilai-nilai murni seperti ini !? . Tidak sama sekali !!!
.

4 - Demi memastikan seseorang wanita itu ( khasnya yang beragama Islam ) sentiasa dipandang mulia dan diredhai oleh Allah Ta'ala , maka Islam sendiri telah meletakkan beberapa garis panduan yang perlu sentiasa tersemat di sanubari setiap wanita dan dilaksanakannya . Iaitu :

a - Adab berbicara ~ hendaklah sesuai dengan fitrah kejadian seseorang wanita dan tidak pula bercakap mendayu-dayu dengan bernada manja sehingga boleh menyebabkan golongan lelaki merasa " lain macam " ( kecualilah kalau dengan si suami ) .

Oleh itu Islam mengharamkan wanita bertempik-tempik dan melalak-lalak melainkan di dalam situasi yang dibenarkan ( seperti memohon pertolongan dan berdemontrasi yang dituntut oleh Islam ) .

Sila pelajari ayat 59 drp Surah al-Ahzab .

b - Adab berjalan ~ Hendaklah dengan sopan-santun dan sesuai dengan fitrah kejadian sebagai seorang wanita . Bukannya dengan sengaja " berjalan tonggek " dan dengan cara yang menyebabkan kaum Adam " tidak senang duduk " . Kecualilah terhadap si suami , maka sudah tentulah ianya sangat-sangat dituntut agar lebih mendalam hubungan cinta dan kemesraan di antara si suami dan isterinya .

Pelajarilah cara wanita Islam berjalan melalui ayat an-Nur , ayat 31 dan drp Surah al-Qosos , ayat 25 .

c - Tidak bergaya dengan gaya yang dilarang oleh Islam seperti bergincu , ber"make-up" dan apa-apa sahaja yang boleh menyebabkan mereka ini menjadi daya tarikan kepada nafsu syahwat golongan lelaki . Kecualilah untuk suami mereka .

Kerana itu tidaklah hairan mengapakah alat-alat kosmetik itu dinamakan oleh pihak Barat sebagai " make-up " ( bagi naik ) . Apakah hakikat sebenar disebalik penamaan ini kalau bukannya bertujuan untuk " menaikkan " nafsu orang-orang lelaki !? .

Silah pelajari ayat 33 drp Surah al-Ahzab .

d- Tidak keluar daripada rumah dengan memakai wangi-wangian . Kalau mahu hanya sekadar untuk menghilangkan bau peluh di badan , bukannya sampai habis satu kampung boleh menghidu bau wangi-wangian itu .

Dan kalau mahu berwangi-wangian juga sehingga habis satu botol Escape , silalah menggunakannya di rumah dan untuk suami tercinta . " Tambatlah suamimu sebelum ada orang lain yang berjaya menambat hatinya ! " .

e - Wanita ( dan juga lelaki ) hendaklah berwaspada daripada terjebak ke kancah khalwat iaitu bersunyi-sunyian @ berdua-duaan tanpa ada sebarang mahram yang mengawasi tindak-tanduk mereka berdua . Ini demi menutup segala pintu-pintu yang boleh menjurus kepada berlakunya perzinaan . Wal'iyadzubilLahi Min Dzalik .

Begitu juga , tidaklah patut seorang suami itu berada di samping adik iparnya ( perempuan yang telah baligh ) tanpa adanya si isteri . Kerana ini lebih merbahaya disebabkan adanya hubungan mesra sebagai ipar-duai .Tidak hairanlah mengapa di dalam hadist sahih dinyatakan : (( " Ipar-duai itu boleh membawa maut ! " )) . Dan inilah yang berlaku sekarang adanya si suami durjana yang turut menjalinkan hubungan cinta ( dan diakhiri dengan hubungan seks ) dengan adik / kakak iparnya sendiri . Dan berbagai-bagai lagi . Wa La Haula Wa La Quwwata Illa BilLah ! .

*******************************************

Kembali kepada isu yang ditimbulkan oleh Saudari ytt .

Sebagaimana yang telah saya jelaskan di dalam SJ - 2405 yang lalu , tidak ada satu undang-undang dan peraturan sekalipun , sama ada yang bersumber drp Allah Ta'ala ataupun para penguasa dan cendekiawan dunia yang mengatakan bahawa untuk maju wanita-wanita mestilah berjoget di khalayak ramai ! .

Begitu juga , tidak ada satu dalil pun ataupun kata-kata para cendekiawan dunia yang mensyaratkan bahawa kemajuan itu hanyalah diperolehi apabila wanita-wanita mula melakukan sesuatu tanpa segan-silu termasuklah bertelanjang / separuh telanjang di khalayak ramai ! .

Kita hendak bertanya kepada kumpulan students yang mengadakan majlis tari-menari itu :

" Adakah memang satu keperluan setiap dinner diadakan majlis tari-menari di antara lelaki - perempuan ? " .

" Adakah satu keperluan bahawa di dalam setiap majlis mesti ada sekumpulan wanita menari dan berjoget walaupun dengan tarian tradisional di hadapan mereka yang bukan ibu-bapa dan suami-suami mereka ? " .

" Adakah kita akan mati kalau tidak membenarkan wanita-wanita itu berjoget di khalayak ramai ? " .

" Adakah anda suka jika isteri anda diperhatikan oleh semua orang berjoget di hadapan mereka sehingga nampak bahagian-bahagian tubuh badan isteri anda ? " .

" Adakah anda suka anak-anak dara anda diperhatikan oleh orang ramai dengan pandangan yang dipenuhi nafsu syahwat ? " .

Mungkin ada yang menjawab : " Alahai ...apa salahnya ? . Saya menari di dalam majlis itu pun bersama-sama isteri saya "

Kita jawab : " Ya memang kamu hanya menari dengan isteri kamu , tapi adakah isteri kamu itu hanya diperhatikan oleh kamu sahaja ? " .

" Apakah kamu tidak fikir ada segelintir lelaki yang masih " terliur " melihat isteri kamu ? " .

" Adakah mana-mana dalil dan undang-undang yang mewajibkan setiap suami-isteri mesti menari di khalayak ramai ? " .

Menari di antara suami-isteri tidaklah salah kalau " kena dengan caranya " iaitu di rumah sendiri ataupun di mana-mana yang tidak diperhatikan oleh orang lain .

Samalah dengan berasmara di antara suami-isteri , memanglah tak salah , tapi kalau berasmara di antara sepasang suami-isteri itu di hadapan khalayak umum , tidakkah ini satu perbuatan yang bangang ? .

*******************************************

Yang menyedihkan ialah yang turut sama menari dan berjoget di dalam majlis seperti itu adalah wanita-wanita Islam yang bertudung .

Apakah mereka sangka Islam ini hanya suruh bertudung kemudian lantaklah , buatlah apa sahaja !? .

Atau adakah mereka sangka bahawa bertudung sahaja sudah cukup tanpa perlu menjaga tata susila sebagai seorang wanita Islam ? .

Ataupun mereka ini menyangka sebagai mana sangkaan ramai muslimat moden ini , bertudung sahaja sudah cukup dan tidak mengapa memakai kain belah , seluar ketat dan baju sendat ? .

Atau adakah mereka ini fikir bahawa bertudung sahaja sudah cukup , tetapi mulut itu boleh berbuat apa sahaja hatta terpekik-pekik , terlolong-lolong ataupun boleh mendesah-desah ? .

Realitinya , masih ramai yang SALAH-FAHAM dan TIDAK FAHAM di antara konsep bertudung dengan tuntutan menutup aurat dan menjaga maruah yang diajar oleh Islam !!! .

Lantaran itu tidak peliklah , adanya sebahagian wanita-wanita Islam sendiri tiada sifat malu lalu tiadalah beza di antara mereka dengan golongan bukan Islam . Jati diri ( syaksiah ) mereka sebagai seorang wanita Islam dilupai sehingga tergadai diri sendiri .

Tepatlah sabda Junjungan Besar kita , Baginda Rasulullah s.a.w :

ÅöÐóÇ áóãú ÊóÓúÊóÍúíö ÝóÇÕúäóÚú ãóÇ ÔöÆúÊó

Ertinya : " Jika kamu sudah tidak lagi ada perasaan malu , maka berbuatlah apa sahaja " ~ Hadist sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh dan al-Imam Ibnu Majah rh .

Semoga Allah Ta'ala sentiasa memelihara diri-diri dan jiwa-jiwa kita semua drp sebarang bentuk penderhakan terhadap Allah Ta'ala . Amin .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä

*******************************************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

FATAWA MU'ASIROH ( FATAWA SEMASA )
Oleh : al-'Allamah Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ( ha )
Halaman : 277 - 286 ( Ikhtilat Baynal Jinsain ) & 303 - 306 ( 'Amal Mar'ah )
Terbitan : Darul Wafa' , El-Mansoorah , Mesir

20 MOST COMMON QUESTIONS ABOUT ISLAM
Oleh : al-'Allamah Dr. Zakir Naik
Halaman : 8 - 11
Terbitan : SABA Islamic Media

SJ - 2405 : WANITA MENARI DI KHALAYAK RAMAI
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=11637


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
3 / Safar / 1424 H
5 / April / 2003 M

SABTU – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum