SJ-2444: Hukum Kahwin/Nikah

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2444: Hukum Kahwin/Nikah

asslamualaikum...
kebanyakan dari kita telah mengetahui tentang muharramat, org yg diharamkan berkahwin dgnnya cthnya: ibu dgn anak lelakinya. tetapi jarang dibincangkan secara detail berkenaan org yg haram berkahwin dgn sesiapa pun. kalau tak silap hukum berkahwin itu ada lebih dari satu i.e. harus, wajib, haram etc. bolehkah ustaz perjelaskan?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2444: Hukum Kahwin/Nikah

:wassalam

Jawab:

Hukum2 Nikah menurut situasi:
a. Fardhu
Bila lelaki yg terlalu kuat nafsunya terhadap wanita dan jika tidak berkahwin akan dikhuatiri tidak akan dapat mengawal nafsunya walaupun dgn berpuasa (alKasani, alBada'iy, 228)

b. Wajib
Bagi yg dah cukup keperluan kahwin dan khuatir akan terjebak dgn zina, tapi tidak seberat situasi Fardhu (Mughny Muhtaj/125)
c. Haram
Jika tidak ada kemampuan zahir dan batin (Dr Badran, azZawaj wa Talaq/16)

d. Makruh
Jika lelaki tidak ada keinginan pada perempuan, sakit atau tidak ada kemampuan. (alIqna': 2/116)
e. Sunat
bagi lelaki yg berada dlm keadaan stabil, tidak khuatir jatuh pada zina dan cukup belanja
f. Harus
Hukum asal di sisi fuqaha' Syafi'iyah
Ini hukum asal nikah-kahwin (MH Qamhawi, Ahkam al Ahwal asySyakhsiyah/22) WA