Assalamualaikum,
Soalan dari Gombak, singgah di office bekerja, kemudian bermulanya perjalanan, saya kira ianya tidak kira musafir, sebab niat musafirnya apabila keluar office sebab itu tidak boleh solat musafir di KL, apa kata jika Niat bermula di Gombak, singgah di Masjid Jalan Duta, KL kemudian meneruskan perjalanan adakah dibenarkan Jamak serta Qasar di KL.
2. Apabila dalam perjalanan pulang sebelum sampai ke Daerah Gombak, solat jamak/qasar di daerah Sungei Buloh adakah dibolehkan. jazakallah
:wassalam
Jawab:
1. Terpulanglah kepada anda samada nak tafsir secara rigid atau longgar. Jika anda nak niat bermula dari pejabat pun boleh dan jika nak berniat dari rumah di Gombak pun boleh. memandangkan anda ni hidup separuh nomad, isteri di tempat lain, anak ditempat lain, kerja di tempat lain, kampung halaman di tempat lain, dan rumah sewa pun dah tak jadi macam rumah kediaman tetap. Dalam hal ini anda boleh mengambil pendapat Syaykhul Islam Ibn Taymiyah. Anda yg menentukan sendiri status anda, apakah anda seorang musafir? janganlah terlalu terikat dgn lokasi, jarak dan tempoh menetap, yang penting anda ada kesulitan yg genuine dari spara-nomad ini, maka ambillah sunnah musafir itu mengikut yg menasabah.
2. Boleh kerana sg Buloh itu masih jauh dari Gombak.
WA