KFC , McD dsb nya tu kan haram...sebab Amerika yang taukenya... jadi...bgmana pula dengan pekerja melayu-Islam yang bekerja di situ...?? dr segi pekerjaannya dan jugak pendapatannya? adakah semuanya haram? macam mana pulak dengan SYKT-SYKT besar lain yang jugak kepunyaan Amerika, England dsb....?? macam sykt komputer spt Dell, Acer dsb?
wa
Assalamu'alaikum
Terima kasih Sdr VHoutenJr.
Pengharaman jenama KFC, MacDonald dan sebagainya dilihat dari perspektif fatwa pemboikotan produk-produk dari negara-negara yang mengancam dan menyerang Islam. Persoalan ini dikaitkan dengan persoalan Jihad, iaitu Jihad ekonomi. Ulama' mengatakan hukumnya berdosa besar buat masa ini membeli produk-produk sedemikian, dan pengkelasan ini menyerupai pembelian dan penjualan terhadap barang-barang yang haram diperlakukan transaksi keatasnya. Rata-rata pengharamannya melibatkan produk-produk yang banyak mempunyai Alternatif, dan ianya bukan merupakan barang keperluan.
Bagi membincangkan secara lanjut persoalan ini, adalah baik kita melihat Skop pengharaman tersebut, apakah haram pada umumnya bekerja dengan orang kafir dan apakah hukumnya berkerja dengan syarikat yang diboikotkan oleh orang islam, dan akhir sekali apakah hukumnya bekerja dengan syarikat bukan Islam tetapi mendatangkan faedah dan memunafaatkan orang Islam.
Dasar umum bekerja dengan orang kafir
Dasar berkerja dengan orang bukan Islam telah dinyatakan secara jelas-jelasnya oleh Al-Fadhil Ustaz Pendekar di dalam SJ - 2242 : BERKERJA DENGAN MAJIKAN YANG BUKAN ISLAM (boleh klik disini). Sebagai kesimpulan didalam bahagian ini, bolehlah kita merujuk kepada Fatwa yang dikeluarkan oleh Sheikh Muhammad Al-Salih ibn 'Utsaimin dari buku Majmu' fatwanya :
"Kami menasihat saudara-saudara yang bekerja dengan orang-orang kafir untuk mencari kerja dimana tiada musuh-musuh Allah dan Rasulnya, yang menganut agama selain dari Islam. Jika ianya boleh dilakukan, maka itulah cara yang perlu dilakukan. Jika ia tidak dapat dilakukan, maka tiadalah dosa keatasnya kerana kamu melakukan kerja kamu, dan mereka melakukan kerja mereka masing-masing, TETAPI terdapat syarat yang perlu dipatuhi. Tiada ada apa perasaan sayang atau persahabatan didalam hati-hatinya, dan dia perlu mentaati segala ajaran syariah, baik dari segi mengucapkan tanhiah kepada mereka dan juga mengembalikan ucapan salam, dan seterusnya. Dan juga ia harus tidak menghadiri majlis pengkebumian, pesta/perayaan, atau mengucap tahniah kepada majlis-majlis perayaan."[1]
Jelas menunjukkan bahawa pada dasarnya, tidaklah salah bekerja dengan orang kafir, cuma orang Islam perlu menjaga syariat-syariat Islam yang telah ditetapkan. Kita dilarang meniru-niru cara dan adat mereka selain dari kerja yang dilakukan. Ini berdasarkan bahawa syarikat orang kafir ini tidak langsung memusuhi orang-orang Islam.
-----------------------
Boikot Produk Amerika dan Yahudi
Ulama'-ulama' Islam telah memulakan kempen memboikot produk-produk keluaran Amerika dan Israel sebagai tanda jihad ekonomi terdapat musuh-musuh Islam pada masa ini. Elok kita imbas kembali fatwa yang dikeluarkan oleh Sheikh Dr. Yusuf Abdullah Al-Qadhawi. Kata beliau :"Buat masa ini adalah menjadi satu dosa yang besar membeli produk-produk Amerika dan Israel". Disini kita bawa 2 perenggan didalam fatwa tersebut yang menunjukkan hukumnya BERDOSA dan ialah merupakan KEWAJIBAN menurutinya[2]:
a. Pemboikotan itu Wajib
"Disana merupakan Jihad Ekonomi, dan kita mengeluarkan fatwa terhadapnya bersama sama beberapa ulama'-ulama' yg menyatakan larangan terhadap barangan Israel dan Amerika, memulaukan, pemulauan terhadap barangan Amerika. Ini adalah KEWAJIBAN Ummah, Semua ini menunjukkan kemegahan Amerika. "
b. Berdosa besar jika ingkar
"Pengharaman malah suatu DOSA dari DOSA-DOSA YG BESAR BARANG SIAPA YG MEMBELI BARANGAN ISRAEL DAN AMERIKA PADA MASA INI! Ini merupakan salah satu jenis perjuangan JIHAD!"
a. Untuk artikel lanjut mengenai fatwa Dr Yusuf Al-Qardhawi sila klik disini :- Fatwa Boikot produk Amerika & Israel
b. Senarai barang yang berdosa dibeli : Senarai barangan
Ulama-ulama' telah menyenaraikan beberapa produk-produk yang dikatakan begitu jelas menyumbang kepada musuh-musuh Islam terutamanya MacDonald, Kentucky Fried Chicken, Piza Hut, Pepsi, Coca-Cola, Johnson and Johnson, Mark and Spencer, StarBucks dan sebagainya. Produk-produk ini bukanlah merupakan barangan keperluan utama umat Islam dan umat Islam mempunyai banyak alternatif lebih-lebih lain didalam produk-produk makanan. Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi melihat barangan-barangan seperti KFC, Pepsi, MacDonald sebagai satu sinonim atau lambang (syi'ar) kepada Amerika itu sendiri.
----------------
Bekerja di tempat produk yang di boikot
Membeli barangan-barangan yang sebut diatas merupakan "DOSA yang BESAR buat masa ini" sudah tentu dikaitkan juga dengan mereka yang terlibat menjual barangan tersebut. Jika membelinya merupakan satu perbuatan dosa, maka sudah semestinya, bekerja dengan syarikat-syarikat kufar (atau sekutunya, atau francise) dan yang memusuhi Islam sudah pasti merupakan perbuatan yang diharamkan dan berdosa. Umat Islam dinasihatkan agar mencari alternatif lain bagi mengelakkan terlibat didalam perang ekonomi yang menyembelih dan membunuh rakyat-rakyat Palestine, Afghanistan, Iraq dan negara-negara Islam yang lain. Kini telah wujud istilah JIHAD EKONOMI bagi tujuan memberi kesan dan impak terhadap ekonomi musuh-musuh Islam, terutamanya Amerika dan Israel, walaupun pada mata kasar kita kelihatan sedikit!
Ulama mengharamkan menjual barangan yang haram seperti arak kepada orang Islam dan bukan Islam. Tiada bezanya hukum tersebut jika di applikasikan kepada menjual barangan-barangan yang disifatkan berdosa, cuma jangkamasanya ialah 'buat masa ini'.
Firman Allah swt :
....dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan....." (Al-Maaidah: 2)
Menurut Sheikh Muhammad Al-Salih ibn 'Utsaimin, tidak dapat dinafikan lagi bahawa perkara ini sedikit sebanyak dapat membantu orang-orang kufar didalam aktiviti mereka menentang Islam. Secara ringkasnya, menjual atau terlibat didalam penjualan sesuatu yang berdosa itu merupakan suatu dosa. Bak kata ulama "Redha dengan sesuatu maksiat itu adalah maksiat". Apa-apa juga perkara yang diperolehi dari yang haram (eg:pendapatan dsb) tetap Haram hukumnya. Sabda Nabi saw :
------------------
Bekerja dengan syarikat komputer
Menurut Sheikh Muhammad Salih Munajjid:
"Boikot ekonomi merupakan salah satu dari jenis Jihad menentang musuh-musuh Allah. Didalam beberapa 'kondisi' terdapatnya sebab kepada orang Islam terlibat didalam perniagaan bersama-sama dengan bukan Muslim. Apa yang ditambah disini ialah :
Jika barangan Amerika dan Yahudi itu mempunyai kepentingan kepada Islam, dan ianya tidak mungkin boleh didapati dari syarikat Islam atau negara-negara Islam, maka tidaklah salah membelinya, lebih-lebih lagi perisian (software) komputer atau teknologi yang akan memberi munafaat kepada orang Islam dengan cara lain dan ia bukanlah barangan yang digunakan sementara.
Jika anda berharap mendapat ilmu pengetahuan dari pengajian komputer, maka tidaklah salah jika meneruskan pengajian disana dan mendapat kemudahan yang diberikan. Begitu juga tidak menjadi salah jika mengkhususkan diri dengan database Oracle. Biarlah niat atau tujuan adalah memberi munafaat kepada orang Islam, dan cuba mengambil sepenuhnya dari cabang ilmu yang membenarkan anda melakukannya."[3]
CPU Intel, Komputer DELL dan sebagaimana tidak termasuk didalam ruang lingkup pengharaman. Apalah dia sebuah komputer tanpa CPU? Bagaimana nak menjalankan komputer tanpa sistem pengoperasiannya, yang mana salah satu Sistem Pengoperasian PC yang terkenal ialah Microsoft Windows. Sudah tentu berkerja dengannya, menggunakan perisiannya atau perkakasannya dapat memeberi sumbangan kepada orang-orang Islam itu sendiri.
===================
Kesimpulannya: Jika bekerja disyarikat Amerika seperti DELL, INTEL dan sebagainya merupakan syarikat teknologi yang boleh memberi ilmu dan teknologi kepada oirang Islam, maka ulama'-ulama' membenarkan perbuatan tersebut. Jika syarikat tersebut merupakan barangan-barangan sampingan dan juga SECARA TERUS TERANG menyatakan sokongan kepada Yahudi atau Amerika, seperti Mark and Spencer (di UK, koleksi kewangan hari Sabtu dihantar terus kepada Israel), MOTOROLA, StarBuck, maka berkerja ditempat tersebut merupakan satu dosa yang besar dan Haram hukumnyai. Dr. As-Sayed Nuh, seorang sarjana Al-Azhar dan professor Hadith di Universiti Kuwait mengatakan : "Kita harus membezakan apa yang dikatakan Daruriyyat atau kehendak keperluan dan Tahsiniyyat atau kemewahan."
Berkata Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi:
"Orang Islam tidak dibenarkan bersetongkol dengan apa-apa perkara yang kena mengena dengan militan Yahudi yang inginkan perang menentang Islam dan Muslim dengan setiap gigi dan kukunya. Apa yang kita mahu lagi dari mereka yang menceroboh diatas bumi kita, merampas kedamaian dan keamanan dan meneruskan berlaku kejam terdapat apa sahaja yang ada didalam Islam [ada siang hari!?"[4]
Sebagai umat Islam, kita haruslah sensitif dan peka terhadap isu-isu dan peristiwa-peristiwa yang melibatkan umat Islam, dimana musuh-musuh Islam yang sentiasa mencari cara dan tipu-daya bagi menghapuskan Islam dimukabumi. Sudahlah kita tidak berjihad secara peperangan, maka sekurang-kurangnya kita boleh dan berupaya melakukan Jihad Ekonomi yang telah difatwakan oleh ulama'-ulama' Islam masakini.
wallahu'alam
wassalam
==============
Rujukan :
1. Sheikh Ibn ‘Utsaimin. Majmu’ Fataawa- 3/39, 40. Dar Al-Watan, 2000.
2. Dr. Yusuf Al-Qadhawi. Fatawa wa Al-hakam. url :http://qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=2090&version...
3. Muhammad Salih Munajjid. Fatwa bekerja dengan syarikat komputer orang kafir. url : http://63.175.194.25/index.php?ln=ara&ds=qa&lv=browse&QR=32564&dgn=3
4. Fatwa Boikot dari IslamOnline (Inggeris). url : http://www.islamonline.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=69990
خيرالأمين