Apakah yang dimaksudkan dengan mengikut imam? Adakah ia dengan berpindah ke rukun seterusnya semasa takbir perpindahan imam atau selepas habis takbir tersebut?
Re: SJ-2601 : Masalah mengikut imam dalam solat berjamaah
wa'alaikumussalam
Terima kasih sdr AnakAyub (Dr. Ibn Ayub). Kami akan cuba menjawab soalannya dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Yang di maksudkan 'Mengikut Imam'[1] ialah - iqtida' ([="#800000" size="4"]ÇáÇÞÊÏÇÁ) - mengikut Imam pada semua perbuatan solat. Ia berlaku dimana ma'mum akan mengikuti perbuatan solat Imam, berdasarkan Hadith nabi saw :
"Sesungguhnya Imam itu dijadikan untuk diikuti, apabila dia takbir, hendaklah kamu takbir, dan jika ia ruku' hendaklah kamu ruku'". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dr Wahbah Zuhaily[1] (Fikh islami, 234) membahagikan kategori mengikut Imam ini kepada 3 bahagian :
a. Muqaranah [="#800000" size="3"](ÇáãÞÇÑäÉ) - Serentak - perbuatan ma'mum seiring dengan perbuatan Imam.
b. Ta'aqib [="#800000" size="3"](ÇáÊÚÞíÈ) - Penyusulan - Makmum akan menyusul perbuatan Imam dengan segera/langsung (mubasyirah).
c. Tarakhi [="#800000" size="3"](ÇáÊÑÇÎí) - Melewatkan - Makmum mengikuti Imam agak lewat tetapi sempat bersama Imam.
Disana terdapat perbincangan yang panjang mengenai perbuatan mana yang boleh menyamaai dan perbuatan mana yang perlu menyusuli Imam. Bagi memudahkan perbincangan ini, kami memilih penerangan mudah dari Sheikh Utsaimin didalam hal ini. Beliau didalam Al-Sharh Al-Mumti'(4/275) mengatakan apabila seseorang itu bersolat di belakang Imam, boleh didapati 4 perkara yang berlaku[2]:
1. Mendahului Imam [b][="#800000" size="3"](ÓóÈúÞñ)[/b] - apabila melakukan salah satu rukun solat sebelum Imam seperti sujud, atau rukuk. Perbuatan ini adalah haram. Sabda Nabi saw : "jangan kamu ruku' sehingga dia ruku', dan jangan kamu sujud sehingga dia sujud " -[="#0000ff" size="3"]{{áÇ ÊÑßóÚõæÇ ÍÊì íÑßÚó ¡ æáÇ ÊÓÌÏõæÇ ÍÊì íÓÌÏó }}. Sabda Nabi saw lagi :"Apakah tidak takut mereka yang mengangkat kepala sebelum Imam akan Allah swt menggantikan kepalanya dengan kepala keldai, atau menggantikan bentuknya didalam bentuk keldai?"-[="#0000ff" size="3"]{{ÃãÇ íÎÔì ÇáÐí íÑÝÚõ ÑÃÓóå ÞÈáó ÇáÅöãÇãö Ãä íõÜÍóÜæøöáó Çááåõ ÑÃÓóÜå ÑÃÓó ÍöãÜÇÑò ¡ Ãæ íÌÚáó ÕæÑÊóå ÕæÑÉó ÍöÜãÜÇÑò}}. Ini merupakan satu amaran bahawa kesalahan ini merupakan satu dosa yang besar.
2. Melambat-lambatkan [b][="#800000" size="3"](ÊóÎóáøõÝñ)[/b] - Terdapat 2 jenis. Jenis pertama iaitu penangguhan kerana tidak sengaja akibat sesuatu. Contohnya tidak mendengar suara Imam. Perbuatan ini tidak menjadi kesalahan. Jenis kedua ialah melakukan penanguhan dengan sengaja. Contohnya, bila Imam ruku', dia belum ruku'. Tetapi sempat mendapati ruku' Imam. Perbuatan ini tidak membatalkan solat, tetapi menurut ulama' salaf, ia bertentangan dengan sunnah, kerana sabda Nabi saw "Apabila ia ruku' hendaklah kamu ruku'" [="#0000ff" size="3"]{{ÅÐÇ ÑóßóÚó ÝÇÑßÚæÇ }}.
3. Melakukan perbuatan bersama-sama Imam [b][="#800000" size="3"](ãæÇÝÞÉñ)[/b] : - terdapat kategori didalamnya.
a. Menyebut perkataan bersama-sama Imam. Perkara ini tidaklah bersalahan kecuali didalam Takbir Al-Ihram dan mengucap salam. Jika dia mengucapkan takbir sebelum Imam menghabiskan Takbir Al-Ihram, maka dia belum dikatakan memasuki solat. Adalah perlu mengucapkan Takbir Al-Ihram setelah Imam selepas melakukannya. Mengenai salam, ulama mengatakan Makruh mengucap salam bersama-sama Imam. Adalah elok mengucapkan salam setelah Imam selesai mengucap kedua-dua salam.Akan tetapi mengucap salam pertama setelah Imam selesai salam pertama, tidaklah menjadi satu kesalahan. Bacaan yang lain seperti tashahud jika ia bersama Imam atau menyedari bahawa ia mendahului Imam didalam bacaan, tidaklah mengapa.
b. Melakukan perbuatan bersama-sama dengan Imam hukumnya adalah makruh. Contohnya Imam mengucap Takbir dan ruku', dimana dia pun ruku' bersama dalam waktu yang sama. Ini adalah markruh kerana Nabi saw bersabda :"Apabila dia ruku',kemudian kamu ruku', dan janganlah rukuk sehingga dia ruku'"-[="#0000ff" size="3"]{{áÇ ÊÓÌÏæÇ ÍÊì íÓÌÏó}}. Samalah apa yang berlaku pada perbuatan yang lain, seperti sujud.
4. Menyusuli Imam/Mengikuti [b][="#800000" size="3"](ãÊÇÈÚÉñ)[/b]- ini merupakan perbuatan yang di sunatkan. Ia bermakna melakukan perbuatan solat sebaik sahaja Imam melakukannya, tetapi bukan dalam masa yang sama. Contohnya, apabila Imam ruku', tanpa berlenggah kita melakukan ruku' menyusuli ruku' Imam.
"Apabila Nabi saw berkata :'Sami'allahu liman hamidah', tiada siapa dikalangan kami membongkok belakang (untuk sujud) sehingga Nabi saw turun ke bawah untuk sujud, kemudian baru kamu turun untuk sujud selepas beliau" - Riwayat Al-Bukhari, 690; Muslim, 474.
-----------
Sheikh Nasyiruddin Al-Albani didalam Talkhis Solat Nabi saw berpendapat bahawa mengikut perbuatan Imam ialah menyusuli perbuatannya dan bukan melakukan bersama-sama Imam. Didalam no:32[3] beliau mengatakan : "Dan Ma'mum tidak bertakbir sehingga Imam selesai dari Takbirnya" - (32- æáÇ íßÈÑ ÇáãÃãæã ÅáÇ ÚÞÈ ÇäÊåÇÁ ÇáÅãÇã ãä ÇáÊßÈíÑ).
wallahu 'alam
-wassalam
=========
Rujukan:
1.Sheikh Dr. Wahbah Zuhaily. Fiqh Al-Islami wa 'adillatuh. cetakan ke 3. Beirut : Dar Al-Fikr, 1989.
2. Sheikh Muhammad ibn Utsaimin. al-Sharh al-Mumti’. Riyad : Muasasah Al-Risalah, 2002.

Dari Al-Bara' ibn 'Aazib berkata :

3. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Talkhees Sifat Salaat al-Nabi saw. url : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=pelbagai&Number=10647&page=0&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1
خيرالأمين