SJ-2626 : Persoalan Mandi Wajib

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2626 : Persoalan Mandi Wajib

saya ingin kepastian, jika kita menjima' isteri tapi berhenti sebelum mengeluarkan air mani.. apakah kita kena mandi junub?
dan bagi isteri, apakah setiap kali suami memasukkan zakar, dia wajib mandi junub..? Atau hanya bila isteri itu klimaks sahaja..? terima kasih.

Re: SJ-2626 : Persoalan Mandi Wajib

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Insyaallah kita cuba menjawab soalan Nevland ini dengan kemampuan yang ada.

Apabila 2 kemaluan bertemu, iaitu melalui persetubuhan, walaupun tidak keluar (ejekulasi) mani, dikenakan (WAJIB) mandi, kerana sabda Nabi saw : "Apabila dua kemaluan bertemu, dan hujung kepala zakar tidak kelihatan, wajib mandi, samada keluar (mani) atau tidak" [="#800000" size="3"]{{ÅÐÇ ÇáÊÞì ÇáÎÊÇäÇä æÛÇÈÊ ÇáÍÔÝÉ ¡ ÝÞÏ æÌÈ ÇáÛÓá ¡ ÃäÒá Ãæ áã íäÒá }} - Riwayat Abu Daud, didalam Sahih Sunan Abi Daud, 209)

Didalam kes diatas, wajib mandi bagi suami dan isteri, walaupun belum klimaks atau pun sebelum berlaku sebarang ejekulasi (keluar mani).

wallahu 'alam

-wassalam-

Rujukan :

1. Dr. Mustafa Bugho [etc]. Fiqh Al-Manhaji - I. cetakan ke 4. Damsyik : Dar Al-Qalam, 2000. ms 73-74.

خيرالأمين