SJ-2641: Satu pertiga AlQuran

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2641: Satu pertiga AlQuran

Mengapakah Al_Fatihah dianggap seluruh Al_Qur:an dan Surah al_Ikhlas se pertiga dari Al_Qur:an?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2641: Satu pertiga AlQuran

Jawab:

a. al_Fatihah
HR atTermidhi dari Abi Hurayra ra, (sabda)"Surat (al_Fatihah) ialah Ummul_Qur:an, Ummul_Kitab, asSab'ul Mathani (7 ayat yg diulang-ulang) dan al-Qur:an alAdziem," Sahih Sunan atTermidhi (Sunan: 5/297)
Komentar alBukhari, dinamakan ia Ummul Qur:an kerana ia induk kpd alQur:an dan ia mengandungi semua isi kandungan alQur:an (alSahih:6/630)
Putra Imam Ahmad ibn Hanbal, Abdullah pula membawa dalil-dalil bahawa al_Fatihah itu hanya menyamai 1/3 alQur:an sahaja (Tafsir Ibn Katheer, Jld 1, Tafsir surah al_Fatihah)

b. al_Ikhlasy
Ia menyamai 1/3 al-Qur:an berdasarkan hadis2 yg Mutawatir (unanimous): alBukhari, Abu Daud dan anNasa'iy dari Abu Sa'eed alKhudry ra; HR Muslim dan atTermidhi dari jalan Abi Hurayra ra; HR Imam Ahmad, atTermidhhi dan anNasa'iy dari jalan Abi Ayyub alAnsary ra.
Rasional dikatakan ia menyamai 1/3 alQur:an menurut allamah Prof adDr Wahbah azZuhayly (Tafsir alMuneer, Juz 30) ini kerana alQur:an dibahagi tiga: Tawheed, hukum-hakam dan mu'amalat, maka al_Ikhlas itu meliputi urusan Tawheed. WA