SJ - 2658: [JPN] batas2 pergaulan lelaki dan perempuan..

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2658: [JPN] batas2 pergaulan lelaki dan perempuan..

assalamualaikum ustaz..
Saya ingin mengetahui batas2 pergaulan antara laki2 dan perempuan yang bukan muhrim berdasarkan dalil2 yang kukuh. bagaimana mengenai batas2 tersebut dalam pergaulan seharian, dan juga bagaimana pula ketika dalam sesi pembelajaran; seperti seorang ustaz dan anak murid, dan juga bagaimana dalam melakukan mesyuarat di dalam tanzim dan saya ingin meminta pandangan ustaz bagaimana hendak menghadapi mereka yang tidak faham mengenai perkara ini, dalam konteks untuk menyampaikan dakwah kepada mereka. adakah perlu dijauhi program2 yang mereka anjurkan, ataupun menyertai dengan menjaga diri kita sendiri supaya dapat menjalankan hubungan yang baik dengan mereka.

saya sekarang belajar di Jepun. dan pelajar2 Melayu di Jepun ni terutama bagi perempuan tidak ramai dalam satu2 universiti. jadi terasa penting utk tidak membiarkan mereka hanyut begitu sahaja,kalau lelaki membiarkan sebab takut melanggar batas2 tersebut..

saya harap ustaz dapat huraikan kekusutan ini.. terima kasih..

wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2658: [JPN] batas2 pergaulan lelaki dan perempuan..

:wassalam
Ma'afkan kami kerana kami tidak perasan soalan ini dari Japan. Kami sentiasa mengutamakan masalah dari luar negara yg komunitinya tidak besar dan ingin cepat membantu orang spt saudara.
Sebenarnya kami selalu menjawab isu ini dan oleh kerana isu bebasnya wanita keluar ke dalam masyarakat ini merupakan isu zaman kita, maka hujah2nya ada dibahaskan dalam kitab2 Fatwa masakini. Kitab Fatwa yg kami pilih ialah dari kalam Mujtahid yg paling top masakini iaitu Prof Dr Abdallah Yusof alQardhawi yg sekarang menetap di Qatar berusia hampir 70 tahun. Soalan saudara pernah diajukan kepada Dr alQardhawi dan Dr telah menjawabnya dgn panjang lebar dan kami pernah menurunkan fatwa itu sebelum ini.
Rumusan:
Pertemuan dan pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam urusan kerjaya, dakwah dan ilmu adalah harus asalkan ia sentiasa di atas Niat yg baik.
Dalil: atTawbah: 71 (Dan orang2 beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yg lain)

Etika atau garispanduan yg mengawal percampuran ini:
1. Menjaga pandangan supaya tidak menjalarnya syahwat.
Dalil: anNuur: 30-31 (..hendaklah mereka menahan pandangannya)
2. Semua pihak menutup aurat terutama perempuan, tidak nipis materialnya dan tidak menampakkan bentuk badan
Dalil: anNuur: 31 (janganlah mereka menampakkan perhiasan kecuali yg biasa nampak); alAhzab: 59 (Hendaklah mereka menghulurkan jilbab ke seluruh tubuh mereka)

3. Memelihara adab dan susila Islam ketika bertemu dan bergaul
3.1 menjaga nada suara (Dalil alAhzab: 32," maka janganlah kamu lunak dlm berbicara")
3.2 menjaga gaya berjalan (Dalil: anNuur: 31 (janganlah kamu memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yg mereka sembunyikan), alQasas: 25, "..ia (anak Ayub) berjalan tersipu-sipu)
3.3 Tidak membuat body language yg manja dan seksi

4. Elakkan rangsangan spt memakai perfume dan mengenakan make-up
5. Pertemuan dalam bentuk kumpulan, tidak boleh berkhalwah
6. Pertemuan dan pergaulan adalah dalam batasan keperluan sahaja bukan berlebih-lebihan. (Hadyul Islam Fatawa Mu'asirat Jld 2) WA