SJ - 2659: Jamak solat

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2659: Jamak solat

Assalamualikum,
saya ada 2 soalan tentang solat jamak & qasar:

1- Seorang musafir yang berniat hendak jamak taakhir zuhur dan asar telah sampai ke sebuah masjid yang baru sahaja dilaungkan azan tanda masuk waktu asar. Musafir berkenaan telah bersolat asar secara berjemaah dengan imam 4 rakaat. Sesudah menunaikan solat asar bersama imam dia hendak menunaikan solat zuhur pula. adakah dia kena solat zuhur tersebut 4 rakaat atas dasar kerana dia solat asar tadi 4 rakaat bersama imam atau boleh dia qasar solat zuhur tersebut menjadi 2 rakaat?. harap disertakan jawapan dengan dalil.

2- Seorang musafir telah terlupa (atau cuai) untuk menunaikan solat zuhur dan asar ketika dalam permusafirannya sehinggalah masuk waktu maghrib. adakah boleh dia mengqadakan solat zuhur dan asar tadi dalam waktu maghrib atau isyak (atau selama mana dia masih lagi berada dalam musafir)? atau kena qada selepas habis bermusafir? kalau boleh qada selama mana masih dalam musafir adakah qada solat tersebut dilakukan secara tamam secara berasingan atau boleh jamak dan qasar sekaligus?
Wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2659: Jamak solat

:wassalam
Jawab:
1. Tidak ada dalil yg putus menyuruh kita menyempurnakan solat selepas itu atau mengQasarkan. Pilihan Jumhur fuqaha' ialah diberi kebebasan pada seseorang utk menyempurnakan (tamam) Asr 4 Raka'at atau mengQasarkannya. (Ibn Qudamah alMaqdisi, alMughny: 2/265)
2. Solat yg luput semasa musafir
Pendapat yg Azhar (lebih jelas) dalam madzhab Syafi'iy (Mughny Muhtaj: 1/263) hendaklah diQadhakan secara jama' qasar semasa dalam musafir juga. Ini juga pendapat Hanbaliah (alMughny: 2/282)
Pendapat Tahqeeq (analitis) spt Ibn Taymiyah dan Zahiri: Tiada Qadha' bagi solat yg luput dgn sengaja kerana hukum solat yg luput dgn sengaja adalah tidak ujud dan mengQadhakannya adalah sia-sia. Dikehendaki bertaubat dan membenyakkan kebaikan dan solat sunat. Ini kerana meninggalkan solat dgn sengaja adalah kufur. WA