SJ-2690 : Allowance claim - pemalsuan resit

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2690 : Allowance claim - pemalsuan resit

Assalamualaikum,

Soalan: Our company allows us to claim clothing allowance for say maximun of RM1000 every year with receipt. Is it halal to claim the money eventhough we dont really buy anything but be able to produce fake receipt. Harap dapat bijak pandai beri pandangan.
wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2690 : Allowance claim - pemalsuan resit

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr Zamree ini dengan ilmu yang sedikit dengan sebaik yang mungkin, Insyaallah. Satu soalan yang baik, yang menjadi realiti kehidupan seharian kita.

Allowance baik dalam bentuk travelling (perjalanan), pembelian buku, dan pakaian merupakan kemudahan yang diberikan oleh majikan. Syarat-syaratnya telah ditetapkan. Biasanya caranya ialah dengan menggunakan wang sendiri dan claim kemudian. Claim ini juga disertai dengan resit pembelian. Resit itu dianggap sebagai bukti transaksi tersebut. Samalah juga dengan mendapatkan rawatan di klinik yang bukan panel, bayar dahulu dan claim kemudian. Adakalanya claim-claim ini mempunyai had-had (limit)nya yang tertentu. Kesemua ini baik prosedurnya, hadnya dan syarat-syaratnya akan diberi kepada pekerja, dan mereka yang bersetuju dengan syarat-syaratnya akan menggunakan fasiliti tersebut. Memungkiri syarat-syarat yang ditetapkan adalah bermakna Pecah Amanah dan juga menipu (pembohongan). Namanya pun False/Fake claim!

Cuba amati fatwa yang dikeluarkan oleh Sheikh Ibnu Jibrin berkenaan dengan salah-guna claim.
---------------

Soalan : Saya telah mengalami kemalangan diluar pejabat, dan bila sukar untuk membayar perbelanjaan rawatan, Saya telah claim bahawa kemalangan itu berlaku ditempat kerja. Berdasarkan ini, syarikat telah membayar perbelanjaan rawatan saya. Kini saya menyesal, Apakah yang harus saya lakukan?

Jawapan :

[="#0000ff" size="3"]ÇáÍãÏ ááå
íáÒãß Ãä ÊÎÈÑ Ãåá ÇáÔÑßÉ ÈÍÞíÞÉ ÇáÍÇá æÊÚÑÖ Úáíåã ÑÏøß ãÇ ÕÑÝæÇ Úáíß ãä ÃÌÑÉ ÇáÚáÇÌ Ãæ ÎÕúãåÇ ãä ÑÇÊÈß ¡ ÝÅä ÚÝæÇ Úäß - Åä ßÇä áåã ÇáÕáÇÍíÉ - ÓÞØ ÇáÛõÑúã æÅáÇ ÝáÇ ÊÈÑà ÐãÊß ÅáÇ ÈÇÓÊÈÇÍÊåã ( æÇáÊÍáá ãäåã ) Ãæ ÑÏø ÇáãÕÇÑíÝ Åáíåã ¡ æÇÓÊÛÝÑ ÑÈß Úä ÇáßÐÈ æÇáÙáã .

Alhamdulillah, Anda harus memberitahu ketua anda apa yang telah berlaku, dan penawarkan diri untuk membayar apa yang mereka telah belanjakan keatas anda, atau biarkan mereka memotong gaji. Jika mereka melepaskan anda - dan jika mereka mempunyai kedudukan begitu - maka anda tidak perlu melakukan apa-apa. Anda tidak boleh bebas dari tuduhan melainkan mereka mengampunkan kesalahan anda, atau membebaskan anda, atau Anda membayarnya kembali. DAN juga mintalah ampun daripada Allah swt mengenai pembohongan dan kesalahan yang anda lakukan.
--------------

Apakah sebenar dosa yang dilakukan mengenai Claim Olok-Olok tersebut?

Cuba perhatikan firman Allah swt didalam 2 ayat dibawah ini :

[="#ff00000" size="3"]Åöäøó Çááøóåó íóÃúãõÑõßõãú Ãóäú ÊõÄóÏøõæÇ ÇáúÃóãóÇäóÇÊö Åöáóì ÃóåúáöåóÇ æóÅöÐóÇ ÍóßóãúÊõãú Èóíúäó ÇáäøóÇÓö Ãóäú ÊóÍúßõãõæÇ ÈöÇáúÚóÏúáö Åöäøó Çááøóåó äöÚöãøóÇ íóÚöÙõßõãú Èöåö Åöäøó Çááøóåó ßóÇäó ÓóãöíÚðÇ ÈóÕöíÑðÇ
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. " [al-Nisaa’ 4:58]
[="#ff00000" size="3"]íóÇÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇ áÇ ÊóÎõæäõæÇ Çááøóåó æóÇáÑøóÓõæáó æóÊóÎõæäõæÇ ÃóãóÇäóÇÊößõãú æóÃóäúÊõãú ÊóÚúáóãõæäó
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). " [al-Anfaal 8:27]

Kedua-dua ayat diatas ini adalah perintah Allah swt bagi semua jenis amanah, baik prosedur kerja ataupun apa-apa sekalipun. Mematuhi dan menjalani perintah tersebut merupakan tanda-tanda orang-orang yang beriman!

Telah diriwayatkan didalam dua sahih dari Abu Hurairah (r.a.) bahawa Nabi saw bersabda :

[="#800000" size="3"]ÂíóÉõ ÇáúãõäóÇÝöÞö ËóáÇËñ ÅöÐóÇ ÍóÏøóËó ßóÐóÈó æóÅöÐóÇ æóÚóÏó ÃóÎúáóÝó æóÅöÐóÇ ÇÄúÊõãöäó ÎóÇäó
"Tanda orang munafik itu ada TIGA : apabila ia bercakap, ia berbohong; apabila berjanji, ia memungkirinya; dan apabila diberi amanah ia akan mengkhianatinya" - Riwayat Al-Bukhari #32, Muslim #89. Dan menurut diriwayat Muslim #:90 ,"Walaupun jika ia berpuasa dan solat dan mengakui sebagai seorang Islam" [="#800000" size="4"]{æóÅöäú ÕóÇãó æóÕóáøóì æóÒóÚóãó Ãóäøóåõ ãõÓúáöãñ }[/b]
.

Pecah amanah merupakan sifat-sifat seorang munafik. Didalam musnad diriwayatkan oleh Anas bahawa Nabi saw bersabda :

[="#800000" size="3"]áÇ ÅöíãóÇäó áöãóäú áÇ ÃóãóÇäóÉó áóåõ æóáÇ Ïöíäó áöãóäú áÇ ÚóåúÏó áóåõ
"Tidak dikata beriman bagi mereka yang tidak Amanah dan tiada Agama bagi mereka yang tidak menunaikan janji" - Musnad Imam Ahmad ibnu Hanbal #11935.

---------
Kesimpulannya, jahuilah perkara-perkara yang boleh melunturkan Imam walaupun nilainya sedikit, baik claim perubatan (medical), buku, pakaian dsb. Benefit claim tersebut hanya boleh diperolehi jika ia benar-benar berlaku. Selagi ia tidak berlaku (resit yang betul), ia bukan hak kita! Sikit punya pasal, Imam kita tergadai! Perkara-perkara seperti penipuan didalam claim adalah diletakkan didalam pecah amanah dan juga pembohongan. Jadilah seorang Islam yang beriman, dan praktikkan Islam dimana sahaja kita berada, Insyaallah selamat dunia dan akhirat...

wallahu' alam.

-wassalam-

Rujukan Fatwa :

1. Fataawa Islamiyyah, Ibn Jibreen, 314. url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=3104&dgn=3&dgn=2

خيرالأمين