SJ - 2702: HUkum Hudud: Sebat

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2702: HUkum Hudud: Sebat

:salam
Seorang penzina menjalani hukum sebat. Belum cukup sebat 100 kali dia pun mati. Adakah hukum sebatan diteruskan atau tidak?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2702: HUkum Hudud: Sebat

:wassalam
Jawab:
Kalau yg disebat itu mati, takkanlah mayat itu terus disebat. Menyebat mayat ini tidak membawa apa-apa makna lagi. Maka tamatlah hukuman itu di situ.
Sebelum itu lebih baik kita imbas kembali sepintas lalu perihal pelaksanaan hukum sebatan hadd zina ini menurut Madzhab Syafi'iy:
a. Bahagian badan yg boleh disebat: Semua badan kecuali kemaluan, muka dan kepala.
b. alat sebatan: pelepah kurma (jika Malaysia, pelepah kelapa atau kelapa sawit) dari jenis antara basah dan kering. Jika menggunakan cemeti gunakan yg sedang (sederhana saiznya)
c. kekuatan pukulan: penyebat tidak boleh mengangkat alat pemukul melebihi kepalanya. Pukulan yg sedang-sedang (sederhana kuat)
d. cara pukulan: dipukul terus menerus secara teratur.
e. Jika penzina itu sakit, cuaca terlalu panas, dingin atau hujan lebat, ia ditangguhkan
f. Jika penzina itu lanjut usia atau terlalu kurus, diambil 100 ranting kayu yg diikat menjadi seberkas dan dipukul sekali ke atasnya.
g. Jika pesalah itu meninggal dunia ketika disebat, maka tamatlah hukuman itu dan ahli waris tidak boleh menuntut gantirugi dari Imam, Khalifah, Baitul Mal atau tukang sebat.
[Imam Muhyidin syaraf anNawawi, Fatawa alImam Nawawi alMusamma al Masail almansturah; susunan Ibn Aththar; Imam Syirazi, alMuhadzab, Jld 2) WA