SJ - 2769 : Cara solat dlm kapalterbang/bas

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2769 : Cara solat dlm kapalterbang/bas

:salam

DULU SAYA PERNAH MENGHANTAR SOALAN TENTANG PERMASALAHAN SOLAT MENGHORMATI WAKTU. JAWAPAN DRP PIHAK TUAN AMAT MEMUASKAN HATI SAYA.

CUMA SEKARANG SAYA INGIN TAHU BAGAIMANAKAH CARANYA SECARA LEBIH TERPERINCI (BERMULA DRP TAKBIRATUL IHRAM SEHINGGA MEMBERI SALAM) UNTUK MENUNAIKAN SOLAT ORG YG KETIADAAN WUDUK DAN TAYAMMUM DALAM KAPALTERBANG ATAU BAS YG MANA KITA SAMA2 TAHU KEADAAN DAN SUASANA DLM KAPALTERBANG/BAS TIDAK SAMA SEPERTI DI RUMAH2 MAHUPUN MASJID?
:wassalam

Re: Cara solat dlm kapalterbang/bas

Solat di atas kenderaaan

Diriwayatkan dari Ibnu Umar bahawasanya Rasulullah S.A.W sembahyang di atas tunggangannya ke mana saja ia menghadap (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan dari Ibnu Umar bahawasanya rasululullah S.A.W pernah ditanya solat di atas sampan, maka baginda S.A.W bersabda: "Dirikanlah solat di atasnya kecuali sekiranya anda berasa takut karam." (Riwayat Daraqutni dan Hakim)

Abdullah bin Abu Utbah berkata, "Saya bersama-sama Jabir bin Abdullah, Abu Said Al-Khudri dan Abu Hurairah di atas sampan, maka mereka mendirikan solat berjemaah, padahal mereka sanggup mendarat." (riwayat Said bin Mansur)

Kaifiyat mengerjakan solat di atas kenderaan, pilih satu tempat yang sesuai (selalunya international flight menyediakan tempat solat, merujuk kepada penerbangan malaysia, penerbangan lain saya tak tahu). dan dirikanlah solat di situ. Tidak diberatkan menghadap kiblat kerana kenderaan yang bergerak mustahil kita dapat mencari arah kiblat yang tetap. Berdiri adalah salah satu rukun fi'li solat. Maka berdirilah kecuali terdapat sukar (kerana ruang, uzur syar'ie dsb).

Wallahua'lam.

Ruj : Ad-dalil al-fiqhi Lil Musafirul Muslim (Uthman Al-Khuysi)

Re: SJ - 2769 : Cara solat dlm kapalterbang/bas

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Terima kasih kerana masih bersama Al-Ahkam Online. Kami akan cuba menjawab persoalan Pn Syarnita (nieta75) dengan kadar kemampuan ilmu yang terbatas ini, Insyaallah. Kami dapat merasakan bahawa banyak soalan Puan ini berkisarkan ibadat Haji dan solat didalam permusafiran, dan tentu sekali Puan sedang membuat persediaan menunaikan rukun Islam yang kelima (pada jangkaan kami). A'la kulli hal, kami mengucapkan tahniah, semoga berjaya. Terima kasih diucapkan kepada syeikh Zayed kerana telah memberi respon dan membantu kami menjawab soalan diatas, JKKK.

Gambaran perbuatan Solat didalam kenderaan ini sama sahaja dengan perbuatan solat-solat biasa, bermula dengan Takbir Al-Ihram sehinggalah salam. Sebagaimana yang kita tahu, wajib berdiri semampu mungkin (kalau tak mampu bolehlah solat duduk) dan mengadap Qiblat (atau berusaha bertanyakan arah Qiblat) apabila melakukan SOLAT FARDU. Lainlah didalam Solat Naafilah atau Solat Sunnat, kita boleh melakukan secara duduk dan mengadap mana sahaja arah yang kita dituju oleh kenderaan. Sebelum kita berbicara jauh lagi, saya rasa elok kita lihat dulu keperluan-keperluan didalam melakukan Solat didalam kenderaan ini.
------------------

Apakah syarat Solat didalam kenderaan ?

Melakukan Solat Fardu didalam kenderaan, dimana seseorang itu tidak dapat Mengadap Qiblat atau Solat berdiri Tidaklah dibenarkan, melainkan jika menepati dua syarat dibawah ini (al-Lajnah al-Daa’imah, 8/124)[1] :

[="#0000ff" size="3"]1- Ãä íÎÔì ÎÑæÌ æÞÊ ÇáÝÑíÖÉ ÞÈá æÕæáå ¡ ÃãÇ Åä ßÇä ÓíäÒá ÞÈá ÎÑæÌ ÇáæÞÊ ÝÅäå íäÊÙÑ ÍÊì íäÒá Ëã íÕáí .
1. Harus ada rasa takut bahawa waktu Solat Fardu akan tamat sebelum sampai kepada tempat yang dituju. Jika anda akan sampai ke tempat yang dituju sebelum waktu Solat berakhir, anda harus menunggu sehingga tiba dan bersolat disitu.
[="#0000ff" size="3"]2- ÃáÇ íÓÊØíÚ ÇáäÒæá ááÕáÇÉ Úáì ÇáÃÑÖ ¡ ÝÅä ÇÓÊØÇÚ ÇáäÒæá æÌÈ Úáíå Ðáß .
2. Tidak mungkin dapat turun ke bumi atau turun ke bawah, Jika keadaan ini berlaku, maka anda boleh melakukannya (solat).

Sheikh Ibnu Utsaimin menambah :

[="#0000ff" size="3"]æÅä ßÇäÊ ÇáÕáÇÉ ÇáÊí ÍÖÑÊ æåæ Ýí ÇáØÇÆÑÉ ããÇ íõÌãÚ Åáì ãÇ ÈÚÏå ßãÇ áæ ÍÖÑÊ ÕáÇÉ ÇáÙåÑ ÝÅäå íÄÎÑåÇ ÍÊì íÌãÚåÇ ãÚ ÇáÚÕÑ Ãæ ÍÖÑÊ ÕáÇÉ ÇáãÛÑÈ æåæ Ýí ÇáØÇÆÑÉ íÄÎÑåÇ ÍÊì íÌãÚåÇ ãÚ ÇáÚÔÇÁ .
"Jika Solat itu boleh dijama'kan didalam solat lain kemudiannya (jama' Ta'khir) seperti Solat Zohor yang boleh di akhirkan dan dijama' dengan Asar, atau Magrib dijama'kan dengan Isya' di waktu Isya' maka bolehlah ia melakukannya."

Berkata Sheikh Abdul Aziz bin Baaz, adalah menjadi keperluan bersolat didalam kenderaan jika "Solat-solat yang dilakukan diatas udara tidak mungkin boleh dijama'kan, contohnya Solat selepas Asar dan juga Solat Subuh, maka hendaklah mereka bersolat sebelum habis waktunya. Tidak ada Ta'khir didalam solat-solat seperti ini selepas waktunya..." (majmu' fatawa, 4/462)[2].

Hanya dengan menepati syarat-syarat ini, maka Solat didalam kenderaan ini benarkan. Dalil membolehkan solat sebegini boleh diambil dari makna/maksud umum firman Allah swt :

[="#ff00000" size="3"]áÇ íßáÝ Çááå äÝÓÇð ÅáÇ æÓÚåÇ
"Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. " - [al-Baqarah 2:286]
[="#ff00000" size="3"]ãÇ íÑíÏ Çááå áíÌÚá Úáíßã ãä ÍÑÌ
"Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan)" - [al-Maa’idah 5:6]
[="#ff00000" size="3"]ÝÇÊÞæÇ Çááå ãÇ ÇÓÊØÚÊã
"Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu " - [al-Taghaabun 64:16]
--------------

Mengadap Qiblat dan berdiri didalam Solat

Soalan : Jika kita menepati syarat-syarat diatas, apakah perlu mengadap qiblat dan berdiri didalam Solat (al-Lajnah al-Daa’imah, 8/124)?

Jawapan : Jika anda mampu mengadap Qiblat sepanjang Solat, Maka anda harus melakukannya, kerana adalah ia menjadi SYARAT SAH didalam Solat Fardu samada seseorang itu bermusafir atau tidak.

Jika tidak mungkin untuk mengadap Qiblat sepanjang Solat, maka takutlah kepada Allah sebanyak mana yang kamu mampu dan lakukan yang terbaik, berdasarkan nas (kemampuan) diatas.

Syarat ini amat ketat didalam Solat Fardu. Bagi solat sunat pula, peraturannya agak longgar; adalah dibenarkan seseorang yang bersolat sunat bersolat dengan mengadapkan dirinya kearah mana kenderaan itu mengadap, walaupun dia boleh turun ke bumi untuk melakukan solat, kerana Nabi saw pernah bersolat sunat diatas kenderaannya dan mengadap kearah mana kenderaannya bergerak. Jabir telah meriwayatkan dari Nabi saw :

[="#800000" size="3"]ßÇä íÕáí ÇáÊØæÚ æåæ ÑÇßÈ Ýí ÛíÑ ÇáÞÈáÉ
"Beliau melakukan Solat sunat semasa menunggang tanpa mengadap qiblat"- (Riwayat Bukhari #1094).

Akan tetapi, adalah lebih baik untuk mengadap Qiblat semasa permulaan Solat Sunat, jika keadaan membenarkan ketika perjalananan.
-------------

Permasalahan mencari Qiblat didalam kenderaan

Sejauh mana harus mencari Qiblat didalam kapal terbang misalya. Berkata Ibn Utsaimin :

[="#0000ff" size="3"]æíÌÈ Úáíå Ãä íÓÃá ÇáãÖíÝíä Úä ÇÊÌÇå ÇáÞÈáÉ ÅÐÇ ßÇä Ýí ØÇÆÑÉ áíÓ ÝíåÇ ÚáÇãÉ ÇáÞÈáÉ ÝÅä áã íÝÚá ÝÕáÇÊå ÛíÑ ÕÍíÍÉ
"Dia wajib bertanyakan kepada anggota pesawat (stewards) akan arah Qiblat jika ia berada diatas kapal terbang yang tidak menunjukkan arah Qiblat. Jika dia tidak melakukan perkara ini, maka Solat tidak sah".

Jika maklumat ini ini tidak dapat diperolehi selepas bertanya, kewajiban mencarinya gugur kerana di takuti habis waktu solatnya.

Berkata Sheikh Nasyiruddin Al-Albani bahawa akan gugur kewajiban mencari Qiblat :

[="#0000ff" size="3"] ßÇáãÑíÖ ¡ Ãæ ãä ßÇä Ýí ÇáÓÝíäÉ Ãæ ÇáÓíÇÑÉ ¡ Ãæ ÇáØíÇÑÉ ¡ ÅÐÇ ÎÔíøó ÎÑæÌ ÇáæÞÊ
"seperti orang yang sakit, atau mereka diatas kapal atau kereta, atau kapal terbang, jika takut terlepas waktu."[3]

-------
Berdiri didalam Solat

Salah satu Rukun Solat ialah Qiam, atau berdiri. Wajib hukumnya berdiri didalam Solat fardu. Hanya jika beberapa keadaan yang tidak mengizinkan berlaku, maka gugurlah kewajiban berdiri. Keadaan-keadaan itu seperti penumpang dilarang berdiri semasa perjalanan kerana cuaca buruk, penumpang merasakan tidak stabil jika solat berdiri dan kemungkinan akan jatuh. Berkata Sheikh Nasyiruddin Al-Albani :

[="#0000ff" size="3"] æáå Ãä íÕáí ÝíåãÇ ÞÇÚÏÇð ÅÐÇ ÎÔíøó Úáì äÝÓå ÇáÓÞæØ. æíÌæÒ Ãä íÚÊãÏ Ýí ÞíÇãå Úáì ÚãæÏ Ãæ ÚÕÇ áßÈÑ Óäå ¡ Ãæ ÖÚÝ ÈÏäå .
"Untuknya (dibolehkan) bersolat sambil duduk jika khuatir dirinya akan jatuh. Dan dibolehkan bersandar diatas tiang atau kayu semasa berdiri, jika tua atau lemah badan."

--------------
Insyaallah, itulah informasi yang mampu kami berikan buat seketika ini. Cara atau kaifiat solat adalah sama sahaja. Jika keadaan menyebabkan kita dikehendaki solat duduk, maka lakukanlah secara Solat Duduk dengan semampu yang mungkin. Bak kata Abdul Aziz bin Baaz, "hendaklah bersolat mengikut kemampuan, jika mampu berdiri, solatlah secara berdiri, jika hanya mampu duduk solatlah secara duduk, seperti didalam Firman Allah didalam surah al-Taghaabun, ayat 16." (majmu' fatawa, 4/462). Apa yang penting dan yang perlu ditekankan adalah, kita tidak mahu tertinggal Solat, dan biarlah solat itu dilakukan dengan sebaik mungkin, dimana Rukun dan Wajib solat perlu dijaga semampu mungkin. Kalau berupaya melakukan Solat jama' ta'khir ditempat yang dituju, adalah lebih baik dibuat demikian, demi untuk mepersembahkan solat yang terbaik! Wallahu' alam

-wassalam-
--------------

Rujukan

1] Fatawa Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 8. cetakan ke 3. Riyad : dar Al-Mua'yad, 2000.

2] Sheikh Ahmad bin Abdul Aziz bin Baaz. Majmu' Fatawa Samaahah Al-Sheikh Abdul Aziz Bin Baaz - 4. cetakan 1. Riyad : Dar Al-Watan, 1995.

3] Muhammad Nasyiruddin al-Albaani. Talkhees Sifat Salaat al-Nabi saw min al-Takbeer ila al-Tasleem ka annaka turaahaa. url : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=pelbagai&Number=10647&page=0&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1

خيرالأمين