SJ - 2812 : Solat sunat Awwabeen

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2812 : Solat sunat Awwabeen

Assalamualaikum.
Saya ada terbaca dalam satu buku panduan mengenai sembahyang sunat, menyatakan solat sunat awwabeen dilakukan antara waktu maghrib dan isyak selepas saja selesai solat sunat rawatib (selepas) maghrib dan sebelum kita berkata-kata atau bercakap-cakap terus buat sunat awwabeen. Adakah ini benar ? Bagaimanakah kaedahnya ?
Sekian Terimakasih.

Re: SJ - 2812 : Solat sunat Awwabeen

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Kenyataan atau hadith mengenai Solat Awwabiin

Kenyataan dari buku yang anda baca diatas berkemungkinan datang dari sebuah hadith yang berbunyi :

[="#ff00000" size="3"]ãä Õáì ÓÊ ÑßÚÇÊ ÈÚÏ ÇáãÛÑÈ áÇíÊßáã ÝíãÇ Èíäåä ÈÓæÁ ßÇä ßÚÈÇÏÉ ËäÊí ÚÔÑÉ ÓäÉ.
"Barangsiapa yang bersolat 6 rakaat dan tidak berkata-kata diantara waktu tersebut dengan perkataan yang buruk maka ia bagaikan beribadat 12 tahun" Hadith Riwayat Tirmudzi.

Hadith ini menurut Fatwa Al-Daaimah adalah tersangat lemah (dhaif jiddan). Katanya :

[="#0000ff" size="3"]ÇáÍÏíË ÇáãÐßæÑ ÛíÑ ÕÍíͺ áÃä Ýíå ÚãÑ Èä ÃÈí ÎËÚã¡ ÞÇá ÇáÈÎÇÑí : ãäßÑ ÇáÍÏíË¡ æÖÚíÝå ÌÏÇ.
"Hadith yang disebut diatas tidaklah sahih, kerana ia dari Umar bin Abu Khath'am, berkata Al-Bukhari : hadith mungkar, dan sangat dhaif"

Imam Tirmudzi juga mengatakan bahawa Hadith ini tidak diketahui dari oleh lain melainkan dari Umar bin Abu Khath'am, dan Al-Bukhari menganggapnya sangat daif. (Nota kaki Fiqh Al-Islami - III).

---------------------------------------
Apakah itu Solat sunat Awwabiin

Menurut Dr Wahbah Zuhaily, perkataan Awwabiin ialah adalah jama' kepada perkataan Awwab [="#0000ff" size="5"](ÃæÇÈ) yang bermakna kembali kepada Allah dengan bertaubat dan beristigfar.

Waktu Solat awwabin ini [="#0000ff" size="5"](ÕáÇÉ ÇáÃæÇÈíä) terdapatnya khilaf diantara pengikut Mazhab Syafie dengan mazhab-mazhab yang lain. Menurut pandangan yang lebih shahih, Solat awwabiin ini dilakukan setelah naik matahari diwaktu pagi sehingga sebelum waktu zohor. Akan tetapi, mazhab Syafie mengatakan bahawa Solat sunat awwabin ialah diantara lepas Magrib dan sebelum waktu Solat Isya'.

Pandangan Mazhab Syafie

Didalam Al-Fiqh Al-Islami mengatakan bahawa Solat Sunat Awwabiin dari pandangan Mazhab Syafie ialah 6 rakaat selepas Solat Magrib samada dengan satu salam, 2 salam ataupun tiga salam. Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir :

[="#ff00000" size="3"]ãä Õáì ÈÚÏ ÇáãÛÑÈ ÓÊ ÑßÚÇÊ¡ ÛÝÑÊ ÐäæÈå¡ æÅä ßÇäÊ ãËá ÒÈÏ ÇáÈÍÑ.
"Barangsiapa yang bersolat selepas magrib 6 rakaat, akan diampunkan dosanya, jika sebanyakkan buih dilautan sekalipun" - (Hadith riwayatTabarani dlm Majma' Al-Zawaid, Jil II, Ibn Majah dan Al-Tirmudzi.)

Menurut Rumah Fatwa Kuwait bahawa :

[="#0000ff" size="3"]þ æÇäÝÑÏ ÇáÔÇÝÚíÉ ÈÊÓãíÉ ÇáÊØæÚ Èíä ÇáãÛÑÈ æÇáÚÔÇÁ ÈÕáÇÉ ÇáÃæÇÈíä þ,þ æÞÇáæÇ þ:þ ÊÓä ÕáÇÉ ÇáÃæÇÈíä þ,þ æÊÓãì ÕáÇÉ ÇáÛÝáÉ þ,þ áÛÝáÉ ÇáäÇÓ ÚäåÇ þ,þ æÇÔÊÛÇáåã ÈÛíÑåÇ ãä ÚÔÇÁ þ,þ æäæã þ,þ æÛíÑåãÇ þ,þ æåí ÚÔÑæä ÑßÚÉ Èíä ÇáãÛÑÈ æÇáÚÔÇÁ þ,þ æÝí ÑæÇíÉ ÃÎÑì ÃäåÇ ÓÊ ÑßÚÇÊ þ(ÇäÊåì)
"Mazhab Syafie membezakan Nama Solat Sunat antara magrib dan Isya' dengan namanya Solat Awwabiin. Dan mereka berkata : ia menamakan juga dengan Solat Al-Ghaflah (lalai), kerana ramai manusia yang lalai melakukannya. Mereka bersolat selain dari kesibukan makan malam, tidur atau lain-lainya dengan 20 rakaat antara Magrib dan Isya', dan didalam riwayat yang lain 6 rakaat."

Pandangan Jumhur

Menurut Rumah fatwa Kuwait (dar Al-Iftaa' Al-Kuwaitiyah):

[="#0000ff" size="3"]ÓãíÊ ÈÕáÇÉ ÇáÃæÇÈíä áÍÏíË ÒíÏ Èä ÃÑÞã ãÑÝæÚÇ þ:þ þ{þ ÕáÇÉ ÇáÃæÇÈíä Ííä ÊÑãÖ ÇáÝÕÇá þÜ Ãì íÔÊÏ ÇáÍÑ ÖÍì}þ æÚä ÃÈí åÑíÑÉ þ-þ ÑÖí Çááå ÊÚÇáì Úäå þ-þ ÞÇá þ:þ þ{þ ÃæÕÇäí Îáíáí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÈËáÇË áÓÊ ÈÊÇÑßåä þ:þ Ãä áÇ ÃäÇã ÅáÇ Úáì æÊÑ þ,þ æÃä áÇ ÃÏÚ ÑßÚÊí ÇáÖÍì ÝÅäåÇ ÕáÇÉ ÇáÃæÇÈíä þ,þ þæÕíÇã ËáÇËÉ ÃíÇã ãä ßá ÔåÑ þ}þ þ.þ þ
ÞÇá ÇáÌãåæÑ : åí ÕáÇÉ ÇáÖÍì þ,þ æÇáÃÝÖá ÝÚáåÇ ÈÚÏ ÑÈÚ ÇáäåÇÑ ÅÐÇ ÇÔÊÏ ÇáÍÑ æÇÓÊÏáæÇ ÈÍÏíË ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã þ:þ þ{þ ÕáÇÉ ÇáÃæÇÈíä Ííä ÊÑãÖ ÇáÝÕÇá þ}þ ÝÞæá ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã þ:þ þ {þ ÕáÇÉ ÇáÃæÇÈíä þ}þ åæ ÇáÐí ÃÚØÇåÇ åÐå ÇáÊÓãíÉ þ,þ æßÇä Ðáß æÇÖÍÇ Ýí ÍÏíË ÃÈí åÑíÑÉ ÇáãÊÞÏã æÝíå þ.þ þ.þ þ.þ þ{þ æÃä áÇ ÃÏÚ ÑßÚÊí ÇáÖÍì ÝÅäåÇ ÕáÇÉ ÇáÃæÇÈíä þ}þ þ.þ þ

"Telah datang Nama Solat Awwabiin dari hadith Zaid bin Arqam - {Solat Awaabiin tatkala anak unta merasakan kepanasan - dimana panas meningkat waktu duha}. Dari Abi Hurairah ra berkata : {Aku telah dinasihatkan oleh sahabatku [Nabi] saw dengan tiga perkara yang tidak boleh ditinggalkan : Tidak tidur sebelum melakukan Witir, tidak meninggalkan solat Duha kerana sesungguhnya ia adalah Solat Awwabiin, dan berpuasa 3 hari didalam setiap bulan}.

Berkata Jumhur ulama' : Ia adalah Solat Duha, yang afdal dilakukan pada 1/4 jam disiang hari (20 minit selepas naik matahari) semasa waktunya sedang panas dan dalil dari hadith Nabi saw {Solat Awaabiin tatkala anak unta merasakan kepanasan }, kemudian Nabi saw berkata {Itu ialah Solat Awwabiin}, itulah nama yang baginda berikan, dan lebih jelas dari Hadith Abu Hurairah ra ....{Saya tidak memanggilnya Solat Duha, akan sesungguhnya ia adalah Solat Awwabiin}."

Dengan erti kata lain, Solat Awwabiin pada pandangan jumhur ulama' membawa makna Solat Duha atau pun Solat Isyraaq. Waktu solat ini telah dibincangkan dalam SoalJawab dibawah ini :

SJ - 2763 : Solah Isyrak dan Solah Duha

----------

Kesimpulannya ialah hadith yang disebutkan diatas sangatlah lemah. Walaubagaimana pun Solat Sunat selepas Magrib adalah digalakkan. Mazhab Syafie menamakannya Solat Awwaabiin. Mazhab yang lain pula mengatakan bahawa Solat Awwabiin dilakukan pada waktu Duha (pagi), yang dikenali juga sebagai Solat Isyraaq atau Solat Duha. Berbezaan mereka hanyalah didalam menamakan Solat Sunat tersebut, dimana disana ada hadith yang menunjukkan dalil adanya solat Sunat selepas Magrib dan juga Solat Sunat Duha.

wallahu'alam, wassalam
----------

Rujukan :

1. Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 7. Cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'ayyad, 2000. ms 253-255

2. Dr Wahbah Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa'adilatuhu - 2. cetakan ke 3. Beirut : Dar Al-Fikr, 1989.

خيرالأمين