SJ - 2814: Hadis Keenam : Hadis 40 An-Nawawiyah ( perkara sa

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2814: Hadis Keenam : Hadis 40 An-Nawawiyah ( perkara sa

:salam
Apakah yang di maksudkan dengan perkara yang boleh membawa kepada kesamaran. Adakah hanya perkara yang hanya bergantung pada niat, atau pendapat umum. Adakah terdapat pembahagian terhadap perkara tersebut . :zz

Re: Hadis Keenam : Hadis 40 An-Nawawiyah ( perkara samar - a

:salam

Berikut kita lampirkan mafhum hadis yg dimaksudkan:

Dari Abi 'Abdillah Annu'man bin Basyar r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah saw telah bersabda : "Sesungguhnya sesuatu yg halal itu jelas dan yg haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar yg kebanyakkan manusia tidak mengetahui. Maka barangsiapa menjaga dirinya dari barang-barang (perkara) yg samar itu maka ia telah membersihkan agamanya dan kehormatannya, dan barangsiapa yg jatuh dalam melakukan perkara yg samar-samar itu, maka ia telah jatuh dalam perkara yg haram, seperti penggembala di sekeliling tanah larangan (halaman orang), lambat laun ia akan masuk kedalamnya. Ingatlah bahawa tiap-tiap raja ada larangannya. Ingatlah bahawa larangan Allah adalah apa-apa yg diharamkannya.
Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada seketul daging, jika ia baik, baiklah jasad keseluruhannya, dan jika ia rosak, rosaklah jasad keseluruhannya. Ingatlah, itu adalah hati" [Riwayat Bukhari no: 52 dan Muslim no: 1599]

‘Dan di antara keduanya adalah hal yg meragukan’, ertinya hal2 yg tersamarkan yg tidak diketahui hukumnya secara pasti.

‘Tidak byk org yg mengetahuinya’, yg dimaksudkan adalah tidak mengetahui hukumnya. Hal ini dijelaskan dalam riwayat Imam Tirmidzi dgn lafaz, “Byk org yg tidak mengetahuinya.” Yg dapat dipahami di sni ialah hanya sebhgn kecil manusia sshj yg mengetahui akan hukumnya iaitu para mujtahid. Namun, kadang2 juga timbul syubhat dalam diri mujtahid itu sendiri jika mereka tidak dapat mentarjih salah satu atnara dua dalil.

Dalam Fathul Bari, Ibnu Hajar al-Asqalani mengatakan secara ringkasnya ada 4 penafsiran tentang syubhat iaitu:
1. terjadinya pertentangan dalil2 yang adanya.
2. perbedaan ulama’ yg bermula dari adanya dalil2 yang saling bertentangan
3. yang dimaksudkan dgn kata syubhat adalah disebutkan dgn makruh, kerana kata tersebut mengandungi unsur ‘melakukan’ dan ‘meninggalkan.’
4. yg dimaksudkan dgn syubhat adalah mubah(yg diperbolehkan). Telah dinukilkan dari Ibnu Munir dalam manaqib syaikh al-Qabari, beliau berkata, “Makruh merupakan pembatas antara hamba dan hal2 yg haram. Barangsiapa byk melaksanakan perbuatan makruh maka dia berjalan menuju yg haram. Sedangkan mubah adalah pembatas antara hamba dgn yg makruh. Barangsiapa yg banyak mlakukan hal yg mubah, maka dia telah menuju kpd hal yg makruh.”

Pendapat ke-4 ini dikuatkan oleh riwayat Ibnu Hibban dgn jalur yg disebutkan oleh Imam Muslim tanpa menyebutkan lafaznya dan dalam hadis tersebut terdapat tambahan, “Buatlah pemisah antara yg halal dgn yg haram. Yg melakukan hal tersebut, maka perilaku dan agamanya akan terselamat. Orang yg menikmati hal tersebut seolah2 menikmati yg dilarang, ditakutkan akan jatuh ke dalam yg dilarang.” Ertinya bahawa hal mubah yg dikhuatirkan akan menjadi makruh atau haram, maka harus dijauhi.

WA.

:wassalam

Rujukan

Fahthul Baari
oleh Ibnu Hajar al-Asqalani

Re: SJ - 2814: Hadis Keenam : Hadis 40 An-Nawawiyah ( perkar

:wassalam
Nampaknya Ust Gayat ni dah boleh mohon Lesen Super dari Tok Sifu. Lulus utk paparan