SJ - 2873: syari'at nabi2 terdahulu

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2873: syari'at nabi2 terdahulu

:salam
Seperti yg kita maklum, Nabi s.a.w diutuskan utk mengajak manusia mentauhidkan Allah SWT dan mengikut syari'at yg telah ditetapkan. Nabi2 terdahulu (AS) juga sama sahaja tugasnya, cuma syari'atnya lain; tak sama. Adakah semua yg ada dlm alQur:an, perlu diikut sepenuhnya? maksud saya, dlm Qur:an ada juga cerita2 pasal nabi2 terdahulu spt kisah nabi Yusuf (AS), nabi Nuh (AS), nabi Adam (AS), nabi 'Isa (AS), dan sebagainya. Mereka juga merupakan qudwah hasanah kepada kaum mereka, kaum mereka perlu ikut sunnah nabi mereka, sebagaimana kita perlu ikut nabi kita. Adakah apa yg Allah suruh umat nabi2 terdahulu buat perlu juga diikuti oleh kita umat Muhammad SAW?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: syari'at nabi2 terdahulu

Salam,

Jawapan ringkas.

Ini disebut sebagai syar'u man qablana. Syariat umat terdahulu. Ini diterima pakai oleh bbrp mazhab fiqh. Ada sesetengah syariat umat terdahulu dimansuhkan dan ada pula yg masih diamalkan hari ini.

Contohnya ayat puasa:
"...Diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana umat sblm kamu..."

Contoh yg sudah dimansuhkan, berkahwin lebih dari 4 org. Nabi Daud berkahwin dikatakan beristeri ramai.

Dan lain-lain contoh lagi.

Wallahua'lam.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2873: syari'at nabi2 terdahulu

:wassalam
Tarjeehan:

JKK kepada Ust zayed dan kita perkemaskan lagi kerangka jawapan itu.
Dalil keharusan mengikut syari'at anbiya' yg terdahulu:
a. " Mereka itulah orang-orang yg telah Kami beri petunjuk oleh Allah, maka ikutilah mereka." AQ 6:90
b. "Ikutilah Millah Ibrahim seorang yg hanif" AQ 16: 123
c. "Dia mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yg telah disyari'atkan kepada Nuh dan apa yg Kami wahyukan kepadamu dan apa yg Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa.." AQ 42:13

Secara umum: manhaj aqeedah tidak berubah, cuma yg berubah ialah syari'at.
Perbahasannya panjang tapi kita petik dua aspek yg besar:
1. Ada syari'at (hukum amali) yg dimansuhkan atau sebaliknya
Cth:
a. jenis2 binatang dan bahagian binatang yg diharamkan atas umat Yahudi diangkat (diharuskan) atas umat Muhammad. Ayat alAn'am (6) : 146 dinasikhkan oleh ayat 145
b. Kewajiban menghormati hari Sabtu atas umat Yahudi dinasikhkan dgn hari Juma'at (AQ 16: 124) dan diganti dgn surah alJumu'ah.
c. harta rampasan perang haram bagi syari'at terdahulu kemudian dihalalkan utk umat Muhammad saw.
2. syari'at yg dikekalkan (kita paparkan contoh)
a. Puasa (AQ 2:183)
b. Korban (AQ 37: 107)
c. Hukum rejam bagi Hadd zina
d. Hukum Qisas
Rujukan lanjut: Prof Dr Abdul karim Zaydan, alWajeez: 2/263 ke atas. WA