SJ- 2880: Laman www.al-islam.org - liwat isteri tak haram?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ- 2880: Laman www.al-islam.org - liwat isteri tak haram?

Assalamu'alaikum,

Saya ingin mendapatkan kepastian daripada panelist al-ahkam berkenaan dengan laman al-islam.org tersebut. Kerana setelah melihatnya secara umum nampak macam dikendalikan oleh golongan syiah. Yang mendorong saya ke laman itu ialah kerana ada seorang hamba Allah (dalam satu forum lain) telah mengatakan bahawa majoriti mujtahid mengatakan meliwat isteri itu tidak haram tetapi tidak digalakkan....terkejut jugak saya... Mohon penjelasan & terima kasih. :shocked:

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ- 2880: Laman www.al-islam.org - liwat isteri tak har

:wassalam
Jawab:
1. laman web yg anda katakan itu tidak berjaya kami access. Tapi syi'ah itu mudah sekali dikenali kerana ciri utamanya ialah menkultuskan ahli bayt dari keturunan Ali-Fatimah.

2. Meliwat isteri tidak haram adalah isu politik semasa di Malaysia dan ia adalah batil dan tidak halal di sebarkan. Suami jika meliwat isterinya boleh dikenakan hukum takzir dan haram isterinya merelakan dirinya di liwati kerana tidak boleh ta'at pada makhluk dalam urusan maksiat. Pesalah liwat pada bukan isteri dikenakan pula hukum hudud. khabar yg mengatakan majoriti mujtahid kata tidak haram itu adalah dusta dan fitnah terhadap Islam. WA