SJ - 2882 : [Z] Tanda2 kedatangan al-Mahdi

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2882 : [Z] Tanda2 kedatangan al-Mahdi

:salam
Baru-baru ini saya ada mendengar kuliah oleh seorang ustaz di masjid yang mengatakan salah satu daripada tanda-tanda kedatangan imam Mahdi akan berlaku pada Bulan Ramadhan yang akan datang. Tanda yang dimaksudkan itu ialah berlakunya gerhana matahari dan bulan dalam bulan yang sama, satu awal bulan(1-15) dan satu diakhir bulan(16-30). Kejadian gerhana Bulan telahpun diramalkan oleh ahli-ahli astronomi akan berlaku pada 14 Ramadhan dan gerhana matahari pula pada 28 Ramadhan. Adakah benar dakwaan ini? Bolehkah ustaz jelaskan tentang tanda-tanda kemunculan Imam al-Mahdi ini dengan lebih panjang lebar dan apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim jika perkara ini terjadi? :confused:

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Tanda2 kedatangan al-Mahdi

:salam

Ibn Qayyim Rh dlm kitabnya, Al-Manar Al-munif telah menerangkan secara terperinci tentang Imam Mahdi. Tidak ada satu hadith yg menerangkan tanda2 kedatangan imam al-mahdi. Jumhur ulamak mengatakan, beliau akan muncul pada akhir zaman pada ketika kezaliman melata. Definisi akhir zaman tuh, wallahua’lam.

Tiada kedapatan nas yang jelas yang menceritakan tentang tempat keluarnya al-Mahdi ataupun zaman keluarnya. Tetapi berdasarkan kefahaman daripada nas-nas yang menceritakan mengenai al-Mahdi dan perkara-perkara yang berlaku di zamannya maka kebanyakan ulama berpendapat beliau akan muncul di akhir zaman nanti. Al-Hafiz Ibn Kathir berkata: “Beliau akan keluar di akhir zaman dan beliau adalah salah seorang daripada Khulafa al-Rashidin tetapi bukanlah yang ditunggu-tunggu seperti dakwaan Syiah. Kemunculannya adalah daripada sebelah timur bukannya dari Sardab Samarayyi seperti dakwaan puak Syiah". (al-Nihayah Fi Fitan m/s:37).

Di samping itu juga, Ibn Qayyim juga menerangkan salah satu tanda hadith maudhu’ (tanpa perlu melihat sanad) ialah matan menyebut tentang peristiwa secara terperinci tentang akan berlakunya sesuatu perkara. Sekiranya penceramah tersebut membuat telahan berdasarkan hadith tentang tanda2 kedatangan imam mahdi (bila, di mana, bagaimana etc dgn secara detail), maka ia adalah tertolak.

Wallahua’lam.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2882 : [Z] Tanda2 kedatangan al-Mahdi

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. terima kasih ustaz Zayed diatas penerangan diatas,JKK, kami akan cuba menambah sedikit jawapan kepada soalan sdr mukminin dengan kadar kemampuan yang ada, insyaallah.

Baru-baru ini ramai diantara kita yang mailboxnya dipenuhi dengan email-email berantai yang memberitakan mengenai ramalan dua gerhana akan berlaku didalam bulan Ramadhan dan mengambil pandangan Imam Ja'afar Sadiq dimana Imam Mahdi akan muncul jika peristiwa ini berlaku. Terdapat juga beberapa pandangan dari agama-agama lain yang menyebut mengenai perisitiwa 2 gerhana dialam satu bulan ini. Setengah-tengah umat Islam turut serta memanjangkan e-mail berantai ini, yang jelas dan terang bukanlah nas yang datang dari sumber-sumber Islam.

Menurut Sheikh Salman Ibn Fahd Al-Audah Lebih dari seratus hadith yang meriwayatkan tentang al-Mahdi. Hadith-Hadith tersebut meliputi hadith-hadith mawdhu'(palsu), dha'if (lemah) dan yang sahih, akan tetapi hanyalah sedikit sahaja hadith yang sahih. Pendek kata, kita harus hati-hati apabila berjumpa dengan hadith-hadith seperti ini.

Kandungan surat berantai ini telah dibincang didalam Soal-jawab al-Ahkam. Anda boleh melihat url dibawah ini :-

SJ - 2853 : IMAM MAHDI AKAN MUNCUL PADA NOVEMBER 2003

Hadith 2 gerhana didalam bulan Ramadhan alamat kemunculan Imam Mahdi

Dikatakan diriwayat oleh Daaraqutni : Abu Sa'ed al-Astakhri memberitahu kami, Muhammad ibn Abdullah ibn Nawfal memberitahu kami, Ubaid ibn Ya'eesh memberitahu kami, Yunus bin Bakar memberitahu kami, dari 'Amr ibn Shamr, dari Jaabir, dari Muhammad bin Ali telah berkata :

[="#ff00000" size="3"]Åä áãåÏíäÇ ÂíÊíä áã ÊßæäÇ ãäÐ ÎáÞ ÇáÓãÇæÇÊ æÇáÃÑÖ ÊäßÓÝ ÇáÞãÑ áÃæá áíáÉ ãä ÑãÖÇä æÊäßÓÝ ÇáÔãÓ Ýí ÇáäÕÝ ãäå æáã ÊßæäÇ ãäÐ ÎáÞ Çááå ÇáÓãÇæÇÊ æÇáÃÑÖ
"Mahdi kita akan ada 2 alamat (tanda), Tidak terjadi semenjak langit dan bumi dijadikan, Bulan diawal malam Ramadhan akan gerhana, matahari akan gerhana di pertengahannya, dan ini tidak pernah terjadi semenjak Allah mencipta Langit dan Bumi"

Hadith bukanlah dari riwayat al-Daaraqutni didalam Sunannnya (2/65) dari perkataan Muhamamd ibn al-Hanifah (anak Ali bin Abi Taalib r.a.) dan bukanlah dari Sabda Nabi saw. Hadith ini MAWDHU' dan palsu kaitannya dengan Muhammad bin Ali (Ibn al-Hanifah).

Dr. Abdul 'Alim Abdul Azim AlBistawi berkata didalam buku beliau Al-Mawsuu'ah fi Ahaadith al-mahdi Al-Dha'ifah wa Al-Mawdhu' ms 169 mengatakan bahawa kebanyakkan perawi-perawinya adalah pemalsu hadith (eg: Amr ibn Shamr al-Ja'fi al-Kufi, Shi'i Abdullah)dan matrook al-hadith. Al-Hakim mengatakan bahawa terlalu banyak hadith yang mawdhu' yang diriwayatkan oleh Jaabir al-Ja'fi. Abi Haatim mengatakan hadith ini Dha'if dan Munkar dan hendaklah tidak diambil pakai. Kesimpulannya Hadith ini khabarnya mawdhu' dan mempunyai masalah dengan isnadnya iaitu 'Amr al-Ja'fi.

Siapa dia Imam Mahdi

Persoalan ini telah di jawab oleh Ketua Panelist Al-Ahkam, Ustaz THTL di url berikut :

SJ-1292: Siapa Imam Mahdi?

Beberapa perkara didalam persoalan Al-Mahdi

Terdapat beberapa perkara yang dapat disentuh apabila berbicara mengenai Imam Al-Mahdi. Diantara fakta-faktanya telah pun dibincangkan oleh Al-Fadhil Ustaz THTL didalam url diatas. Diantaranya yang disebut oleh Sheikh Muhammad ibn Ismail didalam Bukunya Al-Mahdi Haqeeqah wa laa Khuraafah ialah :

1. Terdapat hadith sahih yang meriwayatkan bahawa kedatangan Al-Mahdi merupakan Alamat Surghra (Alamat Kecil) akan berlaku Kiamat.

2. Terdapat mereka-mereka yang mengambil peluang dari hadith-hadith dha'if dan mawdhu' bagi tujuan menyokong agenda mazhab atau perkumpulan mereka yang tertentu seperti Qadiani, Bahai, Syiah dsb. Ini telah membawa kepada ramai dikalangan ulama' yang menolak hadith-hadith ini. Terdapat juga yang melakukan tafsiran bahawa Mahadi itu sebenarnya Isa ibn Mariam. Hadith tersebut, kata Al-Albani adalah dha'if dan tidak sesuai dikaitkan dengan Nabi Allah.

3. Kedapatan juga ulama'-ulama' yang telah menulis dan mengesahkan mengenai kedatangan Al-Mahdi. Diantaranya adalah Na'im ibn Hamad didalam bukunya Al-Fitan. Akan tetapi Al-Dzhabi dan Ibnu Hajar menyebut bahawa terdapat juga status hadith yang dha'if dan maudhu' yang dilaporkan oleh beliau. Dikalangan mereka yang lain menulis mengenai al-mahdi ialah Abu Daud, Abu Kathir, Al-Shawkani, Ibn Khuldum (Al-Muqaddimah), Yusuf Ibn Yahya Al-Salami (Uqad Ad-Durar) dll.

4- Terdapat riwayat yang sahih bahawa al-Mahdi akan bertemu dengan Isa ibn Mariam dimana Isa as. akan bersolat dibelakang Al-Mahdi sebagai riwayat Imam Muslim (156), bahwa Jaabir ibn Abdullah berkata :

[="#ff00000" size="3"]áÇ ÊÒÇá ØÇÆÝÉ ãä ÃãÊí íÞÇÊáæä Úáì ÇáÍÞ ÙÇåÑíä Åáì íæã ÇáÞíÇãÉ ÞÇá ÝíäÒá ÚíÓì Èä ãÑíã Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÝíÞæá ÃãíÑåã ÊÚÇá Õá áäÇ ÝíÞæá áÇ Åä ÈÚÖßã Úáì ÈÚÖ ÃãÑÇÁ ÊßÑãÉ Çááå åÐå ÇáÃãÉ
"Aku dengar bahawa nabi bersabda :'Satu kumpulan ummah akan meneruskan berlawan keatas perkara hak dan menzahirkannya sehingga Hari Kiamat. Katanya : kemudian Isa ibn Mariam a.s diturunkan dan berkatalah ketua mereka , 'Mari dan ketuailah Solat kami'. Tetapi dia akan berkata :'Tidak, kamu adalah Ketua antara satu sama lain' - sebagai penghormatan kepada ummah ini".
Ketua yang dimaksudkan disini adalah Al-Mahdi. Menurut satu versi yang diriwayatkan oleh Abu Na'im dan Al-Harith ibn Usamah, [="#800000" size="3"]{ÝíÞæá ÃãíÑåã ÇáãåÏí ... } "Pemimpin mereka Al-Mahdi akan berkata ......". Ibnu Qayyim mengatakan bahawa Isnad ini jayyid (baik).

------------------

Menurut Fatawa Al-Lajnah Al-Daa'imah Arab Saudi mengenai khabaran mengenai Imam Mahdi, katanya :-

[="#0000ff" size="3"]ÃãÇ ãÇ íÎÊÕ ÈÇáãåÏí ÝÞÏ æÑÏÊ ÃÍÇÏíË ÊÏá Úáì Ãäå íÍßã åÐå ÇáÃãÉ¡ ÝÚáíßã ÈãÑÇÌÚÉ [Óää ÃÈí ÏÇæÏ] æ [Óää ÇÈä ãÇÌå] æÛíÑåãÇ ãä ßÊÈ ÇáÓäÉ ÝÞÏ ÐßÑÊ ÝíåÇ åÐå ÇáÃÍÇÏíË¡ æáíÓ Ýí ÃÍÇÏíË ÇáÕÍíÍÉ ãÇ íÏá Úáì ÊÍÏíÏ ÒãäÇäÉ¡ .
"Bagi perkara berkenaan dengan Imam Mahdi yang datang dari Hadith-Hadith dimana beliau akan memimpin umat, maka keatas mereka hendaklah merujuk kepada Sunan Abi Daud dan Sunan Ibn Majah dan selainnya dari kitab-kitab sunnah yang menjelaskan hadith-hadithnya, dan tidak ada hadith sahih yang secara direct menyatakan zamannya...."

Ada hadith yang menyebut bahawa seorang lelaki dari kaum-keluarga Nabi akan dilahirkan sebelum berakhirnya dunia, yang hidup seperti orang biasa; dia mungkin melakukan kesalahan dan akan bangun berjuang sebagaimana orang lain, maka Allah akan memilih beliau menyatupadukan umat Islam dan menunjukkan mereka jalan yang lurus, sebagaimana hadith : Dari Ali r.a. berkata:

[="#ff00000" size="3"]ÞÇá ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã : " ÇáãåÏí ãäÇ Ãåá ÇáÈíÊ íÕáÍå Çááå Ýí áíáÉ "
"Sabda Nabi saw : al-Mahdi adalah dari kami, ahl bait, dan Allah akan memimpinnya didalam satu malam" (Musnad Ahmad 2/58 hadith no:645, disunting oleh Ahmad Al-Shaakir yg berkata bahawa Isnaad ini Sahih; Sunan Ibn Majah 2/1367. Hadith ini dikelaskan sebagai sahih oleh Al-Albani didalam Sahih Al-Jami' Al-Saghir #6735).

Ibnu Kathir (Al-Nihaayah, al-Fitan wa’l-Malaahim, 1/29) berkata :

[="#0000ff" size="3"]Ãí íÊæÈ Úáíå æíæÝÞå ¡ æíáåãå æíÑÔÏå ÈÚÏ Ãä áã íßä ßÐáß
"Ini bermakna bahawa Allah akan mengampunkan dia, memberi pertolongan kepadanya, mengalakkannya dan memimpinnya, semasa beliau tidak seperti itu sebelumnya".

Tiada implikasi keatas tanggung jawab agama yang menunggu beliau untuk melaksanakannya, Tidak ada apa-apa syariat yang kena mengena dengan kedatangan Imam Mahdi. Kita hendaklah berhati-hati jika dikemukakan hadith-hadith yang palsu mengenai Imam Mahdi, dimana terdapat pihak-pihak yang tertentu yang ingin mengambil kesempatan keatasnya. wallahu'alam.

-wassalam-

===============
Rujukan :

1. Dr. Abdul 'Alim Abdul Azim AlBistawi (petikan). [="#800000" size="3"]
ÇáãæÓæÚÉ Ýí ÃÍÇÏíË ÇáãåÏí ÇáÖÚíÝÉ æÇáãæÖæÚÉ
url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=26836&dgn=3&dgn=2

2. Sheikh Muhammad ibn Ismail (petikan). [="#800000" size="3"]ÇáãåÏí ÍÞíÞÉ áÇ ÎÑÇÝÉ url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=10301&dgn=3&dgn=2

3. Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta - 3. Riyad : Dar Al-Mu'ayad, 2000. ms 140.

خيرالأمين