SJ - 2892: Berniaga dengan emas

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2892: Berniaga dengan emas

:salam

Bolehkah kita mendapatkan keutungan dengan membuat pelaburan dari membeli dan menjual emas..
halaman rujukan membeli dan menjual emas..
http://www.maybank2u.com.my/rates/gold_rates.shtml :crazy:

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: berniaga dengan emas

Salam,

Investment or trade dlm islam.

Apa2 perkara di dalam bidang perniagaan yang terdapat unsur gharar (spekulasi) dan maisir sudah tentu hukumnya haram.

Firman Allah S.W.T:
"Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya. Dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: (Dermakanlah apa-apa) yang berlebihan dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir." (Surah Al-Baqarah: ayat 219)

FirmanNya lagi:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maidah; ayat 90)

Ini disebut dalam hadith muslim dari abu hurairah bahawa Rasulullah s.a.w mengharamkan penjualan gharar.

Dalam urusniaga seperti ini tak dapat tidak kita tak dapat lari dari speculation, forecast, etc.

Tidak seperti conventional business tokey kedai emas, mereka membeli dan menjual emas pada harga yang ditentukan. Sebagai contoh 18k harganya sekian..sekian..Kenaikan harga emas diselaraskan dgn kehendak pasaran.

Berbalik kepada investment and trade in Gold. Rules dalam Islam selagi mana ia tidak melibatkan gharar (spekulasi)dan maisir (perjudian). urusniaga seperti transaksi kontra ataupun short selling adalah haram di sisi islam. Why? Urusniaga di dalam islam hanya berlaku bila kita ketahui siapa pemilik harta (sahibul mal) yang sah. Sedangkan dalam urusniaga kontra tidak diketahui dan berada di awangan.

Ini disebut dalam hadith muslim dari abu hurairah bahawa Rasulullah s.a.w mengharamkan penjualan gharar.

Begitu juga dalam urusan pertukaran kewangan (Foreign exchange).

The way i see it, if gold transaction is treated the way as short selling/contra, mungkin jatuh haram.

Ini hanyalah pendapat saya, boleh diterima atau ditolak. Mungkin syeikh THTL :demam :bleh mempunyai jawapan yang lebih baik.

Wallahua'lam.

Rujukan
Ibn Taymiyah, Al-Qawaid Al-Nuraniya Al-Fiqhiya

:chepa

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2892: [Z] Berniaga dengan emas

:wassalam
Pertama:
Ahkam memohon ma'af kerana membiarkan soalan ini terlantar lebih sebulan di Bank Soalan. Kami tidak berkesempatan membuat double check kepada jawapan Ust Z kita kerana kesuntukan masa dan kedua: isu jual-beli emas tidak urgent kerana bukan senang nak menceburi bidang logam berharga ini.
Kita perkemaskan jawapan Ust Zayed kita:

Mu’amalat jualbeli emas ada tiga cara:
a. Urusniaga spot samada dalam bentuk tunai atau credit dalam masa antara 1-45 hari. Ia berdasarkan harga emas semasa di pasaran. Ia diistilahkan sebagai OTC (over the counter/spot price). Jika anda ingin berdagang emas pada urus niaga spot tidak ada masalah.
b. Urusniaga Hadapan (Forward/Contract) iaitu kita ingin membeli logam emas pada suatu pada masa akan datang. Formula menggunakan harga spot dicampur kos pembawaan (cost of carry) termasuk kos pengangkutan+penyimpanan+insuran). Islam juga tidak ada masalah dalam jualbeli Hadapan (Dalam Fiqh Mu’amalat ia dinamakan Bai’ Salam)
Selalunya pedagang atau usahawan logam berharga spt Habib Jewel, Zeenat Begum, pengusaha barang kemas di Kelantan, membeli emas secara OTC (spot) atau Kontrak Hadapan.

c. Urusniaga Derivatives/Future. Ia diurus oleh Clearing House. Di Malaysia oleh Suruhanjaya Komoditi. Jika di London oleh LMEX (London Metal Exchange), COMEX (Commodity Exchange, New York), Zurich dan Tokyo. Ini Islam tidak membenarkan kerana ada unsur perjudian dan gharar (kesamaran) disebabkan unsur spekulasi. Inilah yg dimaksudkan oleh Ust Zayed itu. WA