SJ - 2955: Pergi ke masjid kariah lain

2 posts / 0 new
Last post
Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ - 2955: Pergi ke masjid kariah lain

:salam

Saya selalu pergi ke mesjid di qaryah bersebelahan kerana kuliah-kuliahnya mengikuti perkembangan semasa dan lebih baik berbanding di qariah sendiri, malah saya tidak lagi ke mesjid di qariah saya. Betulkah tindakan saya ini? Saya turut mengajak rakan saya untuk selalu ke sana untuk mengikuti kuliah tetapi dia tak mahu dengan alasan, "buat apa ke sana, masjid di kariah sendiri pun jarang pergi, inikan pula masjid lain". Bagaimanakah caranya untuk saya mematikan hujahnya?

Dari MUKMININ

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2955: Pergi ke masjid kariah lain

:wassalam
Jawab:
1 Tindakan anda itu benar. Dari Abdullah bin Amr bin alAsy ra, “ dua majlis itu sama-sama baik. Namun salah satu dari keduanya lebih utama dari yg lain..”
(Sunan Ibn Majah: 1/83; Sunan adDarimi: 1/99)
Tarjeeh: Maksud hadis ini jika ada dua majlis: satu majlis ilmu dan satu lagi majlis do’a dan zikir, maka majlis ilmu itu utama didahulukan. Begitu juga, jika ada dua majlis ilmu, maka tidak salah kita memilih yg lebih baik dan lebih alim gurunya.
Juga hadis ,” mencari ilmu itu wajib atas setiap muslim.” Sahih (asySyuyuti, Jami’ asSogheer: 2/131; Albani, Takhreej Ahaadith Musykilah alFaqr, # 86
Tahqeeq: Jika kuliah ilmu di mesjid qaryah lain lebih baik, maka pergi ke sana adalah lebih afdhal. kalimah "Mencari" dalam hadis itu mengharuskan kita mencari ilmu di mana sahaja (hingga ada athar yg menyebut hingga ke benua Cina, athar ini bukan hadis)
Hadis lain,” Barangsiapa yg menempuh jalan utk mencari ilmu, maka Allah permudahkan baginya jalan ke Syurga.” (Termidzi dan Abu Daud)
2. Macam mana kita nak matikan hujah orang yg TIDAK MAHU? Cthnya Abu Talib, paman Nabi saw, sepatutnya dia boleh belajar agama dari Nabi saw yg berada di bawah dagunya, tapi dia tidak mahu. Jika jiwa nya masih tertutup pada ilmu, maka tidak ada kebaikan yg akan masuk dalam jiwanya. Cuma anda jangan jemu sentiasa menasihati dan mengajaknya. WA