SJ - 2963: Susulan Re: SJ - 2944: Insuran, kad diskaun bagi

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2963: Susulan Re: SJ - 2944: Insuran, kad diskaun bagi

:salam

1. Bagi sistem insuran yang tidak mengikut cara Islam maka adakah dibenarkan jika pelajar itu hanya membayar skim insuran itu tetapi tidak mengambil sebarang wang ganjaran yang diberi apabila tidak darurat?

2. Maaf tapi saya tidak biasa dengan kebanyakan kad-kad yang tuan sebutkan. Yang pastinye ia bukan seperti touch and go.

Pelajar membayar sejumlah wang untuk mendapat kad pelajar bagi tempoh setahun. Kad itu kemudiannya memberi keistimewaan untuk mendapat tiket bas dan keretapi dengan harga lebih murah yang tidak dapat diperoleh bagi mereka yang tidak mempunyai kad tersebut.

Adakah kad sebegini dibenarkan dalam Islam?

Terima kasih
:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2963: Susulan Re: SJ - 2944: Insuran, kad diskaun b

:wassalam
Jawab:
Terimakasih kerana kembali semula kepada alAhkam.

1. Pada soalan pertama anda menyebut Insuran Kesihatan (Medical Insurance) yg mandatori di negara Maju spt USA, UK, EC. Kemudian anda menyebut polisi insuran spt insuran kemalangan atau insuran nyawa (life assurance). Jika semua itu mandatori dan kita berada di negara kafir, maka pulangannya boleh diambil dan diserahkan kepada umat Islam di sana. Jangan dibiarkan wang interest bank atau ganjaran insuran itu kepada mereka. (Fatawa alQardhawi)

2. Kad yg anda maksudkan ialah Kad Debit dan ia memang popular di negara2 besar spt USA dan EC. Bila amaunnya habis anda kena re-load semula (memasukkan wang ke dalam akaunnya). Ini mengelakkan kita membawa cash. Kad ini lebih baik dari kad kredit kerana kita berbelanja sekadar mengikut balance cash dalam akaun kita. Jika mereka memberi diskaun alhamduliLlah kerana ia menguntungkan konsumer. Jika konsumer untung dan mereka tidak diputarbelitkan oleh penjual, maka kenapa tidak boleh. isunya ialah convenience dan cashless (mudah dan tanpa membawa cash). WA