SJ - 2995: Dakwah (kpd Non-Muslim)...

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2995: Dakwah (kpd Non-Muslim)...

:salam
Saya bekerja di sebuah syarikat yg mempunyai pekerja yg berbilang agama yg mana peratusan besarnya Muslim...sebelum ini saya ada menghantar e-mail yg mengandungi unsur2 dakwah seperti mengapa saya memeluk Islam dan sebagainya ke semua kakitangan syarikat...kemudian ade beberapa rakan2 yg bukan islam menghantar email pada saya agar menjaga sensitiviti mereka dengan tidak menghantar email seperti itu lagi..ada juga rakan2 yg beragama Islam yg berkata demikian kepada saya. soalannya adakah tindakan saya itu salah? apakah yg harus saya lakukan..teruskan sahaja menghantar email atau menghadkan semua email2 yg mengandungi unsur2 dakwah hanya untuk kakitangan yg beragama Islam sahaja...
:confused:

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2995: Dakwah (kpd Non-Muslim)...

:wassalam
Jawab:
Tindakan itu memang tidak wajar di sisi Islam. Pertamanya: kita tidak boleh menghantar email ke dalam mailbox orang lain sesuatu yg ia tidak suka. Ini adalah melanggari hak peribadi seseorang.
Kedua: Tidak boleh kita menyeru non-muslim kepada Islam jika mereka tidak suka atas prinsip La ikrahafiDeen. Maka langkah terbaik ialah anda set penghantaran emails tersebut bukan kepada Mode send to all, tapi selected recipients sahaja.
Ketiga: Dakwah ini ada ilmu yg tersendiri: dakwah kepada orang Islam vs kepada Non-Muslim; dakwah cara penulisan vs dakwah secara peribadi (personal contact/dakwah fardhiah). Tidak ada satu cara saja dlm dakwah dan ia sesuai utk semua orang. Hormati privacy dan sensitiviti madh'u (orang yg menjadi sasaran dakwah). Bahan2 pembacaan dalam ilmu Dakwah: antaranya Ust Fathy Yakan (Lebanese), Bagaimana kita menyeru manusia kepada Islam?; Dr Zaydan (Iraqi) , Usyul Dakwah, Dewan Pustaka Fajar, 2 Jilid. WA