SJ - 3015: Ayat-ayat yg mansuh dan memansuhkan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3015: Ayat-ayat yg mansuh dan memansuhkan

Assalamualaikum,

Dalam pengkajian serta penyusunan ayat al-quran specifically soalan saya kepada ayat yang menjatuhkan hukum rejam ke atas penzina yang mana ayat itu telah dimansuhkan bacaannya tetapi hukumnya tetap berdasarkan Rasullulah SAW tetap menjalankan hukum rejam di masa baginda.

1. Soalannya bagaimana status ayat tersebut dan kenapa dimansukhkan bacaannya. Adakah ayat tersebut semasa penyusunan perawi Al-Quran tidak mendapati ayat tersebut sebagai bacaan, atau diperintankan Allan SAW dimansukhkan bacaannya semasa zaman wahyu Rasullulah. Apakah perisitiwa menyebabkan ayat tersebut dimansukhkan bacaannya.

2. Ini kerana ada yg menggunakan ayat surah yang menjatuhkan hukum sebat sebagai dalil dan argue bahawa tidak terdapat dalam quran ayat rejam. Sah mereka ini tidak belajar ulum.

Minta jasabaik pihak panel jelaskan kedudukan serta peristiwa ayat tersebut.

JKK

Re: SJ - 3015: Ayat-ayat yg mansuh dan memansuhkan

:wassalam
Jwb:

Ilmu Nasikh-Mansukh adalah antara 15 ilmu yg harus dimiliki oleh Ulama’ Tafsir. Maka utk menjelaskan ilmu Nasikh-Mansukh dalam siri Soal-Jawab alAhkam, maka tidaklah dapat kami tunaikan kerana ia agak teknikal.
1. Nasikh yg anda kemukakan pada kami ialah nasikh jenis ketiga: Bacaannya sahaja yg dinasakhkan tapi ahkamnya (hukumnya) masih kekal. Urusan nasikh-mansukh ini adalah diputuskan oleh Panitia Pentashih dan Pengumpul Musyhaf yg diamanahkan di zaman Khilafah Uthman bin alAffan ra. Panitia atau Taskforce ini diketuai oleh Zayd bin Thabit ra dan Ubay bin Ka’ab ra. Sudah tentulah urusan Nasikh Mansukh ini berdasarkan apa yg disampaikan oleh Nabi saw. Mereka ini adalah adil dan amanah dan mereka tidak sewenang-wenangnya merubah alQur:an.
Mengikut alImam asySyuyuti (Itqan fi Ulumul Qur:an: 2:24-25) ayat yg dimansukhkan bacaannya ialah,” lelaki tua dan perempuan tua apabila berzina, maka rejamlah kedua-duanya sekali sebagai balasan dari Allah.”
Mengikut Imam Syuyuti, hikmah ayat ini diNasikhkan ialah menguji tahap keta’atan umat terhadap suatu ketetapan hukum yg hanya berdasarkan khabar sahaja. Ini juga yg berlaku kepada Ibrahim AS yg bertindak melakukan sembelihan atas anaknya kerana berdasarkan dugaan semata (mimpi).
Keujudan ayat rejam ini disahkan oleh Khalifah Umar alKhattab ra dari riwayat Ibn Abbas ra (Nailool Awthor, Jld 7/254)
2. Kaum yg pertama menolak hukum rejam pada pezina muhsyan (sudah berkahwin) ialah Kaum Khawarij. Manakala ASWJ tetap beriman dan melaksanakan hukum ini berdasarkan hadis2 yg sahih lagi mutawatir serta fi’li (perbuatan RasuluLlah saw yg melakukan hukum ini di masa baginda (nailool awthor, Jld 7/249), zaman khalifah arRasyidin dan zaman Umawi dan Abbasiyah)
Antara hadis sahih ialah:
HR Imam Muslim dan Imam Abu Daud dari Ubadah bin asSamit ra, “ Ambillah dari aku. Sesungguhnya Allah telah menentukan bagi mereka jalan: dara dengan teruna (yg berzina) sebatan 100 kali dan buang daerah selama setahun; manakala yg sudah berkahwin dgn yg sudah berkahwin (muhsan), seratus rotan dan rejam dgn batu.” (Nailool Awthor, Jld 7/249) WA