SJ - 3031: [Z] Bertugas sambil mengerjakan haji

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3031: [Z] Bertugas sambil mengerjakan haji

:martialarAssalamualaikum sahabat sahabat & Ustaz Al-Ahkam semua,

Harap kalian semua mempunyai sedikit masa untuk menjawab soalan ana ini;

Rukun Islam yg ke 5 iaitu Mengerjakan Haji di Baitullah, Mekah, jika berkemampuan.

Soalannya:-

Apakah hukumnya mereka yg telah mengerjakan haji lebih dari sekali (ada hingga 6-7 kali) kerana bertugas dengan LTH atau syarikat pengurusan haji sedangkan jika dikira dr segi kemampuan (duit sendiri) sememangnya mereka ini tidak berkemampuan untuk kesana walaupun hanya sekali.

Dan bagaimanakah yg dimaksudkan dgn hj mabrur itu?

:zTerima kasih

** Ulama Pondok
http://www.epondok.com.my/epondok/

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Bertugas sambil mengerjakan haji

:salam

Mengerjakan haji sewaktu bertugas

Menunaikan hajj kerana tuntutan tugas adalah sah dan dikira sebagai ibadah haji. Samada ia haji yang mabrur atau tidak bukanlah kita yang menentukan. Yang penting, mengikut rukun2nya.

Ibn Abbas R.A berkata: “pada permulaan haji di syariatkan, orang disana selalu berniaga di Mina, Arafah dan di pasar Dhul Majaz (berhampiran Arafah) pada musim haji tetapi mereka gusar kerana mungkin dilarang berbuat demikian ketika berada dalam ihram. Lalu Allah S.W.T menurunkan Surah Al-Baqarah ayat 198.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan An-Nasa’ie).

Ibn Abbas R.A pernah ditanya oleh seorang lelaki, “Aku telah diupah orang mereka ini untuk membimbing mereka melakukan hajj. Adakah hajj aku diterima?” Ibn Abbas menjawab, “Ya.” Kmdn dia membaca, “Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan dan Allah amat cepat hitunganNya.” (Surah AL-Baqarah: ayat 202). (Riwayat Al-Baihaqi dan Ad-Daraqutni)

Sayyid Sabiq menyebut syarat sah haji dlm FIqhus Sunnah (Juz 5)
1. Islam: Tidak wajib dan tidak sah ke atas orang kafir dan murtad
2. Baligh: Tidak wajib ke atas kanak-kanak dan jika ia mengerjakannya adalah sah tetapi tidak menggugurkan haji fardhunya.
3. Berakal: Tidak wajib ke atas orang gila dan tidak sah hajinya jika dilakukan
4. Merdeka Hamba abdi tidak diwajibkan haji tetapi sah dan mendapat pahala jika dilakukan.
5. Berkuasa: Berkuasa dengan sendiri atau dengan pertolongan orang lain.

BERKUASA mengerjakan haji dan umrah terbahagi kepada dua bahagian :-

Pertama - Berkuasa dengan sendirinya iaitu :-

a) Berkuasa membayar tambang-menambang dan segala perbelanjaan bagi mengerjakan haji hingga selesai dan balik ke tempatnya.
b) Mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang dibawah tanggungannya.
c) Ada kenderaan pergi dan balik.
d) Aman di dalam perjalanan pergi dan balik seperti tidak ada peperangan , perompak, penyamun dan musuh yang mengancam keselamatan diri atau hartanya, atau tidak ada penyakit yang berjangkit yang membahayakan tubuh badan.
e) Sihat tubuh badan.
f) Berkesempatan masa untuk mengerjakan haji dan umrah. Bagi wanita ditambah dua syarat lagi :
- Dengan izin suami atau wali.
- Hendaklah ditemani oleh suami atau mahramnya ( orang yang haram nikah dengannya ) atau yang thiqat ( perempuan-perempuan yang dipercayai ).

Kedua - Berkuasa dengan pertolongan orang lain: (spt yang disebut dalam hadith di atas)

Bagi mereka yang sudah mencukupi syarat-syarat dari segi kewangan untuk menunaikan fardhu haji tetapi tidak dapat mengerjakannya sendiri disebabkan oleh uzur dan sakit yang tidak ada harapan sembuh atau terlalu tua umurnya yang telah putus asa tidak dapat pergi menunaikan fardhu haji maka bolehlah digantikan dengan dengan orang lain untuk mengerjakan haji itu bagi dirinya dengan upah yang berpatutan atau dengan sukarela. Begitu juga dengan orang yang meninggal dunia yang berupaya semasa hayatnya tetapi tidak mengerjakan haji maka terhutanglah fardhu haji ke atasnya sehingga warisnya atau orang yang menerima wasiatnya menyelenggarakan hutang hajinya itu dengan upah yang berpatutan atau sukarela.

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 3031: Bertugas sambil mengerjakan haji

:wassalam
Jawapan telah diTahqeeq
Tambahan:
Hajj mabrur: Istilah ini tidak ada dalam AlQur:an Cuma lewat Hadis. Itupun tidak ada dlm Bukhari-Muslim. Misalnya dlm Sunan atTermidzi dari jalur Ibn Mas’ood ra, “Tidak ada ganjaran bg Haji Mabrur melainkan Jannah.”
Mabrur dari akar kata ‘Barra’ yg bermaksud syurga, benar, diterima, pemberian, keluasan dan kebajikan.
Syaukani (Nailool Awthor), Haji yg maqbul (diterima Allah)
AnNawawi: Haji yg tidak dinodai dosa
AlQurthubi: Haji yg sempurna rukun2nya sbgmn yg dituntut.
Prof Dr Abd Halim Mahmud, rektor alAzhar, menambah disamping sempurna rukun2nya, haji mabrur ialah ritual Haji yg dihayati bukan shj secara fizikal (mahdah) tapi juga dengan rohani. WA