SJ - 3072: [G] Fiqh puasa (Haidh)

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3072: [G] Fiqh puasa (Haidh)

assalamualaikum....
saya nak tanya ttg hukum puasa nih bagi wanita... contohnya seorang wanita telah berpuasa di bulan Ramadhan selama 5 hari selepas tu dia suci dan teruskan menunaikan puasanya...selama 4 hari .... keesokkanya haidnya didapati ada semuladan berlanjutan 3 hari.... bagaimana dia harus menggantikan puasanya itu...adakah dia harus ganti 8 hari sahaja atau 12 hari hari... saya inginkan jawapan secara... jawapan boleh diantar ke email saya [email]dhi78@yahoo.com[/email]

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: puasa

:salam

Pertama sekali eloklah kiranya kita melihat berapa lamakah masa berlangsungnya darah haid.

terdapat khilaf dalam isu ini. Berikut ringkasannya:

Syafi'iyyah: min 1 hari; maximum 15 hari
Imam Malik: tidak ditentukan dan tidak ada batasan.
Hanbali: min 1 hari; max 15 hari. walaupun begitu mereka mengatakan perlu juga dilihat pada adat dan kebiasaan masyarakat setempat mengenai kitaran haid

Dr Abdul Karim Zaidan dalam al-Mufashal fi-ahkamil mar'ah wal-bait al-muslimah(ensiklopedia hukum wanita & keluarga) berkata bahawa pendpt yg rajih ialah pendpt Hanbali iaitu perlu dilihat pada uruf utk menilai had haid perempuan.

Manakala mengenai berlakunya selang waktu suci antara had waktu haid spt yg dijelaskan di atas, ulama' juga berbeza pendpt mengenai hukum hari suci berkenaan.

Hanafiah berpendapat bahawa bersih drpd haid semasa tempoh haid dikira sebagai haid.

Adapun syafi'iyah berpdt hari bersih itu dikira hari haid dgn 3 syarat iaitu:
1. hendaklah hari bersih itu dilingkupi antara 2 darah haid.
2. hendaklah tempoh bersih itu tidak melepasi 15 hari.
3. Darah yg keluar tidak kurang dr tempoh sekurang2 haid.

Manakala Hanbali dan maliki berpdt bhw hari bersih itu dikira hari suci. Ini krn keluarnya darah itu menujukkan haid dan terhentinya darah menunjukkan suci dari haid.

Berbalik kpd persoalan sdr. Maka menurut penpdt mazhab syafi'i, puasa sdr tidak sah krn waktu suci antara dua haid itu tetap dikira tempoh haid. Maka hendaklah ia menggantikan 12 hari.

Adapun penpdt hanbali dan maliki, tidka perlu ia menggantikan puasa berdasrkan penjelasan ringkas di atas. WA.

:wassalam

Rujukan lain

Fiqh Islami 1
Dr Wahbah al-Zuhailly

Hukum Dan Persoalan Darah2 Haid, Nifas Dan Istihadhah
Muhammad Nuruddin al-Makki

Lihat juga URL berikut

SJ-1818: Haid, Wuduk & Solat

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 3072: Fiqh puasa (Haidh)

:wassalam
Jawapan di atas telah diTas-hihkan