SJ - 3102: {G} Anak angkat yang Soleh

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3102: {G} Anak angkat yang Soleh

:salam
Menurut satu hadith, amalan kita akan terhenti apabila kita mati kecuali tiga, salah satu daripadanya ialah doa anak yang soleh. Persoalannya, jika seseorang itu tidak mempunyai anak kandung tetapi mempunyai anak angkat yang dididik dengan baik, bolehkah ia tergolong dalam yang disebutkan oleh hadith tersebut? TQ

Re: Anak angkat yang Soleh

:salam

Hadith yg dimaksudkan adalah:

Úóäú ÃóÈöí åõÑóíúÑóÉó ÑóÖöíó Çááøóåõ Úóäúåõ Ãóäøó ÇáäøóÈöíøó Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó ÅöÐóÇ ãóÇÊó ÇáúÅöäúÓóÇäõ ÇäúÞóØóÚó Úóäúåõ Úóãóáõåõ ÅöáøóÇ ãöäú ËóáóÇËóÉö ÃóÔúíóÇÁó ãöäú ÕóÏóÞóÉò ÌóÇÑöíóÉò Ãóæú Úöáúãò íõäúÊóÝóÚõ Èöåö Ãóæú æóáóÏò ÕóÇáöÍò íóÏúÚõæ áóåõ. (ÑæÇå ãÓáã æÛíÑå)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnyakecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Ulama' berbeza pendapat mengenai adakah anak yg soleh itu termasuk juga anak angkat. Ada sebhgn ulama' mengatakan tidak termasuk anak angkat manakala sebhgn lagi mengatakan anak angkat juga termasuk dalam keumuman hadis di atas.

Walaupun terdapat perbezaan pendapat dalam hal di atas, anak angkat termasuk usaha ibubapanya sendiri. Oleh yg demikian, amal soleh anak angkat tersebut insya Allah akan dapat membantu ibubapa angkatnya krn merekalah yg mendidik beliau. Sesuailah dgn firman Allah yg bermaksud:

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.

Utk membaca perihal apa yg boleh dilakukan utk membantu si mati, lanjutkan bacaan sdr ke URL berikut:

Masalah Talqin: Studi Perbandingan antara aliran

Sekian. WA.

:wassalam

Re: Anak angkat yang Soleh

:wassalam
Tas-hih
Jawapan Ust G telah ditas-hih dengan sedikit kemasan pada terjemahan AQ.

Quote:
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.

"dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya." AQ: anNajm: 39
Manakala hadis yg disebut itu dari kitab Sahih Muslim ialah Bab kitab Wasayaa. WA