SJ - 3125 : tentang solat nabi....

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3125 : tentang solat nabi....

assalamulaikum

setelah saya membaca ringkasan solat nabi....saya mula risau dan musykil....kerana telah ditulis bahawa...mengucapkan allahuakbar(semasa berpindah perbuatan spt. rukuk ke sujud..) itu wajib...saya membaca buku feqh mereka mengatakan hukumnya sunat. termasuklah jari kaki semasa bersujud...ada ustaz mengatakan hanya ibu jari kaki yg wajib lain sunat termasuk hidung. ..dan lain lain yg dinyatakan wajib (kebanyakan buku feqh mengatkan ianya sunat)...jadi...adakah sah solat jika
tertinggal apa yg dinyatakan wajib itu... kerana lupa ataupun kita menggangap ianya sunat atau lain lain lagi sebab??

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 3125 : tentang solat nabi....

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Ramadhan Mubarak. Kami akan cuba menjawab kemusykilan sdr salahuddin dengan kadar kemampuan yang ada.

Ringkasan (Talkhees) Sifat Solat Nabi saw yang ditulis oleh Sheikh Nasyiruddin Al-Albani merupakan ringkasan dari buku Sifat Solat Nabi saw. Didalam bab Manhaj Al-Kitab (methode penyusunan buku) buku asal tersebut beliau mengatakan:

"Oleh kerana topik buku ini mengenai kenyataan petunjuk Nabi saw mengenai Solat!, penulis tidak terikat dengan mazhab tertentu dengan alasan yang telah dinyatakan sebelum ini, dan sesungguhnya buku ini menyediakan hadith-hadith yang thabit dari Nabi saw!, sebagaimana perkara ini telah menjadi Mazhab ahli hadith semenjak dulu hingga sekarang. Benarlah mereka yang berkata : 'Ahli hadith adalah keluarga Rasul, walaupun mereka tidak pernah menemani dirinya, namum mereka telah menemani nafas-nafasnya'" - [Sifat Solaat Al-Nabi, ms 43].

(a) Sheikh Al-Albani telah melihat perbuatan Solat menurut kacamata ahli hadith, dan menerangkan amalan Solat menurut hadith-hadith yang telah beliau lakukan penelitian terhadapnya. Dengan itu apa yang beliau maksudkan dengan "wajib" keatas perbuatan atau perkataan yang tidak termasuk didalam Rukun Solat, tidaklah ia membatalkan Solat. Apa yang beliau maksudkan ialah meninggalkan amalan tersebut adalah berdosa dan ia memcacatkan Solat itu sendiri, kerana Nabi saw melakukan perbuatan telah melakukan perbuatan tersebut sebagaimana yang Sheikh Al-Albani memaparkan hadith yang berkenaan dengannya. Contohnya seperti yg sdr salahuddin nyatakan dibawah :-

[="#0000ff" size="3"]70- Ëã íÑÝÚ íÏíå Úáì ÇáæÌæå ÇáãÊÞÏãÉ Ýí ÊßÈíÑÉ ÇáÅÍÑÇã.
71- æíßÈÑ¡ æåæ æÇÌÈ.

70. Kemudian ia mengangkat tangan sebagaimana di nyatakan didalam Takbirat Al-Ihram.
71. Dan bertakbir, dan ianya wajib.
[="#0000ff" size="3"]81- æíÞæá Ýí ÃËäÇÁ ÇáÇÚÊÏÇá: ÓãÚ Çááå áãä ÍãÏå¡ æåÐÇ æÇÌÈ.
81. Semasa berdiri, ia berkata :"Sami’a Allaahu liman hamidah (Allah mendengar kepada siapa yang memujinya)." Ini adalah wajib.

Sebagai contoh, yang dimaksudkan wajib didalam Takbir Intiqaal itu ialah, ia merupakan satu kesalahan bagi seseorang yang meninggalkan perbuatan tersebut, dan ia bukanlah termasuk perkara rukun solat yang boleh membatalkannya. Perkara-perkara ini telah dijelaskan didalam kebanyak kitab-kitab yang menyentuh mengenai kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang yang bersolat. Diantara kitab-kitab tersebut adalah :-

1. Muhamamd Siddiq Al-Minshawi.Akhtaa'u Al-Mushalliin. Dar Al-Fadhilah.
2. Abu Ubaidah Al-Walid. Akhtaa'u Al-Mushalliin. Maktabah Al-Shafaa.
3. Abu Abidah Mashyur. Al-Qaul Al-Mubin Fi Akhtaa' Al-Mushalliin. Dar Ibnu Qayyim.

Sebagai contoh, didalam buku Al-Qaul Al-Mubin, salah satu babnya dinamakan "Jumlah kesalahan-kesalahan mereka didalam Rukuk dan Berdiri darinya" [="#800000" size="3"](ÌãáÉ ãä ÃÎØÇÆåã Ýí ÇáÑøßæÚ æ ÇáÞíÇã ãäå ) mengatakan :-

[="#0000ff" size="3"]íßÑå ÚäÏ ÇáÌãåæÑ ááãÕáøí ÊÃÎíÑ ÇáÃÐßÇÑ ÇáãÔÑæÚÉ Ýí ÇáÇäÊÞÇá ãä Ñßä Åáì Ñßä Åáì ÛíÑ ãÍáøåÇ ¡ ÈÃä íßÈøÑ ááÑßæÚ ÈÚÏ ÅÊãÇãå ¡ æ íÞæá : ÓãÚ Çááå áãä ÍãÏå ÈÚÏ ÇÚÊÏÇáå ¡ áÃä ÇáÓäøÉ Ü ÚäÏåã Ü ÊÚãíÑ ÇáÑßä ÈÐßÑå ¡ ÈÃä íÈÊÏÆ ÈÇáÐøßÑ Ëã íÔÑÚ ÈÇáÑßæÚ Ãæ ÇáÓÌæÏ
"Kebanyakkan orang awam melambatkan zikir didalam pertukaran antara satu rukun kepada satu rukun, menyatakan Takbir setelah sempurna rukuk, dan berkata "Sami’a Allaahu liman hamidah" selepas 'itidalnya, kerana sesungguhnya sunnah berzikir ketika melakukan rukun, maka dengan itu sesungguhnya bermula zikir pada permulaan rukuk atau sujud".

Ini menunjukkan, walaupun pada hukumnya ia sunat, ulama amat menjaga perbuatan tersebut. Ia dilihat sebagai satu kesalahan melambatkan ucapan takbir.

(b) Terdapat juga perkara-perkara yang dikhilafkan oleh ulama'-ulama' mazhab, contohnya didalam kes anggota-anggota sujud. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani mengambil hadith yang mengatakan "Tidak sah Solat orang yang tidak menyentuh hidungnya ke tanah sebagaimana kening menyentuhnya" yang diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dengan sanad yang hassan sebagai dalil hidung merupakan anggota sujud. Didalam Ringkasan kitab beliau mengatakan :-

[="#0000ff" size="3"]95- æíõãßøöä ÃäÝå æÌÈåÊå ãä ÇáÃÑÖ¡ æåÐÇ Ñßä.
95. Ia harus meletakkan hidung dan dahinya diatas bumi, Ini Rukun.

Ulama Maliki mengatakan bahawa memadai sujud mengenai dahi sahaja, tanpa menyentuh hidung. Begitu juga dengan ulama Hanafi dan Syafie mengatakan sujud sah tanpa mengenaikan hidung. Pada mereka mengenakan hidung keatas tanah adalah sunat. Menurut Dr Wahbah Zuhaily didalam bukunya Al-Fiqh Al-Islami beliau mengatakan ulama' sepakat mengatakan bahawa anggota sujud adalah 7 iaitu : muka, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan hujung-hujung jari kedua-dua belah kaki dibahagian dalamnya.
----------------------

Didalam perkara khilaf ini, dengan berdasarkan akan dalilnya, seseorang itu bebas memilih pandangan yang terbaik. Perbezaan amalan yang berbentuk furu' atau cabang ini tidak membatalkan solat tersebut. Yang paling penting buat masa ini ialah perbuatan-perbuatan solat yang kita lakukan mesti ada dalil yang menyokongnya.

Didalam kes perkara 'wajib' yang dinyatakan oleh Al-Albani bagi perbuatan atau perkataan yang tidak termasuk didalam Rukun Solat, seperti mengucapkan Takbir ketika sujud, tidaklah membatal solat. Akan tetapi, perhatian harus diberikan kepada amalan-amalan ini, kerana Nabi saw sentiasa melakukan amalan tersebut. Bagi ulama' hadith, meninggalkan perkara-perkara tersebut merupakan satu kesalahan didalam solat. Meninggalkan amalan tersebut sudah tentu akan mencacatkan amalan solat seseorang oleh kerana cara yang sepatutnya kita bersolat adalah sebagaimana mana Nabi saw bersolat, sebagaimana sabda baginda :-

[="#800000" size="3"]ÕáæÇ ßãÇ ÑÃíÊãæäí ÃÕáí
"Solatlah kamu sebagaimana kamu lihat Aku bersolat"

Solat merupakan salah satu rukun Islam, maka eloklah kita menjaga kesempurnaan solat dengan melakukan sebaik mungkin apa yang dilakukan oleh Nabi saw.

wassalam, wallahu'alam.
===============
Rujukan :

1. Shiekh Nasyiruddin Al-Albani. Sifat Solaat Al-Nabi saw. cetakan ke2 dari cetakan baru. Riyad : Maktabah Al-Ma'arif, 1996. ms. 147.

2. Sheikh Muhammad Nasyiruddin al-Albaani. Talkhees Sifat Salaat al-Nabi saw min al-Takbeer ila al-Tasleem ka annaka taraahaa . url : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=pelbagai&Number=10647&page=0&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1

3. Sheikh Dr. Wahbah Al-Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa'adilatuh - 1 cetakan ke 3. Beirut : Dar Al-Fikr, 1989

خيرالأمين