SJ -3151: [G] Pembahagian daging korban: 7 atau 8 bahagian

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ -3151: [G] Pembahagian daging korban: 7 atau 8 bahagian

:salam

Saya ingin bertanya mengenai pembahagian daging korban, adakah daging korban ini dibahagikan kepada 7 atau 8 bahagian?
Pembahagian 8 bahagian ini dilakukan kerana 1 bahagian itu adalah untuk pekerja yang bertungkus lumus membantu dalam proses penyembelihan binatang korban tersebut...cth:lembu

Sekian, terima kasih

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Pembahagian daging korban: 7 atau 8 bahagian

:salam

Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam Fatawa Muasirah mengatakan, sebaiknya daging korban itu dibahagi 3. 1/3 dimkn sendiri, 1/3 dibhgkan kpd jiran tetangga dan 1/3 lagi utk fakir miskin. Namun jika dia berniat utk menyedekahkan semuanya kpd fakir miskin, itu lebih baik. Hanya saja, utk sekadar memenuhi sunnah dan memperoleh berkat, dianjurkan agar ia turut makan daging kurbannya sendiri walaupun sedikit. Demikianlah yg dilakukan oleh Rasulullah saw dan sahabat2nya.

Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir. (QS. 22:28)

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ -3151: [G] Pembahagian daging korban: 7 atau 8 bahagi

:wassalam
Tas-hih/Tahqeeq

Pembahagian yg dimaksudkan oleh sdr salim ialah persyarikatan ke atas haiwan Qurban. Manakala jawapan Ust G ialah pengagihan. Inilah jawapan yg dihajati oleh sdr salim.
1. Haiwan spt lembu, kerbau atau unta boleh bersyarikat 7 orang atasnya. Dalilnya HR Jabir bin Abdullah ra," RasuluLlah saw memerintahkan kami utk bersyarikat atas (kurban) unta atau lembu, yakni seekor utk tujuh orang." (Muslim). Ini sudah menjadi amalan yg maklum di Malaysia.

2. Pembahagian 8 bahagian yg popular di Malaysia itulah ada BID'AH idhafiah (menokok nambah sunnah Muhammad saw yg mensyari'atkan hanya 7). Alasan bahagian ke 8 utk dijadikan upah bagi penyembelih dan orang yg membantu kerja2 melapah adalah tertolak. Dalilnya: HR Muttafaq 'alaih dari Ali bin Abi Talib ra," aku diperintah Nabi saw mengurus unta korban dan membahagikan kulit dan penutup badannya serta melarang aku memberi tukang sembelih sesuatu darinya. Kami memberi upah (tukang sembelih) dari kita sendiri."
Tukang sembelih itu hendaklah dijemput menikmati gulai atau jamuan daging korban atau dikirim daging kepada keluarganya. Tapi tidak boleh dicipta bahagian ke 8 khusus utk mereka kerana bercanggah dgn hadis yg sahih.

3. Pengagihan daging korban menggunakan konsep sepertiga-sepertiga spt yg dikemukakan oleh Z kita adalah juga pilihan Syaikhul Islam Ibn Taymiyah dalam Majmu' Fatawanya (Jld 26/403). WA