SJ - 3162 : [Z] Penamaan Bulan-bulan Islam

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3162 : [Z] Penamaan Bulan-bulan Islam

:salam
Q1. Bagaimanakah bulan-bulan Islam itu mendapat namanya dan siapa yang menamainya?
Q2. Bolehkah terangkan makna-makna disebalik nama-nama bulan-bulan Islam?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Penamaan Bulan-bulan Islam

:salam

Q1&Q2

Persoalan ini bukanlah salah satu usul agama. Siapa yang menamakan bulan2 Islam, tidak diketahui secara detail.

THTL telah memberikan komentarnya dlm URL berikut:

SJ-1174 BULAN ISLAM

Berikut adalah pendapat bbrp penulis mengenai bulan2 Islam.

Bila bermulanya taqwim islam?
Shams al-Din Muhammad ibn 'Abd al-Rahman al-Sakhawi dalam kitabnya "al-I'lan bi'l-Tawbikh li-man dhamma ahl al-tawarikh" mengenai asal taqwim islam:
“Terdapat riwayat dari Ibn Abbas R.A bahawa di sana tidak terdapat satu periodic di madinah apabila baginda S.A.W sampai di sana. Penduduk menggunakan period yang tetap selepas 1 bulan atau 2 bulan baginda sampai. Ia berterusan sehingga kewafatan baginda S.A.W. Kmdn penggunaan taqwim ini terhenti dan ia tidak digunakan semasa pemerintahan Abu Bakr R.A dan semasa 4 tahun pertama pemerintahan Umar Al-Khattab. Selepas itu, taqwim diasaskan. Umar diriwayatkan berkata kpd bbrp orang sahabat, “Pendapatan/kutipan telah bertambah baik. Kita telah mengagihkannya tanpa ada tarikh yang tetap. Bagaimana harus kita menyelesaikannya?” Salah seorang dari Al-Hurmuzan telah menjawab, bahawa dia pernah menjadi raja di Al-Ahwaz. Selepas penakhlukan parsi, dia telah memeluk islam dan dibawa ke hadapan Umar Al-Khattab R.A, dia berkata, “Di Parsi menggunakan kaedah perkiraan yang mana mereka panggil sbg Mahroz yang mana mereka menggunakannya terhadap pemerintah mereka.” Perkara mahroz telah diarabkan sbg mu’arrakh dan perkataan Tarikh berasal dari ia. Ini menunjukkan bahawa tamadun manusia menjadi semakin komplek dan menjadi satu keperluan utk menetapkan period yang tetap. Di sinilah bermulanya taqwim islam (Kalendar islam)."

Makna di sebalik bulan Islam
Dlm kitab kecil yang dikumpulkan oleh Shaykh `Alam ad-Din As-Sakhawi, bertajuk, “Al-Mashhur fi Asma' Al-Ayam wash-Shuhur” :
"Dinamakan muharram adalah kerana ia adalah bulan yang suci. Ia dinamakan demikian kerana menekankan kesuciannya. Ini kerana bangsa arab suka menukar-nukarkannya. Dlm tahun tertentu, mereka akan mengatakan bahawa bulan ini bulan suci, dan tahun berikutnya ia bukan lagi bulan suci…Bulan safar pula dinamakan demikian kerana orang arab selalu meninggalkan halaman kampung utk berperang dan mengembara. Apabila dikatakan ‘Safir’ sesuatu tempat bermakna meninggalkannya…Rabi’ Al-Awwal kerana mereka selalu melakukan Irtiba` pd bulan itu yakni menjaga harta seseorang. Rabi’ Al-Akhir pula dinamakan atas sebab yang sama dgn Rabi’ Al-Awwal. Jumada dinamakan kerana air akan kering (Jamud), oleh yang demikian mereka memanggil Jumada Al-Uwla dan Al-Awal atau Jumada Al-Akhar atau Al-Akhirah. Rajab pula berasal dari Tarjib bermaksud kebesaran. Sya’aban pula kerana qabilah ada berpisah dan kembali ke halaman rumah. Ramadhan pula kerana kesukaran/kesusahan di Ramda’ yakni panas dan mereka berkata cabang ramadat apabila dahaga."

`Ala Kullihal, kita kembali kpd Usyul Isyrin Imam As-Syahid Hassan AlBanna:
"...Pendapat seseorang itu boleh diterima atau ditolak kecuali dari Nabi S.A.W..."
Wallahua'lam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 3162 : [Z] Penamaan Bulan-bulan Islam

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. JKK Ustaz Zayed. Begitulah serba sedikit penerangan Ustaz Z berkenaan dengan beberapa cerita mengenai penamaan bulan dan ertinya. Apa yang penting ialah pengetahuan mengenainya tidak menjejaskan turun naik iman maupun aqidah seseorang muslim. Dibawah ini adalah kemungkinan kepada kesimpulan makna bulan-bulan tersebut yang dapat saya ambil secara Zahir perkataan tersebut :-

01. Muharram [="#0000ff" size="5"](ãÍÑøã) - Pengharaman
02. Safar [="#0000ff" size="5"](ÕÝÑ) - Kosong / Kuning /kelaparan
03. Rabi-ul-Awwal [="#0000ff" size="5"](ÑÇÈí - ÑÈíÚ ÇáÃæá¡) Musim bunga (spring) pertama
04. Rab-ul-Akhir (or Raby` al-Thaani) [="#0000ff" size="5"](ÑÇÈí ÇáËÇÇäí ) Musim bunga (spring) kedua
05. Jamadi-ul-Awwal [="#0000ff" size="5"](ÌæãÇÏÇ - ÌãÇÏí ÇáÃæáì) Tidak hujan / kering [="#800000" size="3"](ÌóãóÇÏ ), beku (freeze) [="#800000" size="3"](ÌóãúÏ , ÌõãõæÏ , ÌõãõæÏóÉ)
06. Jamadi-ul-Akhir (atau Jumaada al-Thaani) [="#0000ff" size="5"](ÌãÇÏí ÇáËÇäí) kering / beku
07. Rajab [="#0000ff" size="5"](ÑÌÈ ) - untuk menghormati
08. Sha'aban [="#0000ff" size="5"](ÔÚÈÇä) - untuk diagih dan disebar [="#800000" size="3"](ÔóÚøóÈó )
09. Ramadhan [="#0000ff" size="5"](ÑãÖÇä) - kedahagaan / kepanasan sangat [="#800000" size="3"](ÑóãöÖó)
10. Shawwal [="#0000ff" size="5"](ÔæøÇá) - untuk di sinari
11. Dhul Qadah (or Zhw al-Qi`dah) [="#0000ff" size="5"](Ïá ßÇÏÇå) - bulan rehat
12. Dhul Hijja (or Zhw al-Hijjah) [="#0000ff" size="5"](Ïá åíÌÇ) - bulan haji

Sekian, wallahu'alam. wassalam

خيرالأمين