SJ - 3168: [G] Makmum Perempuan Bah 2

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3168: [G] Makmum Perempuan Bah 2

Berkenaan makmum perempuan baru-baru ni...

Begini...

Andaikata Syeikh Gayat sedang solat...bersendirian... tetiba ada sorang lelaki datang solat di belakang enta dan berniat MENGIKUT IMAM... ha.. kalau macam tu, ana faham ler, maknanya solat lelaki tu dah dikira solat BERJEMAAH walaupun enta tak niat IMAM pun ...

Masalahnya ialah kalau yang datang tu ialah perempuan... (tak kira MAHRAM atau tidak) ... maka adakah hukumnya adalah sama, adakah keadaannya takde beza dengan lelaki tadi . maksud ana, BERBEZAKAH HUKUM PERBUATAN TERSEBUT iaitu di antara lelaki dan perempuan ?

Diharap syeikh gayat faham denagn maksud kemusykilan ana...

WA

Re: KPD SYEIKH GAYAT

:salam

Alhamdulillah. Soalan ini merupakan susulan kpd soalan bertajuk 'MAKMUM PEREMPUAN...' Setelah saya meneliti kembali fiqh islami, akhirnya ketemu jua akhirnya. Apa yg ditanya terkandung dalam bab ‘Perkara2 yg bersekutu antara Imam dan makmum,’ di bawah subtopik syarat mengikut imam. Saya terangkan dahulu apa yg ingin disampaikan dibhgn tersebut supaya sdr fhm apa yg sdr baca terdahulu.

Apa yg dibahaskan di situ berkisar mengenai niat menjadi imam. Ulama’ mazhabi khilaf, bilakah niat itu perlu dihadirkan dan apakah niat imam itu wajib ataupun sunat. Ulama’ syafi’iyyah mengatakan niat itu hendaklah serentak dgn takbiratul ihram. Hanafiah pula mengharuskan niat dilakukan sblmnya dgn syarat tidak diputuskan antara niat dan takbiratul ihram. Namun yg lebih afdhal ialah serentak. Ini juga pendapat Hanbaliah. Manakala Malikiah mengatakan syarat niat itu seiringan dng takbiratul ihram ataupun boleh diputuskan dgn kadar yg singkat.

Adapun mengenai niat menjadi imam, jumhur tidak mensyaratkannya kecuali hanbaliah. Ia adalah mustahab shj. Hanya saja org yg menjadi imam ttp tidak diniatkan menjadi imam itu tidak memperolehi fadhilat jamaah berdalilkan hadis yg bermaksud:

Daripada Umar bin Al-Khathob Abi Hafsin Amirul Mukminin RA Telah berkata: "Aku Dengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya segala amal itu dengan Niat. Dan Sesungguhnya bagi tiap tiap sesaorang itu apa yang ditujunya. Barangsiapa yang Adalah hijrahnya kepada Allah dan Rasulnya, maka hasil hijrahnya diperolehi Allah dan Rasulnya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana habuan dunia nescaya ianya akan berhasil atau hijrah nya kerana seorang perempuan yang hendak dinikahi, maka hijrahnya berhasil di dalam apa yang tersirat pada hijrahnya.

Walaupun begitu, Hanafiah menambah syarat sekiranya makmum itu perempuan. Mereka mengatakan, jika perempuan yg menjadi makmum, maka hukum berniatkan imam itu menjadi syarat dan bukan lagi mustahab.

Manakala jika seseorang itu sedang solat bersendirian, datang pula seorang makmum, maka hukumnya sama spt di atas. Iaitu mustahab berniatkan imam. Jika tidak, dia tidak akan mendapat fadhilat jamaah. Ini berdasarkan hadis riwayat bukhari yg bermaksud:

Dari Ibn abbas, dia berkata, “Aku bermalam di rumah bibiku, maka Nabi saw berdiri melakukan solat di sebhgn malam, lalu aku berdiri melakukan solat bersamanya. Aku berdiri di bhgn kirinya, maka beliau memegang kepalaku dan menempatkanku di bhgn kanan.”

Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari mengatakan bhw hadis di atas membuktikan bahawa bolehnya makmum berimamkan org yg tidak berniat imam pada mula solatnya. Adapun mengenai perlu atau niat ketika didatangi makmum, ulama’ khilaf mengenainya.

Pendpt yg kuat pada pandangan saya, niat itu perlu jika inginkan fadhilat jamaah. Namun, jika tidak diniatkan, tidaklah mengapa. Ini merupakan pendapat jumhur. Antara dalil lain yg menyokong pendpt ini ialah

Dari Abi Sa’id al-Khudri, “Sesungguhnya Nabi saw melihat seorang laki2 solat sendirian, maka beliau bersabda, “Adakah seseorang yg mau bersedekah kpd org ini, di mana ia solat bersamanya?””[HR Abu Daud, Tirmidzi dan dlln]

Tambahan

Apabila dikatakan niat, bukanlah niat sptmana yg dipahami oleh kebykan kita. Iaitu susunan perkataan. Niat itu ialah qasad. Apabila kita menyedari seseorang sedang berimamkan kita, kita pon tahu yg kita sedag menjadi imam. Maka, itu sudah mencukupi sebagai niat. Jgn pula ada antara kita yg tiba2 menjaharkan lafaz ushalli pula. :(

Kesimpulannya, apa yg sdr tanyakan sebenarnya tidak ada sgt kaitan dgn apa yg dibahaskan dalam fiqh islami kecuali sedikit iaitu bhgn yg saya warnakan itu. Dgn erti kata lain, hanafiah mensyaratkan niat imam jika makmum perempuan. Jika makmum lelaki, sunat sahaja hukumnya. Manakala mazhab lain, tidak mensyaratkannya.

Sekian. WA.

:wassalam

Re: SJ - 3168: [G] Makmum Perempuan Bah 2

Tas-hih

Quote:
Syeikh Gayat

Jawapan telah ditas-hih. Sedikit komen mengenai title "Syaikh Gayat" Yg benar belum boleh bagi Syaikh lagi sebab masih muda trang tang tang. WA