SJ - 3189: [G] SORRY...Solat Jama' lagi

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3189: [G] SORRY...Solat Jama' lagi

Assalamualaikum...

Yang selalu kita baca dalam kitab-kitab FIQH yang MUKTABAR menyebut bahawa, solat kita boleh dilaksanakan secara rukhsoh apabila KITA BERMUSAFIR YANG "DIHARUSKAN" oleh Syara'

Yang ana kurang faham ialah, DIHARUSKAN itu adakah membawa maksud tujuan kita bermusafir itu adalah untuk sesuatu perkara yang dihukumkan MUBAH atau hanya perkara yang dihukumkan WAJIB ??

Maknanya, kalau sekadar untuk berjalan-jalan ke, bercuti makan angin ke, MACAM TU DIPANGGIL MUSAFIR YANG "DIHARUSKAN" SYARAK KE?

WA

Re: SORRY...BERKENAAN JAMA' LAGI

:salam

Benarlah kata sdr bahawa salah satu syarat yg membolehkannya meraikan satu2 rukhsoh musafir itu ialah tujuan permusafiran itu sendiri. Sekiranya maksiat tujuannya, maka tidaklah dia mendapat rukhsoh musafir.

Apakah maksud musafir yg harus itu?
Musafir yg harus bermaksud bukan krn maksiat. Saya rasa sdr sendiri tahu membezakan antara maksiat dan bukan. Utk memudahkan pemahaman, kita beri situasi/cth. Bercuti dan melancong ke negara barat. Sekiranya percutian ini sekadar percutian utk berehat, berjalan2, dan seumpamanya, maka hukumnya harus. Ttp jika percutian ini bertujuan utk pergi ke concert woodstock*** ataupun mencuci mata di pantai misalnya, maka itu bermakna musafirnya krn maksiat.

TAMBAHAN

Imam asy-Syafi’I dalam al-Umm mengatakan bahwa barangsiapa yg bermusafir dgn tujuan berbuat maksiat, tidak boleh dia mengqasharkan solatnya. Jika diqasarkan juga, maka tidak sah solatnya dan wajib mengulanginya kerana qasar itu suatu keringan dan dijadikan keringanan utk yg tidak berbuat maksiat. Dalilnya:

“Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. 2:173)”

Dr Abdul Karim Zaidan dalam Ad-Dharurah Fi Asy-Syariah Al-Islamiyyah telah menukilkan pendpt ulama’ mengenainya. Menurutnya ulama’ mazhab Zahiri, Maliki, Syafi’I dan Hanbali sependpt mengatakan tidak harus seseorang itu mendapat rukhsoh jika permusafirannya itu krn maksiat. Tujuan Allah swt memberikan rukhsoh itu adalah sebg pertolongan dan kemudahan utk mereka. Oleh yg demikian org yg bermaksiat tidak layak utk mendapatkan pertolongan Allah. Jika dia mau juga, hendaklah dia bertaubat terlebih dahulu.

Maka kesimpulan setakat ini, sekiranya permusafiran itu krn maksiat, tidaklah dia mendapatkan rukhsoh musafir. Tapi timbul pula persoalan; Bagaimana pula kalau niat kita bukan kerana maksiat ttp sedang kita bermusafir itu, kita melakukan maksiat? Perbahasan mengenai perkara ini boleh kita dapati dalam kitab2 qawaid fiqhiyyah di bawah tajuk kaedah fiqh ‘Rukhsoh tidak berkaitan dgn maksiat.’ Imam Asy-Suyuthi dalam ‘Ashbahu wa al-Nadhair fi Qawaid al-fiqhiyyah mengatakan org yg musafir harus, dan dalam perjalanan dia melakukan maksiat spt minum arak, dia masih boleh mendapatkan rukhsoh musafir itu krn safar itu berdiri dgn sendirinya dan tidak berhubung dgn maksiat yg dilakukan.

:wassalam

Rujukan Lain

Kaedah2 Fiqh
Ustaz Latif B. Muda
Ustazah Rosmawati Ali

*** = Concert woodstock merupakan satu concert besar2an sehingga kadang2 berlanjutan selama 3 hari tanpa henti.

Re: SJ - 3189: [G] SORRY...Solat Jama' lagi

:wassalam
Tahqeeq/Tarjeeh
Musafir yg harus menurut Jumhur (spt yg dinukilkan oleh Ust G) itu meliputi perkara yg harus dan wajib (jihad dan haji). Adapun syarat tambahan yg menetapkan perjalanan itu mestilah safar atTo'ah (safar dalam rangka keta'atan kpd Allah) tidak memiliki dalil yg qat'iy. Maksudnya perincian peraturan safar yg menta'ati Allah dan safar yg memaksiati Allah ini tidak ada dalil secara putus dari alKitab dan asSunnah, melainkan dalil2 yg bersifat umum.
Inilah pendapat ahli tahqeeq spt Syaikhul Islam Ibn Taymiyah, alhafeedz Ibn Qayyim, al Sinqithi, Mujtahid Ibn Hazm dan allamah Sayyid Sabiq. Maksudnya perincian safar itu utk tujuan harus atau maksiat adalah tidak perlu kerana ia hanya menimbulkan bibit keraguan dan was-was sahaja terhadap hukum solat musafir yg bersifat umum. Lihat Adhwauul Bayan: 1/360; alMuhalla: 4/264; Fiqh Sunnah: 1/285. WA