SJ - 3235: [Z] Mengangkat tangan pada rakaat ke-3 sambil ber

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3235: [Z] Mengangkat tangan pada rakaat ke-3 sambil ber

assalamualaikum..,
sambungan soalan saya. Sesetengah pendapat dan kebanyakkan bertakbir sambil mengangkat tangan pada rakaat ke-3. Bagaimana jika dilakukan pada tiap2 rakaat (mengangkat tangan).

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Mengangkat tangan pada rakaat ke-3 sambil bertakbir

:salam

Mengangkat tangan hanyalah sunat. Ini disepakati oleh fuqaha (Sayyid Sabiq – Fiqhus Sunnah, Az-Zuhaili – Fiqh Islami)

Ibn Hajar dlm fathul bari berkata: “Perbuatan Rasulullah S.A.W mengangkat tangan pada setiap permulaan solat diriwayatkan oleh 50 orang sahabat termasuk 10 yg dijamin ke syurga.”

Bilakah patut mengangkat tangan?
Dari Nafa’ meriwayatkan bahawa setiap kali Ibn Umar R.A memulakan solat dia akan bertakbir dan mengangkat tangannya. Rasulullah S.A.W juga berbuat demikian. (Riwayat Bukhari, An-Nasa’ie dan Abu Dawud)

Dari Malik ibn Al-Huwairith, Rasulullah S.A.W bersabda, “Bertakbirlah dan kmdn angkat tangan kamu.” (Muslim)

22 orang sahabat telah meriwayatkan bahawa baginda S.A.W akan mengangkat tangan ketika hendak rukuk dan setelah bangun dari rukuk. Diriwayatkan dari Ibn Umar, “Apabila baginda S.A.W berdiri utk bersolat, dia akan mengangkat tanganya sehingga kedua2 tangannya sama paras dgn bahu dan kmdn dia bertakbir. Apabila baginda hendak rukuk, dia akan mengangkat tangannya lagi. Tetapi apabila bangun dari rukuk, dia akan mengangkat tangan dan berkata, “ÓóãöÚó Çááøóåõ áöãóäú ÍóãöÏóåõ” Allah Maha mendengar sesiapa yg memujinya (Riwayat Bukhari, Muslim dan Al-Baihaqi). Kata Imam Bukhari, “Baginda S.A.W tidak akan berbuat demikian (mengangkat tangan) apabila dia hendak sujud atau bangun dari sujud.”

Menurut Hanafiyyah, seseorang itu hanya perlu mengangkat tangan pada permulaan solat sahaja. Ini menurut hadith riwayat Ibn Mas’ud diriwayatkan berkata, “Aku bersolat bersama baginda S.A.W dan dia hanya mengangkat tangan hanya sekali.” (Hadith ini dhaif)

“Penduduk kufah meriwayat bahawa Rasulullah S.A.W tidak mengangkat tangannya setelah sewaktu hendak rukuk atau setelah bangun dari rukuk.”

Riwayat ini adalah dha’if dan ia mengandungi banyak kecacatan. Imam At-TIrmidzi berkata walaupun sekiranya kita menerima riwayat ini, ia tidak boleh membatalkan riwayat yg lebih kuat dan masyur tentang mengangkat tangan.

Nafa’ meriwayatkan bahawa Ibn Umar berdiri utk rakaat ke 3, dia akan mengangkat tangannya, menurutnya Rasulullah S.A.W berbuat demikian (Riwayat Bukhari, Abu Dawud dan An-Nasa’ie)

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 3235: [Z] Mengangkat tangan pada rakaat ke-3 sambil

:wassalam
Tas-hih/Tahqeeq
Penjelasan mengenai dalil angkat tangan pd raka'at ke 3 telah kita jelaskan pada SJ - 3234. Juga boleh angkat tangan pada raka'at ke 4 (berdasarkan hadis Bukhari dan Abu Daud.

Quote:
Bagaimana jika dilakukan pada tiap2 rakaat (mengangkat tangan).

Jawab:
Itu dah tak jadi ittiba'. Sebab itu Imam Albani menyusun Sifat Solatun Nabi (tatacara solat Nabi saw) supaya dapat teladani sifat solat Nabi yg sahih dan benar. WA