SJ - 3253 : Titipan doa di al-muntazam

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3253 : Titipan doa di al-muntazam

:salam:

saya harap dapat dijawab soalan saya ni sbb say kesuntukan masa.. begini soalan saya, saya ada seorang kawan yang bakal menunaikan haji di tanah suci mekah, ia bertanya saya samda saya mahu minta dia doakan saya apa2 yg saya nak.. katanya d satu tempat al-muntazam oran selalu berdoa utk orang lain, saya sedikit keliru dgn kenyataan beliau dan kerna ilmu saya yg cetek. minta ahli panel tolong jelaskan blehlah orang yg nak menunaikan haji mendoakan utk kita yg ditanah air ni dan apakah sebenarnya tempat yg disebut al-muntazam itu. JZK

Re: SJ - 3253 : Titipan doa di al-muntazam

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Oleh kerana soalan ini merupakan soalan yang ada kena mengena dengan ibadat di Makkah, kami akan cuba menjawabnya dengan kadar yang mampu, Insyaallah.

Tidaklah menjadi kesalahan bagi seseorang itu mendo'akan keatas orang lain, tak kira dimana sahaja mereka berada. Inikan pula seseorang yang berada di Makkah mendoa'akan keatas sahabatnya akan hajat yang dikehendaki selagi mana ia tidak melanggar peraturan berdo'a. Kita juga boleh berdo'a keatas keselamatan mereka yang menunaikan haji di Tanah Suci, Arab Saudi. Kita bukannya memohon do'a dari sahabat tersebut, tetapi meminta pertolongan darinya agar mendo'akan keatas hajat kita. Sheikh Al-Sharawi rh, seorang ulama besar al-Azhar mengatakan bahawa do'a seorang Islam keatas saudaranya [="#0000ff" size="4"](æÏÚæÉ ÇáãÓáã áÃÎíå ) merupakan amalan do'a yang mustahab.

Al-Multazam [b][="#0000ff" size="5"](ÇáãáÊÒã)[/b]

Al-Multazam terletak diantara penjuru Hajar Aswad dan pintu Ka'bah. Berkata Ibn Abbas ra :-

[="#0000ff" size="3"]åÐÇ ÇáãáÊÒã Èíä ÇáÑßä æÇáÈÇÈ
"Multazam ini adalah diantara Rukun [hajar aswad] dan Pintu [Ka'bah]"

Kebiasaannya, setelah bertawaf disunatkan melakukan solat sunat dibelakang maqam (stesyen) Ibrahim as jika tempat tersebut tidak sesak, dan berdo'a di multazam. Sahabat Nabi seperti Ibn Umar dan Ibn Abbas akan berdo'a di Multazam selepas selesai menunaikan tawaf, kerana baginda Rasulullah saw menganjurkan melakukan demikian. Berkata Ibn Abbas ra. :-

[="#0000ff" size="3"]Åä ãÇ Èíä ÇáÍÌÑ æÇáÈÇÈ áÇ íÞæã Ýíå ÅäÓÇä ÝíÏÚæ Çááå - ÊÚÇáì - ÈÔíÁ ÅáÇ ÑÃì Ýí ÍÇÌÊå ÈÚÖ ÇáÐí íÍÈ.
"Sesungguhnya apa yang diantara Hajar (Aswad) dan pintu (Ka'bah) tidak berdiri seseorang itu melainkan berdo'a kepada Allah swt dengan apa-apa perkara dan hajat sebahagian apa yang disukai"

Berkata Mujaahid :

[="#0000ff" size="3"]íÏÚì ãÇ Èíä ÇáÑßä æÇáÈÇÈ ÇáãáÊÒã¡ ÝÞá ÅäÓÇä íÓÃá Çááå ÔíÆÇ æíÓÊÚíÐ ãä ÔíÁ ÅáÇ ÃÚØÇå.
"Dia berdo'a diantara rukun (Hajar Aswad) dan pintu, iaitu Multazam, maka berkatalah seseorang itu memohon kpd Allah mengenai apa-apa perkara, dan memohon perlindungan dari sebarang apa, melainkan ia akan diberikan"

Dalil diatas ini menunjukkan bahawa salah satu tempat mustajab berdo'a ialah diantara hajar aswad dan pintu ka'bah, yang dipanggil Al-Multazam. Nabi saw telah dilihat oleh para sahabat berdo'a di kawasan tersebut. Bukanlah tempat ini dikhaskan untuk berdo'a kepada orang lain, tetapi ia merupakan tempat yang mustajab diterima do'a seseorang berdasarkan sunnah Nabi saw.

Kesimpulannya ialah seseorang itu boleh mendo'akan keatas sahabat Islam yang lain lebih-lebih lagi berada ditempat yang mustajab untuk berdo'a, iaitu di al-multazam. Al-Multazam terletak diantara penjuru Hajar Aswad (rukun hajar aswad) dan pintu ka'bah. Insyaallah, jika tidak kedapatan orang penuh sesak dikawasan tersebut, maka bolehlah seseorang Islam itu berdo'a memohon hajatnya kepada Allah swt. wallahu'alam

wassalam
==========
Rujukan :-

1. Sheikh Mohammad Mutawali Al-Sharawi. Al-Fatawa. Beirut : Dar Al-fatah al-A'alm Al-'Arabi, 2000. ms 487.

2. Mohammad Ilyas Abdul Ghani. Taarikh Makkah Al Mukarramah Qadiiman wa Hadiithan. Madinah : Al-Rashid, 2001. ms 46.

خيرالأمين