SU 000248: Lanjutan [SU 00189] - Kenajisan babi

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU 000248: Lanjutan [SU 00189] - Kenajisan babi

:salam
Saya ada dua soalan yang berkait.
Saya ingin merujuk kembali kepada soalan terdahulu, mengenai kenajisan babi di mana Akhi Zayed menyebut tiada dalil yang mengatakan babi tiu najis. Bagaimana dengan ayat 145 Surah Al-An'am yang menyebut yang daging babi itu sebagai kotor? Tidakkah kotor itu bermaksud najis.
Walaupun ada yang berpendapat kotor di sini adalah kotor hukmi sebagaimana yang dikupas dalam
http://www.jphpk.gov.my/Malay/Feb%202001%2012a.htm

Soalan kedua ialah mengenai gelatin. Kebanyakan ubat dalam bentuk kapsul yang diperolehi di negara ini dan diimport dari luar negara sememangnya mengandungi gelatin. Memang ada sayarikat yang mengeluarkan gelatin halal, bagaimanapun kegunaanya adalah terhad di sekitar negara Islam sahaja.
Sesetengah pengeluar ubat menyebut sumber gelatin di kotak ubat tersebut sama ada dari babi, lembu, tumbuhan atau ikan. Bagaimana pula halnya dengan label gelatin sahaja, tanpa menyebut sumbernya?
Ada pendapat yang mengatakan gelatin itu diharuskan kerana ianya telah bertukar rupa dari asalnya, namun jumhur ulama' Syafiiyah mangatakan sesuatu yang haram akankekal keharamannya walaupun bertukar bentuk, kecuali arak yang bertukar menjadi cuka.
Saya ingin bertanya pendapat panel ahkam dalam hal ini, kerana didapati pihak ahkam lebih terbuka dalam membahaskan isu-isu di mana terdapat perbezaan di kalangan mazhab.
terima kasih.
:wassalam

Re: SU 000248: Lanjutan [SU 00189] - Kenajisan babi

:salam

Q1. Soalan saudara terjawab dalam artikel yg saudar sertakan dan URL SU 00189. Di sisi fuqaha syafie ia adalah najis dan mesti disucikan kerana syafie mengqiyaskan anjing kpd babi. Di sisi fuqaha maliki, ia hanya haram dimakan dan ia tidak najis kerana tiada dalil yang mengatakan demikian.

Q2. Konsep istihalah
Sila click pada archive di bawah:

SJ 2828: HOT CHOCOLATE DAN MASHMALLOW


SJ 1665: GELATIN