SU-00046 bersalaman dgn wanita

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00046 bersalaman dgn wanita

:salam

boleh tak kita bersalaman dgn wanita ?..yg saya tahu hukumya haram tetapi ada yg mengatakan boleh selagimana tdk timbul fitnah..

Re: bersalaman dgn wanita

:salam

Secara umum terdapat 2 pendapat. Yang pertama dipegang oleh kebanyakan ulama yg lepas dan sekarang yakni tidak dibenarkan. Yang kedua pendapat ulama kontemporari yakni adalah lebih baik untuk tidak bersalam tangan dengan org yg halal kita kahwini, namun sekiranya seseorang itu boleh menyebabkan jatuh maruah sesseorang itu, maka itu dibenarkan. Di sini ingin dijelaskan bahawa Islam telah menutup segala pintu yg boleh membawa kepada hubungan yg haram antara lelaki dan perempuan.

Prof Qardhawi telah mengeluarkan fatwa berkaitan bab bersalaman dengan wanita (Fatawa Mu'asirat): Berikut adalah fatwa dan penjelasannya secara ringkas.

1.Harus berjabat tangan ketika tidak disertai dengan syahwah, rasa kenikmatan atau rasa teransang. Ia juga mesti aman daripada fitnah. Jika disertai dengan syahwah dan teransang gelora seks, maka haram hukumnya walaupun dengan mahram (ipar duai, mertua, anak saudara dan lain-lain) atau lelaki remaja yang belum tumbuh janggut)

2.Berjabat tangan hendaklah pada tempat yang perlu sahaja, contohnya: suasana hari raya, ramai sahabat handai, saudara mara yang datang yang kebanyakannya adalah saudaramara samaada melalui nasab atau perkahwinan.

3. Ia pada kadar yang tidak keterlaluan dan berlebihan sebagai langkah berjaga-jaga kerana RasuluLlah saw tidak pernah berjabat salam dengan wanita bukan mahram.

4.Lelaki beriman yang menjaga agamanya seharusnya tidak memulakan salam (kepada wanita). Ia bersalaman bila pihak wanita yang memulakan dahulu.

5.Hukum bersalaman dengan wanita ini terhad dan khusus bagi siapa yang memerlukan sahaja.

Perbahasan dalam bab ini sungguh panjang, maka Qardhawi telah merumuskan untuk kita.

-------

Bersalam dengan perempuan bukanlah cara yg betul ketika bertemu dgn perempuan dalam Islam. Para Ulama bersepakat mengatakan bersalam dengan perempuan bukanlah cara yang betul. Biarlah seluruh manusia di muka bumi ini tahu bahawa ia merupakan salah satu dr protokol Islam, kemudian barulah dia menahan diri dari menghulurkan tangan kepada kaum wanita. Al-Quran telahpun memberitahu kita agar jangan melihat kaum yg lain dengan nafsu. Dan kita juga tahu, bersalaman dengan kaum yg lain adalah lebih merbahaya dari itu. Oleh kerana tidak terdapat satu hadis pon mengatakan ia haram, para ulama membuat keputusan bahwa ia menghampiri hukum haram yakni makrooh.

Di dalam fatwa an-Nadthar wal-Khulwah wal-Ikhtilaat-(m/s 10), telah diharamkan lelaki bersalam dengan seorang perempuan yg bukan mahram, Ini kerana dengan bersalam, boleh menbulkan fitnah dan fitnah yg paling hebat ialah menyentuh kulit perempuan ajnabi, dan segala perkara yg membawa ke arah fitnah itu adalah dilarang.

Saya menerima fatwa Dr Yusuf Qaradawi. Walaupun begitu kita mestilah sedaya upaya untuk tidak bersalaman dan tidak mengambil ringan masalah persalaman ini. WA.

:wassalam