SU - 00052 : HUTANG TIDAK DILUNASI

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU - 00052 : HUTANG TIDAK DILUNASI

Semasa saya bersekolah menengah,saya selalu mengambil makanan di kantin sekolah tanpa membayarnya kerana kesempitan duit pada masa itu.Kini,saya sangat menyesal dengan perbuatan itu.Oleh itu,saya ingin bertanya-bagaimana saya dapat membayar hutang saya kepada kantin tersebut dan jika tuan punya kantin tidak lagi beroperasi di sekolah tersebut,adakah cara lain untuk saya membayar hutang?Saya sangat berharap soalan saya dapat dijawab dengan segera.Terima kasih.

Re: SU - 00052 : HUTANG TIDAK DILUNASI


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SU – 00052 : HUTANG TIDAK DILUNASI

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudari di atas soalan yang dikemukakan . Saya secara peribadi memohon jutaan kemaafan daripada saudari disebabkan kecuaian saya sehingga menyebabkan soalan di atas berada sekian lama di dalam arkib soalan tanpa jawapan yang segera . :bash

Namun , jika kita perhatikan ARKIB JAWAPAN yang lalu , insya-Allah kita akan menemui jawapannya , seperti SOAL-JAWAB ( SJ ) berikut :

SJ-1612 : Hutang : Jawapan bagi saudara Zaidi_2000
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=6993

SJ-1766: Hutang-Piutang
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=7705

SJ-2255: melunaskan hutang - fiqh awlawiyat
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=10335

SJ-1148: Pelbagai jenis Hutang
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=5438

Disebabkan soalan ini dianggap sebagai SOALAN ULANGAN ( SU ) maka secara ringkas jawapannya begini :

Pada asalnya setiap hutang itu WAJIB dibayar semula ( dilunasi ) kepada tuannya , kecualilah jika tuannya itu adalah drp golongan yang memerangi Islam secara terang-terangan , ATAUPUN setalah dihalalkan hutang tersebut oleh tuan empunyanya , ATAUPUN disebabkan si peminjam itu benar-benar terlupa mengenai hutang tersebut .

Oleh itu , hendaklah saudari mencari semula tuan kantin tersebut . Pencarian itu bolehlah dilakukan dengan bertanya kepada pihak sekolah , ataupun mengadakan iklan ( contohnya di media-massa ) selama setahun sbg mana yang dinyatakan di dalam kitab-kitab Fiqh . Contoh iklan yang sesuai dibuat ialah : “ Saya mencari tuan pengendali kantin S.M Mahmud Baginda ( tahun 1990 / 1991 ) yang bernama Pak Busu Bin Tengah . Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenainya ataupun anggota keluarganya , sila hubungi saya di : 013 – 123 4567 “ .

Kalau tuan kantin itu telah meninggal , maka pembayaran hutang itu hendaklah dibuat kepada ahli-ahli warisnya . Dan kalau tuan kantin itu masih hidup , saya yakin dia akan menghalalkan perbuatan saudari itu disebabkan saudari melakukannya dalam keadaan kesusahan ( tidak mempunyai duit ) . Insya-Allah rata-rata orang Islam kita dan Bangsa Melayu kita ini “ pemurah “ dan “ berhati-budi “ , dan insya-Allah setelah saudari menceritakan semula kisah tersebut , saya percaya beliau pasti memaafkan saudari .

Namun jika berlaku sebaliknya , iaitu setelah tamat tempoh pencarian tersebut dan saudari masih belum lagi menemuinya , maka saudari hendaklah menyalurkan jumlah wang tersebut kepada pihak yang memerlukan seperti golongan Fakir-Miskin , Anak-anak Yatim dan seumpamanya.

Itulah caranya saudari dapat menebus kembali kesalahan-kesalahan lalu iaitu dengan melakukan kebajikan-kebajikan di hari mendatang .

Firman Allah Ta’ala mengenai hal ini :


Åöäøó ÇáúÍóÓóäóÇÊö íõÐúåöÈúäó ÇáÓøóÜíøöÆóÇÊö

Maksudnya : “ ….dan sesungguhnya perbuatan-perbuatan baik itu dapat menghapuskan kesilapan-kesilapan lalu “ ~ Surah Hud , ayat 114 .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
17 / Rabi’ul Awwal / 1424 H
18 / Mei / 2003 M

AHAD – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum